CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jenguk Ibu Tak Sihat Di Sabah, Netizen Tak Sangka MK K-Clique Pandai Mengaji Dan Jadi Imam

27-6-2022 12:56 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2234| Komen: 8|Original author: Cinta Erina

Description: Siapa yang tidak kenal penyanyi rap Malaysia iaitu MK K-Clique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin? MK seorang penyanyi rap yang terkenal dengan imej 'bad boy'. Populariti MK memang tidak dapat dis ...
Sumber: Tiktok Wawa Evs


Siapa yang tidak kenal penyanyi rap Malaysia iaitu MK K-Clique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin? MK seorang penyanyi rap yang terkenal dengan imej 'bad boy'. Populariti MK memang tidak dapat disangkal lagi terutamanya di kalangan peminat perempuan. Baru-baru ini,  ramai peminat MK yang 'patah hati' apabila penyanyi itu tampil bersama teman wanitanya di tempat awam.

Terbaru ini, kakak MK iaitu Wawa telah memuatnaik video MK di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan MK dan kakanya baru sahaja pulang ke kampungnya halaman mereka di Sabah selepas mendapat berita bahawa ibu mereka berada dalam keadaan kurang sihat.



Video itu memaparkan MK sedang mengaji bersama-sama ibunya. Ramai peminat juga kelihatan begitu teruja mendengar MK mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran yang kedengaran begitu lancar. Bukan itu sahaja, MK juga turut mengimamkan solat jemaah bersama keluarganya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat sangat terkejut bahawa MK mempunyai kebolehan untuk mengaji dengan suara yang begitu merdu. Siapa sangka lelaki yang dikatakan 'bad boy' mampu menjadi mengaji dan menjadi imam solat?  -CARI

Sumber: Tiktok Wawa Evs


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 27-6-2022 05:37 PM
Retis Msia ni aku perati…ramai je pandai agama or at least ada basic ilmu agama. Tp bila da mabuk glemer terus jd bad boy or bad girl.
Tibe up video pandai mengaji, taranum, jadi imam.
Muda2 ni patutnye bukan kita enjoy tak ingat dunia. Some ppl ckp time muda la merasa nikmat dunia. Kalo time muda ko berjimba tiba kiok, camana tu?
Dah tua sok jadi alim warak kalo umur panjang.
#donemodesetazah
Quote cruz2 27-6-2022 05:39 PM
Dh dia pon beragama islam kan?apa yg netz kagum dan pelik sgt?pelik2 la netizen nih
Quote makneng 27-6-2022 10:23 PM
Pelik ke? Halahhhh
Quote ainonymous 28-6-2022 10:58 AM
laaaa pandai ngaji dgn solat tu basic kottt.. bukan dia non-muslim pun. netizen ni punn
Quote prince_marhaen 28-6-2022 11:09 AM
kagum la jugak sebab bacaan heols lancar.... tapi meols tengok account kakak heols yang post tu terus meols jadi acik-acik fesbuk..mengucapp panjanggggggggg meols...hahahahaha...
Quote Sazreena 29-6-2022 10:23 AM
Tu pun jadi bahan..
Quote winky1 29-6-2022 10:46 AM
Itu menunjuk keadaan sekarang. Sampai benda yg mmg basic dan expected of esp anak lelaki yg imam dan bakal imam ...ramai yg terkejut hairan...ada lagi satu ...netizen selalu ckp humble nya ... Tak sangka humble nye ..haha geli telinga I bila baca comments mcm ni
Quote kechikchomel 29-6-2022 10:52 AM
nampak besar jugak rumah dia.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058434 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top