CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Walau Apa Yang Jadi, Sharnaaz Tetap Bapa Kepada Anak Kami," - Noor Nabila Dah Tahu Cerita Penuh

23-6-2022 02:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3288| Komen: 10|Original author: Tatod

Description: Kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui terkejut menerima berita mengenai bekas suaminya aktor, Sharnaaz Ahmad yang ditahan reman gara-gara dakwaan mencederakan pengawal kes ...
Sumber IG


Kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui terkejut menerima berita mengenai bekas suaminya aktor, Sharnaaz Ahmad yang ditahan reman gara-gara dakwaan mencederakan pengawal keselamatan kondomonium, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia mendedahkan sudah mengetahui cerita penuh daripada Sharnaaz dan akan sentiasa memberikan sokongan kepada pelakon berkenaan.

"Ketika mendengar mengenai insiden itu, saya terperanjat. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang sudah terjadi. Bagaimanapun, saya tak boleh nak ulas atau komen lebih lanjut kerana ia membabitkan siasatan polis.


"Cuma, walau apa yang jadi, Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami, Jebat Jayden. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak," katanya kepada Media Hiburan.

Sumber Harian Metro

Kata Nabila lagi, Sharnaaz menitiskan airmata sebaik saja bertemu Jebat selepas dibebaskan dari tahanan reman.

"Sharnaaz hantar video kepada saya ketika dia bertemu dengan anak selepas kes itu. Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya. Saya beritahu Sharnaaz, apa pun yang terjadi, terus panjang ke hadapan dan esok adalah hari baharu.

"Mengenali Sharnaaz, dia seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Dia sangat sayangkan anak dan itu saya tak boleh nafikan," katanya.


Terdahulu, aktor itu direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nonanje59 23-6-2022 03:48 PM
bagusnya nabila ni, takde nk melatah2 dkt socmed or media melarat2.
Quote aammyy 23-6-2022 03:50 PM
Baru ingat nak ship dorang. Lupa kak nab dah ada pengganti.
Quote Cokoro 23-6-2022 03:52 PM
Ok lah tu. Mujo kaknab paham. Kalau dia xbg jumpa jebat? Meraung lh kau kt situ nanas.
Quote Normabaru 23-6-2022 04:17 PM
Hahahaha mmg la nab xkesah..bkn laki aku..bekas jekkk..pedulik haper

Janji Nanas bayar nafkah jebat cm bese sudaaaa
Quote MatDeghem 23-6-2022 05:09 PM
Jenab dah happy dan bersyukur dah lepaskan bewak panas baran.

Memang si pineapple loser.....


Quote Nham22 23-6-2022 07:43 PM
Oo mase nenaih jumpe anak... Kak nab xdela yea...die g bercuti...
Quote doubleharmonic 23-6-2022 07:46 PM
heshe jumpa anak lepas balik dari holishit tu kerr?
Quote naina 23-6-2022 07:52 PM
Of cozla..dah anak dia..takleh u turn2 dah. Nak tak nak kena redha jelah. Nak bebel pun buat apa bukan suami lagi dah. Flip hair and sambung holiday dengan suami baru
Quote surih07 23-6-2022 09:51 PM
Bgs laa kaknabb bagi kata2 smangat
Bukan senang tgk kaknab beri kata2 positip
Quote Cleocatra 24-6-2022 02:56 AM
Aritu pos pasal bullshit pasal ni ke jenab? Susah nak purcaya sskjp ni classy. Sekor2 - vibes

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.080459 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top