CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya Bersedekah Kepada Pekerja Pasar Raya Dipuji, "Harap Ikhlas, Bukan Ikut Trend"

23-6-2022 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2574| Komen: 23

Description: Video memaparkan Zara Zya bersedekah kepada seorang pekerja pasar raya baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Video memaparkan Zara Zya bersedekah kepada seorang pekerja pasar raya baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Perbuatan mulia tersebut meraih ribuan pujian yang rata-ratanya terharu melihat pelakon genit itu tampil melakukan perkara baik yang boleh menjadi ikutan ramai.


Foto: IG

Kata netizen, sikap Zara sangat positif kerana melakukan perkara mengikut trend tular yang baik iaitu bersedekah kepada orang ramai berbanding aksi tidak senonoh seperti selebriti lain.

Namun, ada juga netizen yang berharap perbuatannya itu dilakukan bukan untuk mengikut trend tular semata-mata.




“Apabila seorang buat baik, semua pun akan ikut lakukan perkara sama. Terbaik Zara,” komen netizen.

“Harap benda yang dilakukannya ini bukan ikut trend semata-mata,” ujar seorang pengguna TikTok.




Harap semuanya dilakukan dengan ikhlas. Jika ikut trend yang baik apa salahnya, daripada buat perkara yang boleh mengundang kecaman. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 23-6-2022 12:11 PM
makin sesuai lak perangai die ni ngan soeb
Quote hotmak 23-6-2022 12:16 PM
nape dia kena lekat duit kat baju org tu, bagi elok2 tak boleh ke
Quote Note8687 23-6-2022 12:21 PM
hotmak replied at 23-6-2022 12:16 PM
nape dia kena lekat duit kat baju org tu, bagi elok2 tak boleh ke

Itulah pasal,demi secebis content. Takut kan tak nampak pulak dia bg RM50. Terkial2 budak tu nak capai, bg kat tangan kan mudah.
Quote AshkieLa 23-6-2022 12:33 PM
halahh halahhh...
nak main lekat2 mcm tu...
bagi laa leklok at least masuk peket angpau/envelope.
tapi kalau cmni, org tak nampak amount ko bagi kan kann? yihhhh
Quote RinIna 23-6-2022 12:35 PM
Kan dia kata ikut trend.. trend tu ada org dah buat.. dia ikutla cara sama..
Quote aisah7493 23-6-2022 12:56 PM
Nak komen kucing dia je, besarnyaa
Quote mamajawie 23-6-2022 01:46 PM
demi content la tu apsal x reti bagi elok2 ke?btw kuceng dia besaunyehhhh..geram plak aku siap bagi mnum milo ea..patut la sihat & debab..
Quote mawarkhayalan99 23-6-2022 02:26 PM
dia ikut trend je ni. ada orang lain dah buat mcm ni dekat tiktok. gitulahhh
Quote kechikchomel 23-6-2022 02:28 PM
kat mana eh nak cari kain macam baju pink yg dia pakai tu?

Quote mizruncing 23-6-2022 02:46 PM
eeiiii stop la buat konten bodoh ni.. eeiii nonsense laaa. kau ikhlas ke x ni
Quote lasagna 23-6-2022 02:49 PM
ok iols lagi nak tau apsal kucing maine coon dia yg gemuks itu dari tajuk benang ini.
Quote awanearisu 23-6-2022 02:51 PM
Bersedekah demi perhatian. Kena buat dan kena rakam dan jangan lupa kongsikan.
Quote pembacagosip 23-6-2022 02:59 PM
hotmak replied at 23-6-2022 12:16 PM
nape dia kena lekat duit kat baju org tu, bagi elok2 tak boleh ke

masuk la sampul, nak juga tunjuk note berapa. mcm ni blh jadi riak ooooo
Quote Aneem 23-6-2022 03:05 PM
Kalau ikhlas, takyah la nak upload kat medsoc hanat.
Quote sherry_zaida 23-6-2022 03:05 PM
Tibah siap solotep tuh
Quote ezacbee 23-6-2022 03:23 PM
Klo buh envelope lagi elok dan senyap2 bagi. Bukan dah standby record. Bior jelah dia asal bahagia.
Quote msdummy.2018 23-6-2022 03:50 PM
Gemuk gile kucing wehh...tolong tepek kucomg tuh lagi
Quote mesmerize 23-6-2022 04:32 PM
dia ikut style cina apa nama ig dia tu tah.. dah lama cina tu buat, tampal2 duit kat baju orang
Quote mesmerize 23-6-2022 04:33 PM
btw tu kucing parsi mmg saiz besar macam tu kalau jantan yang dah disunatkan (spayed/neutered)

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.150156 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top