CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Penonton Cakap Saya Dah Tak Boleh Nyanyi, Mereka Bengap..." - Nash

23-6-2022 02:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1998| Komen: 11|Original author: Tatod

Description: Gembira melihat kejayaan rakan-rakan seperjuangan seperti Datuk Hattan, Search dan U.K's melunaskan konsert masing-masing, ia memberikan semangat serta motivasi buat penyanyi, Datuk Nash untuk melakuk ...

Gembira melihat kejayaan rakan-rakan seperjuangan seperti Datuk Hattan, Search dan U.K's melunaskan konsert masing-masing, ia memberikan semangat serta motivasi buat penyanyi, Datuk Nash untuk melakukan hal sama sebagai penghargaan kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

Memetik laporan Kosmo! Online, Nash mengakui mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert namun masih dalam proses perbincangan bersama Datuk Ramli MS dan Man Kidal.

"Kami bertiga ada persefahaman bersama untuk buat satu kejutan. Inysa-Allah pada hujung tahun ini," katanya yang enggan berkongsi perincian lanjut mengenai perancangan konsert tersebut.



Nash yang cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Lefthanded berkongsi mengenai perkara itu selepas selesainya Majlis Sidang Media Pelancaran Kempen Haji 1443H TV AlHijrah.

Penyanyi berusia 62 tahun itu bagaimanapun tidak berani untuk menjanjikan kualiti vokal akan sama seperti ketika dia masih muda dahulu serta mengharapkan pengertian daripada peminat.

"Saya bukanlah hebat sangat menyanyi pun. Biasa-biasa saja. Apatah lagi umur dah 62 tahun.

"Kalau penonton atau sesiapa cakap saya dah tak boleh menyanyi dan sebagainya, maknanya mereka bengaplah. Faktor umur kan," selorohnya sambil tertawa.


Jelas Nash, peminat tidak boleh mengharapkan orang yang sudah berusia masih berkeupayaan menyampaikan sesebuah lagu sama seperti sama seperti pada awal kemunculan penyanyi tersebut.

"Bagi saya, yang paling penting adalah penghayatan dan juga cara menyanyikan sesebuh lagu kepada orang.

"Nak nilai seseorang itu bagus atau tak bagus, tengoklah bila kali pertama dia keluar album," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 23-6-2022 02:50 PM
tapi few years back 2019 before covid ada handle majlis, weols invite Nash, fuhhh power sehhh..tak macam pakcik2 sangat.. maintain je tarik & stamina tak pancit pun.... dah la manis hitam2 manis, tinggi jugak (meols 164 je hehe)... wongiiii... baik jer berborak... <3 <3
Quote bulalof 23-6-2022 03:04 PM
otai masih berbisa kah?
Quote sleepandream 25-6-2022 03:49 PM
62 tahun dah...
rambut itam lagi... inai ke
Quote mojarean_X 25-6-2022 03:53 PM
[youtube]2ZyhsMGV1C0[/youtube]
Quote makita 25-6-2022 04:44 PM
Tiada lagi kidung mu yg ori lagi mantap meols rasa. Atok Jack Marpaung.
Quote hzln 25-6-2022 05:53 PM
Mmg masih boleh nyanyi
Tapi key dan tempo, versi umo 60an la
Otherwise, first verse dah ke laut dalam
Quote dua_chzy 25-6-2022 06:53 PM
Apsal urang tanahair kau ini tak macam kokesen sana makin tua makin berisi, sedap, lemak, umpph suara? Eh takyah cakap kokesen la dengan nusantara Ndon pun kalah.
Quote hzln 25-6-2022 07:35 PM
dua_chzy replied at 25-6-2022 06:53 PM
Apsal urang tanahair kau ini tak macam kokesen sana makin tua makin berisi, sedap, lemak, umpph suar ...

Rasanya bkn psl etnik atau apa sgt, tapi takat mana mereka jaga stamina dan tak berenti menyanyi dr muda sampai tua. Tak semesti berada di mainstream dan asik kluar tv atau buat album baru pun...cari makan kat kelab, majlis kawin etc pun dikira sbg teruskan karier sbg penyanyi juga. Ramai saja yg tua2 suara masih umphh, jamal misalnya. Yg lagi dinosaur pun ada, mcm jatt n ramli sarip. Yg banyak kes suara jadi hauk sbb dah tak berapa aktif menyanyi, bila nak masuk pertandingan (mcm gv) baru gigih nak kembalikan semula stamina dan vokal semula. Mmg ler haussss. Cth mcm fakely, rem, amir cicak. Side note: Tapi suara amir cicak masa konsert ukays kat ib baru ni sedapp ler pulak. Berbulan gamaknya rehearse.
Quote wirazam 25-6-2022 10:38 PM
Takde lagu baru ke pakcik nih..dulu dulu semua mengharap composer lagu yg buatagu..skrg nih trend singer song writer...baru boleh sustain lama
Quote eyansss 25-6-2022 11:36 PM
aku jadi tak berkenan dengan dia lepas kes dia dengan arwah susilawati...  arwah sampai buat permohonan bekukan harta sebab pakcik ni songlap duit arwah...

la ni sibuk bengapkan orang pulak...  haiyooo...
Quote LadyCarefree 26-6-2022 12:04 PM
Kalau dah has been tu has been je la

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.297818 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top