![]() Sumber: Tiktok Amirah Azlan
Lumrah apabila sudah berkahwin, rata-rata wanita akan melakukan apa sahaja untuk menjaga kesihatan dalaman serta luaran mereka untuk kekal kelihatan cantik dan berseri di hadapan suami. Malah, ramai di antara golongan wanita sering terpedaya dengan iklan-iklan produk yang kononnya boleh mendapat kesan dengan cepat dan terbaik.
Salah satu produk tersebut adalah pencuci 'Miss V' atau pencuci wanita yang dikatakan penting untuk menjaga kebersihan bahagian alat kelamin wanita. Malah, semakin menjadi-jadi produk itu diiklankan di semua platform media sosial. Hal ini menyebabkan seorang doktor, Amirah Azlan tampil untuk berkongsikan fakta berkenaan pencuci 'miss v' di akaun Tiktok miliknya. Menerusi posting itu, Dr Amirah berkata, alat kelamin wanita mempunyai baunya tersendiri dan tidak sepatutnya mempunyai bau seperti strawberi atau bau-bauan manis yang lain. Dalam perkongsian lain pula, dia menjelaskan bahawa semua jenis pencuci vagina adalah tidak elok digunakan wanita. Dr Amirah faham bahawa pencuci itu dapat menghilangkan bau dan kesan keputihan, namun keputihan perkara biasa yang dialami semua wanita. Malah, keputihan sebenarnya berfungsi sebagai pembersih alat kelamin wanita. Untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan, para wanita boleh amalkan pengambilan yogurt, nenas serta jus cranberry. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan penerangan yang diberikan oleh Dr Amirah. - CARI Sumber: Tiktok Amirah Azlan |
Bergosip replied at 29-6-2022 06:44 PM
termasuklah feminine wash dari brand good virtues.co, sumber ayu, sebamed, cosmoderm, lactacyd ke?
bunnyj3lly replied at 29-6-2022 07:50 PM
The best wash untuk miss V kome tu air saja.
Rajin-rajinlah lap bila lepas buang air untuk elak t ...
Bergosip replied at 29-6-2022 08:06 PM
indirectly, uols maksudkan brand femine wash dari sebamed, sumber ayu, good virtues dan lactacyd p ...
Mary_jane replied at 29-6-2022 08:08 PM
Yang laki takde plak nak berwangi2 bagai.
Mary_jane replied at 29-6-2022 08:08 PM
Yang laki takde plak nak berwangi2 bagai.
bunnyj3lly replied at 29-6-2022 08:14 PM
Kalau takde advice dari doc, tak perlulah pakai. Melainkan memang advised dari doc. Macam ubat jug ...
Bergosip replied at 29-6-2022 08:29 PM
macam kes iols, doc tak advise pon. actually, tak pernah sebut pon suruh pakai feminie wash. Dekat ...
mbhcsf: cranberry ? hmm ade systematic ...
lemak_masin replied at 30-6-2022 12:34 AM
Sesetengah tu bukan cuci msV biasa2 je bahagian luar, siap basuh ngan sabun sampai kedalam2 msV..
Va ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
22-9-2023 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.207295 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.