CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kahwin Dengan Patung, Dakwa Lahirkan Anak Lelaki

23-6-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1704| Komen: 13

Description: BRASILIA, Brazil – Seorang wanita di Brazil mendakwa telah melahirkan ‘bayi’ hasil perkahwinannya dengan sebuah patung buatan tangan yang dijahit sendiri oleh ibunya, lapor akhbar The Sun.
BRASILIA, Brazil – Seorang wanita di Brazil mendakwa telah melahirkan ‘bayi’ hasil perkahwinannya dengan sebuah patung buatan tangan yang dijahit sendiri oleh ibunya, lapor akhbar The Sun.


Meirivone Rocha Moraes, 37, sebelum ini mengadu kepada ibunya mengenai kesukaran untuk mencari jodoh sebelum dia diperkenalkan dengan Marcelo, sebuah patung kain buruk buatan tangan.

Menurut Moraes, dia jatuh cinta pandang pertama pada Marcelo dan mengambil keputusan untuk berkahwin.

Foto: The Sun

Tidak lama selepas itu, Moraes memaklumkan bahawa dia ‘hamil’ dan telah selamat ‘melahirkan bayi lelaki’ di kediamannya pada 21 Mei lalu.


“Kelahiran anak saya dibantu oleh dua jururawat yang menyaksikan saya mengalami kesakitan kontraksi.

“Saya sangat marah apabila orang menuduh saya mereka-reka cerita sedangkan semua ini benar-benar berlaku,” tegas Moraes.

Dalam pada itu, wanita itu berkata, suaminya adalah pasangan yang sempurna namun hanya memiliki satu kelemahan iaitu malas bekerja.

“Bagaimanapun, dia suami yang dicemburui wanita lain. Dia tidak pernah bertengkar dengan saya, tidak pernah marah, setia dan sangat memahami,” ujar Moraes. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 23-6-2022 01:35 PM
kuat sangat ni gam cap kapal terbang buatan brazil,

err zakar dia pn buatan sendiri ke?

Quote mamajawie 23-6-2022 01:41 PM
kot ye pun nak fetish ngan patung beli la patung life size yang nampak ori tu yachhh..ni patung sedeyhhhhhhh
Quote Artemesiaa 23-6-2022 01:55 PM
Eloklah maknya bawak dia pergi jumpa pakar jiwa bukan jahitkan patung untuknya
Quote cap_ayam 23-6-2022 01:58 PM
Err ingatkan patung lagi satu tu anak lelaki dia ke itu 'anak' yang dia lahirkan
Quote sukacactus 23-6-2022 01:59 PM
Ooo paham, skrg mari kita semua teruskan hidup
Quote Skuau 23-6-2022 02:29 PM
baik ko tumpukan ngn bola samba korang tu...drp 'menyindon'
Quote liyamariska 23-6-2022 02:49 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote shernazz 23-6-2022 02:55 PM
Siap sakit kontraksi tu
Quote bakingsoda 23-6-2022 04:39 PM
oo anak ikut muka bapak eh
Quote mdhelmi 23-6-2022 04:48 PM
ni pengaruh sasori ke ape ni
Quote batu kikir 23-6-2022 04:58 PM
Sedap nau ke dapat patung buruk ni?
Quote _blackbird 23-6-2022 05:25 PM
apa yg meol baca ni??
Quote arm_band 23-6-2022 07:28 PM
saya terhibur

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051264 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top