CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semangat Pahlawan - Aksi Shaukat Lengkap Bertanjak Di Texas Curi Tumpuan Peminat Gusti

28-6-2022 05:07 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 1919| Komen: 3

Description: Semangat Pahlawan - Aksi Shaukat Lengkap Bertanjak Di Texas Curi Tumpuan Peminat Gusti

Semangat Pahlawan! Rata-rata penonton bertanjak, berbaju melayu ketika hadir menonton wayang Mat Kilau. Di luar negara, ahli gusti profesional Ayez Shaukat Fonseka turut lengkap bertanjak membuat debut di pentas Hollywood.

Terdahulu, Shaukat pernah terbabit dalam telefilem Budak Lorong serta berlakon filem Juvana 2 dan Juvana 3 dan menjadi watak utama dalam filem Gila Gusti kini impian Ayez Shaukat  Fonseka untuk menyerlahkan bakatnya di Amerika Syarikat menjadi kenyataan. 


Selepas 7 tahun menjadi ahli gusti professional, Shaukat dilamar memegang watak hero untuk muncul dalam enam episod rancangan Reality Of Wrestling oleh sebuah syarikat produksi Hollywood. Rancangan itu disiarkan di saluran The CW.

Kredit foto - Youtube (mulai minit 23:31)

Dalam siri itu, Ayez tampil dengan memakai tanjak dan jaket songket hasil tangan Paul Carling - pereka pakaian dari Sarawak yang banyak menghasilkan busana pertandingan Ratu Cantik di Borneo bagi mengetengahkan identiti Malaysia.

Menurut Ayez, tawaran ini telah diterima sejak dua tahun lalu namun ia terpaksa ditangguhkan kerana gagal mendapatkan kelulusan visa disebabkan pandemik Covid-19. 


Perbelanjaan Ayez ditanggung sepenuhnya oleh syarikat produksi ahli gusti terkenal, Booker T dan dia juga turut mendapat tajaan dua syarikat tempatan, Cineplus Asia dan XO Ice Cream.

Bercerita lanjut keberadaannya di sana sepanjang dua minggu penggambaran, Ayez berasa terharu dengan layan baik semua pihak termasuk penerimaan positif penonton terhadapnya. Lebih manis, mereka mahu membantu mengembangkan kariernya di sana dengan mengusulkan nama Ayez untuk berlakon dalam siri lain.

Pada debut tersebut, Shaukat telah berjaya memenangi perlawanan menentang menentang Jonathan J Vega.  

Kredit foto - Youtube 

Menurut pengulas, Shaukat mempunyai auranya yang tersendiri apabila berada di dalam gelanggang. 

Kredit foto - Youtube 

Rata-rata peminat dan rakan selebriti tempatan turut berbangga dengan pencapaian Shaukat itu. Syabas anak muda! -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 28-6-2022 08:36 PM
Good luck bro
Quote Cokoro 28-6-2022 09:43 PM
Wlpn tak minat gusti2 ni tp all the best. Moga terus berjaya
Quote babelina 29-6-2022 09:31 AM
aku mmg touching tgk org2 yg ada semangat mcm nie.. moga berjaya dan sukses.. amin yra..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.046428 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top