CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Empat Dekad Berlakon, Mubarak Majid Menang Anugerah Pertama Di India- Tak Kecil Hati Tak Pernah Menang Di Negara Sendiri

24-6-2022 10:09 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4245| Komen: 29|Original author: Tatod

Description: Sepanjang empat dekad pembabitannya dalam dunia seni, aktor veteran, Mubarak Majid meraih kemenangan pertama menerusi filem pendek Coofie Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Sdn Bhd di Motion Horse In ...

Sepanjang empat dekad pembabitannya dalam dunia seni, aktor veteran, Mubarak Majid meraih kemenangan pertama menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 di India, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro dan Getaran, pelakon lelaki itu cukup bangga dengan penghargaan yang diterimanya dan menyifatkan kemenangan tersebut adalah satu pengiktirafan buat semua yang terlibat dalam bidang seni selama ini.

Mulai menceburi dunia seni dalam bidang pementasan sejak era 70-an, Mubarak kerap kali tercalon dalam pelbagai kategori di majlis anugerah tetapi belum rezeki kemenangan itu belum tiba.

Bagaimanapun, dia tidak pernah berkecil hati. Sebagai pelakon, dia selalu memberikan yang terbaik melaksanakan tanggungjawab yang sudah diberikan.


"Saya diberitahu berkenaan kemenangan ini oleh produksi dan setakat ini belum dapat sijil yang akan diberikan dalam bentuk digital. Ia pengiktirafan buat semua yang terbabit dalam dunia seni.

"Sebelum ini, saya sudah banyak kali tercalon dalam beberapa anugerah dalam negara sendiri tetapi tak pernah menang. Sebab lakonan bukan kita yang menilai. Namun, saya tidak pernah kecil hati sebab lakonan bukan kita yang nilai.

"Sebagai pelakon, kita hanya mampu buat yang terbaik menerusi setiap watak dan peranan yang diberikan," katanya yang juga terpilih sebagai penerima sijil tenaga pengajar dan penggiat industri di majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya anjuran Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 24-6-2022 11:02 AM
Tahniah pelakon veteran kita. Meski orang luar plak iktiraf dulu. Rezeki.


Quote lolita737 24-6-2022 11:10 AM
tahniah pakcik mubarak.. xperlu follower million pun boleh menang award..

tahniah
Quote babelina 24-6-2022 11:11 AM
his the best.. suka sgt2 dari kecik smapi skrg nie aku suka dia.. dulu2 dgr drama radio pn aku dh bole agk memek muka dia time bckp tu.. moga sihat2 selalu.. amin yra..
Quote slyfynx 24-6-2022 11:12 AM
X paham certificate die.
Ke mende tu x betul
Nape certificate of completion?
Quote Geeayden 24-6-2022 11:13 AM
Alhamdulillah, tahniah moga terus cemerlang dlm kerjaya
Quote hanihan16 24-6-2022 11:16 AM
slyfynx replied at 24-6-2022 11:12 AM
X paham certificate die.
Ke mende tu x betul
Nape certificate of completion?

i pun notice benda yg sama, cert of completion? dah la text alignment tak nice pastu sijilnya mmg online aje ye?
Quote moonela 24-6-2022 11:37 AM
babelina replied at 24-6-2022 11:11 AM
his the best.. suka sgt2 dari kecik smapi skrg nie aku suka dia.. dulu2 dgr drama radio pn aku dh bo ...

I pun suka lakonan dia...dari kanak-kanak rebina tengok lakonan dia
sampai la dah kertu ..

Antara pelakon yang sangat berbakat,...bawalah watak apa pun..
Quote emera 24-6-2022 11:47 AM
Negara ni mmg banyak kaki scam kan? Tapi pakcik ni berlakon mmg best pun.
Quote SharifBakhti 24-6-2022 11:47 AM
slyfynx replied at 24-6-2022 11:12 AM
X paham certificate die.
Ke mende tu x betul
Nape certificate of completion?

Kena faham sijil dari india mmg le begitu... selalu tengok sijil macam ni, mereka buat English tu mcm bahasa mereka 
Quote babelina 24-6-2022 11:58 AM
moonela replied at 24-6-2022 11:37 AM
I pun suka lakonan dia...dari kanak-kanak rebina tengok lakonan dia
sampai la dah kertu ..

ye setuju.. yg paling last tgk dia blakon citer ngn didi alias tu.. aduhhhh.. nangis aku tgk.. hahaha..
Quote makneng 24-6-2022 11:58 AM
Dia ni kalau berlakon dgn rozie othman dulu2 memang sepadan betul
Quote newyork 24-6-2022 12:16 PM
Dia ni berlakon mmg real. Artis lama kualiti dia lain.
Quote moonela 24-6-2022 12:21 PM
babelina replied at 24-6-2022 11:58 AM
ye setuju.. yg paling last tgk dia blakon citer ngn didi alias tu.. aduhhhh.. nangis aku tgk.. hah ...

hahahaha...dah kertu ni I dah jarang tengok tv...adalah juga tengok badminton bwf tour


kadang ternampak jugak la iklan drama dia ada berlakon...


Quote moonela 24-6-2022 12:23 PM
makneng replied at 24-6-2022 11:58 AM
Dia ni kalau berlakon dgn rozie othman dulu2 memang sepadan betul

menggamit memori kan....rozie dulu kira antara pelakon perempuan yang lawa...

Quote Seriouslahh 24-6-2022 01:15 PM
Congratulations
Quote cap_ayam 24-6-2022 01:18 PM
Tahniah ye.. saya tersentuh tengok lakonan abang kat netflix cerita Showtime 1958.
Quote Roan 24-6-2022 01:36 PM
Zaman Spektra RTM mengambil slot drama jam 7...
Quote Rogue98 24-6-2022 01:40 PM
Tahniah Bang!
Citer Mat Kilau pun dia ada kan...yg awal2 tu...tapi dia mati ...isteri dia kak Ellie Suriyati pun mati awal2 kena bunuh dgn British...sedih siut.
Quote TomyamPuteh 24-6-2022 02:20 PM
Hensem pakcik ni time muda2 dulu walaupun agak kurang inci.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.143900 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top