CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ingatkan Tahi - Muslim, Tapi Gantung Uri Di Pokok

2-7-2022 11:47 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2004| Komen: 10|Original author: natrahn

Description: Kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat.

Kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat. 

Sehingga kini, masih wujud kekeliruan antara tuntuan agama serta adat yang juga menjadi pegangan kuat orang Melayu khasnya dan kaum lain amnya seperti yang dikongsikan pengguna Facebook ini.

Kredit foto - Facebook Taufik Rosli

Beliau yang terlibat dengan misi kemanusian dan dakwah di pedalaman Sabah berkongsi kisah mengenai adat penduduk di pedalaman tersebut. Menurutnya, penduduk di situ walaupun muslim tapi masih berpegang kuat kepada adat menggantung uri bayi di pokok.

Kredit foto - Facebook Taufik Rosli

Pada mulanya beliau menyangkakan objek yang tergantung elok berbungkus di pokok itu adalah najis.


Dr. Taufiq, orang sini kalau bayi dia keguguran dia takkan tanam. Dia akan awet dan letak dalam bilik

Sukar untuk dipercayai tapi adat itu masih diamalkan sehingga kini. Selain itu, antara amalan lain ialah mengawet janin yang keguguran bertahun lamanya.

Kredit foto - Facebook Taufik Rosli


Meninjau ruang komen, mereka mengesahkan memang adat tersebut diamalkan sehingga sekarang.

Kredit foto - Facebook Taufik Rosli

Sebagai info, antara faktor yang menyebabkan perubahan landskap beragama penduduk Sabah ialah aktiviti dakwah, proses migrasi, perkahwinan, kelahiran dan sebagainya. 

Namun, kurangnya pengetahuan dalam agama menyebabkan penduduk muslim khasnya masih mengamalkan adat yang bertentangan dengan Islam seperti di atas.

Setiap kaum di negara kita memang kaya dengan adat resam dan pantang larangnya tersendiri. Namun, Islam telah menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh secara jelas.

Kita hanya perlu memastikan apa saja yang dilakukan tidak melanggar hukum atau menyebabkan kita melakukan sesuatu yang haram. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-7-2022 12:09 PM
Daerah akak tak pernah lagik jumpa uri gantung di pokok seperti ini. Kau orang ini terpengaruh dengan Pelipin ka dek?
Quote dua_chzy 2-7-2022 12:10 PM
Ka awet mayat ka. Sah2 psiko tapi claim adat nenet moyang saya?
Quote eyansss 2-7-2022 12:33 PM
dua_chzy replied at 2-7-2022 12:09 PM
Daerah akak tak pernah lagik jumpa uri gantung di pokok seperti ini. Kau orang ini terpengaruh denga ...

kat komen pun dok pakat cakap suluk yang buat...  pilipin la tu...
Quote dua_chzy 2-7-2022 12:45 PM
eyansss replied at 2-7-2022 04:33 AM
kat komen pun dok pakat cakap suluk yang buat...  pilipin la tu...


Tapi ada satu komen tu kata dia Dusun, pakcik dia pun buat. Aiol heran kerana adat ni takda di daerah aiol. Dari zaman kepercayaan animisme lagik uri tu ditanam di tempat aiol. Kalau ada, mesti orang2 tua ni dah bercerita. Tu yang ai kata pengaruh Pelipin karna ai syak heshe tinggal di area LD, Tawau, Semporna etc.
Quote Mary_jane 2-7-2022 01:09 PM
Gantung macam tu tak attract balan2 ke datang? Atau burung ke apa.
Quote SonicSiLandak 2-7-2022 01:10 PM
adat bangsa etis
Quote Adrif 2-7-2022 03:11 PM
adat gantung mayat kat pokok, dinding gua, kubur atas pokok ni, setau yang aku belajar dulu, adat orang asli

menurut fahaman deme, lebih tinggi mayat tu diletakkan, lebih senang rohnya nak ke langit
tapi itu dulu-dulu.
dan juga orang asli sekarang lebih terbuka pandangan mereka, dan lebih moden

tak sangka masih ada yang amalkan
tapi part awet mayat tu is very un-sangka-rable  
Quote damsel_fiji 2-7-2022 04:44 PM
dua_chzy replied at 2-7-2022 12:09 PM
Daerah akak tak pernah lagik jumpa uri gantung di pokok seperti ini. Kau orang ini terpengaruh denga ...

ai ramai gak kwn2 sabahan n slalu gi sana..x pernah plak i dgr adat cmnih..
Quote supernaturalee 2-7-2022 04:47 PM
Thread ni elok park kt peristiwa dunia

Quote norawestallen 6-7-2022 10:08 PM
Adat apa ni. Musykil

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.113875 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top