![]() Sumber: Tiktok Nurul Iswanie
Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Nurul Iswanie menunjukkan seorang pengawas mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah dengan memandu kereta jenama BMW.
Video tersebut secara tidak langsung membuatkan rata-rata netizen membandingkan zaman mereka mengambil slip keputusan peperiksaan SPM dengan hanya menaiki basikal dan ada juga menyindir gadis itu bahawa kereta yang dimilikinya itu dibeli oleh keluarganya dan bukan dirinya sendiri. Ekoran itu, mStar Online tampil untuk menemuramah gadis itu. Rupa-rupanya, ramai terpedaya dengan video yang dihasilkan gadis berumur 24 tahun ini. Menurut gadis itu, video yang dimuat naik itu hanyalah untuk konten. Tema uniform sekolah itu pula dipakai kerana majlis anjuran syarikat yang dimilikinya. Tambah gadis itu, majlis itu dibuat untuk menghargai pencapaian cemerlang di kalangan pekerja di syarikatnya. Gadis itu juga sangat berbesar hati untuk memberi anugerah kepada pekerjanya yang berjaya mencapai pendapatan lima angka ke atas kerana rata-rata pekerjanya merupakan pelajar yang baru tamat SPM. Gadis itu juga sempat berkata walaupun video itu hanyalah sebuah konten, namun tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej bahawa kita tidak akan selamanya berada di bawah sekiranya kita kuat berusaha. - CARI |
whimsicalmusic replied at 29-6-2022 06:55 PM
Br nk ckp sure ke bdk spm? Muka tua..tp ni MLM kah?
encikWawad replied at 3-7-2022 01:32 PM
termasuk kompeni aku pun sebok nak back to school tema annual dinner
tak sedar perut MD semua macam ...
SonicSiLandak replied at 3-7-2022 02:16 PM
amboi
melepas geram nampak
encikWawad replied at 3-7-2022 05:32 AM
termasuk kompeni aku pun sebok nak back to school tema annual dinner
tak sedar perut MD semua macam ...
Normabaru replied at 29-6-2022 09:40 PM
pki bimer 2series kira dh bjaya ka?
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
13-8-2022 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071259 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.