CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Raysha Rizrose Cover Lagu Cinta Luar Biasa Raih Perhatian, Netizen Puji Layak Keluarkan Album Sendiri

23-6-2022 03:27 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2094| Komen: 18|Original author: Cinta Erina

Description: Siapa yang tidak kenal pelakon Raysha Rizrose. Kepada yang tidak tahu, Raysha merupakan adik kandung seibu kepada pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Kerjaya pelakon ini bermula pada tahun 201 ...
Sumber: Instagram Raysha Rizrose


Siapa yang tidak kenal pelakon Raysha Rizrose. Kepada yang tidak tahu, Raysha merupakan adik kandung seibu kepada pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Kerjaya pelakon ini bermula pada tahun 2011 di mana dia telah memegang watak Mimi dalam drama Paksu Man di TV AlHijrah.


Sejak berlakon dalam drama Bisik-bisik Gelora, nama Raysha Rizrose sentiasa menjadi perhatian peminat kerana bakat lakonannya yang hebat. Siapa sangka, selain mempunyai bakat lakonan, Raysha juga mempunyai kebolehan untuk menyanyi. Bak kata orang, lengkap pakej dengan wajah yang cantik dan sangat berbakat. 

Baru-baru ini, tular video yang dimuatnaik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Dunia Pentas Drama. Menerusi posting itu, kelihatan Raysha sedang menyanyikan semula lagu popular dari negara Indonesia yang berjudul Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh. 


Ternyata ramai peminat yang tidak menyangka bahawa Raysha mempunyai bakat untuk menyanyi. Hal ini menyebabkan rata-rata peminat memuji suara Raysha yang sangat merdu dan ada juga yang berkata bahawa pelakon ini layak untuk mengeluarkan albumnya sendiri. -CARI

Sumber: Tiktok Dunia Pentas Drama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 23-6-2022 04:26 PM
sodap suara.
berlakon pon ok idok la terkemut2 mcm pelakon hat sanun
Quote Mary_jane 23-6-2022 04:32 PM
Motif netizen tak tau Arumi join sekali medley AJL35? Baru last year. Dah reserved tempat untuk THSM next season ke tu?
Quote NazRysha 23-6-2022 04:33 PM
cikatilia replied at 23-6-2022 04:26 PM
sodap suara.
berlakon pon ok idok la terkemut2 mcm pelakon hat sanun

kan, best la dia berlakon aku suka
Quote imransulaiman 23-6-2022 04:53 PM
OK, sedap suara dia. Saya suka dengar
Quote cikbudu 23-6-2022 05:05 PM
Yg penting nmpk cool jer tak gedik2
Quote seri_mawr 23-6-2022 05:17 PM
Mary_jane: Motif netizen tak tau Arumi join sekali medley AJL35? Baru last year. Dah reserved tempat untuk THSM next season ke tu?


masa ni org fokus dekat suara Hannah....hahhaha

Quote mendeluk 23-6-2022 05:19 PM
Dia ini kalau ikut bapak dia, dia sulung kan dlm adik bradik. No wonder nampak matang compare dgn Uqasha.
Quote Cokoro 23-6-2022 05:28 PM
Sedap suaranya
Quote cicicumel 23-6-2022 05:37 PM
X cantik la dia ni. Muka dia apasal makin kembung
Quote Piramida 23-6-2022 05:42 PM
Kurang merdu... Boleh lah as penyanyi yg biasa2.
Quote shernazz 23-6-2022 06:09 PM
Okay la
Iols nak layan bisik2 gelora pkl 7 nanti...
Quote iraizz 23-6-2022 06:16 PM
cicicumel replied at 23-6-2022 05:37 PM
X cantik la dia ni. Muka dia apasal makin kembung

Nama berisi dalam drama bisik2 gelora
Quote Mademoisellee 23-6-2022 07:21 PM
I pun perasan dia makin tembam. Langsung takde aura heroin drama. Jadi extra lebih layak
Quote AcikBuncit 23-6-2022 11:39 PM
Acik pn trkejut tgk muka dia mcm bengkak dlm cter ni.. Ke sbb kne pkul dgn jad?
Quote cahaya_almas 23-6-2022 11:48 PM
Muka dia twmbam...dulu nmpk dia cantik sgt...skrg pn cntik cuma pipi dia tembam sgt...naik kt situ kot dia kan...
Quote babelina 24-6-2022 10:50 AM
dlm citer tu dia kurang emosi.. aku rasa di kayu cikit.. nangis air mata x kuar.. rasa turn iff cikit.. si jad tu beriya.. tp x dpt yg mcm tu dari arumi..
Quote phalanx 24-6-2022 10:54 AM
Sedap suara nyanyi. Tapi suara bercakap macam keras pulak
Quote imrb 24-6-2022 12:13 PM
takde aura baik berlakon baik menyanyi.. sorry cancelled

Lihat semua komen(18)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.076335 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top