CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berlakon Dengan Aktres Lain, Aiman Hakim Ridza Puji Isteri Matang

23-6-2022 11:22 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9400| Komen: 90|Original author: Tatod

Description: Sumber IGSelepas aktor, Aiman Hakim Ridza dan isterinya yang juga seorang aktres, Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga, kedua-dua pelakon itu terus saling menyokong karier seni lakonan satu sama ...
Sumber IG


Selepas aktor, Aiman Hakim Ridza dan isterinya yang juga seorang aktres, Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga, kedua-dua pelakon itu terus saling menyokong karier seni lakonan satu sama lain.

Memetik laporan Media Hiburan, kata Aiman, isterinya seorang yang bersikap terbuka dan berfikiran matang memandangkan adakalanya aktor itu akan digandingkan bersama pelakon wanita menerusi mana-mana naskhah.


"Setiap kali balik ke rumah selepas selesai penggambaran, saya akan berkongsi dan beritahu dia setiap babak yang saya telah lakonkan pada hari itu.

"Kadang ada juga saya bertanya pada dia, sama ada babak yang saya lakonkan itu adalah satu tindakan yang betul atau sebaliknya sebab status saya sekarang pun dah lain.

"Pada masa sama, Zahirah banyak bantu saya daru segi berkongsi idea. Jadi, saya bersyukur kerana memiliki seorang isteri seperti Zahirah dalam hidup saya," katanya.


Tampil menerusi siri baharu She Was Pretty, adaptasi drama popular Korea Selatan dengan judul yang sama, Aiman bergandingan dengan pelakon, Diana Danielle yang melakonkan karakter sebagai pasangannya dalam drama tersebut.

Kata Aiman, Zahirah sentiasa memberikan galakan kepada dirinya sepanjang menjayakan rantaian tersebut.



"Zahirah pernah berjumpa dengan Diana Danielle. Jadi, apabila dia tahu saya bakal digandingkan bersama Diana, dia lebih ke arah ingin tahu bagaimana pengalaman bekerjasama dengan aktres tersebut.

"Manakala dari segi sokongan moral pula, Zahirah adalah seorang yang sangat matang dan selalu memberikan sokongan moral kepada saya," katanya. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 23-6-2022 01:49 PM
da kata DD tu kan bini orang..konfem la si ZM no hal je..cer scha ellina mau ZM terbang dari Perth nak hayun muka korang berdua pakai WOMBAT!!
Quote Nham22 23-6-2022 01:53 PM
mamajawie replied at 23-6-2022 01:49 PM
da kata DD tu kan bini orang..konfem la si ZM no hal je..cer scha ellina mau ZM terbang dari Perth n ...

Hahahaha... Wuuuuuu scary kuku wombat iteeeew nak bayangkan pon takut
Quote anony-mous 23-6-2022 01:59 PM
Dari cara dia cerita mesti bini jenis kuat jeles namati lepas ni cuba try dgn scha tu atau mana2 aktres gedik yg bujang.

DD ni lg 1 nmpk matang , bini org n bkn jenis gedik @ ada gosip liar sgt. Suka pula tgk watak dia dlm drama tu
Quote Incanto 23-6-2022 02:05 PM
suka tgk AHR dan Ira....mcm kapel muda remaja wpun dah mak bapak

Quote Incanto 23-6-2022 02:07 PM
anony-mous replied at 23-6-2022 01:59 PM
Dari cara dia cerita mesti bini jenis kuat jeles namati  lepas ni cuba try dgn scha tu atau mana2  ...

aku rasa aiman ni pun jenis snob , takde nak layan artis bbnu no spik inggeris


Quote dua_chzy 23-6-2022 02:11 PM
mamajawie replied at 23-6-2022 05:49 AM
da kata DD tu kan bini orang..konfem la si ZM no hal je..cer scha ellina mau ZM terbang dari Perth n ...

Atau janda seperti Fiza Halim ka.
Quote pembacagosip 23-6-2022 02:12 PM
x berlakon x ada income plak nanti. so x perlu jeles
Quote pembacagosip 23-6-2022 02:12 PM
x berlakon x ada income plak nanti. so x perlu jeles
Quote AcikBuncit 23-6-2022 02:21 PM
Dh ira tu pn actress.. Mstila dia phm.. Apebenda nya..
Quote makcun14 23-6-2022 02:30 PM
Opkos la tak jeles. Sampai bila nak harap duit father in law orka kan.
Quote makadek 23-6-2022 02:33 PM
Try anna jobling lawo oo
Quote ayukpingu 23-6-2022 02:36 PM
cuba try berlakon dgn ira kazar...
Quote 3chanceno 23-6-2022 02:37 PM
Berlakon tu kan pekerjaan, tak berlakon takde duit  apa punya gosip nie, unless nak promot drama baru ler
Quote mizruncing 23-6-2022 02:39 PM
ayukpingu replied at 23-6-2022 02:36 PM
cuba try berlakon dgn ira kazar...

hahahahha sokong
Quote beatgirlX 23-6-2022 02:48 PM
Aiman ni dulu si Zahirah pun dia bolayan kann...hahaha...
Quote mamajawie 23-6-2022 02:53 PM
dua_chzy replied at 23-6-2022 02:11 PM
Atau janda seperti Fiza Halim ka.

fuh kalau makjan cam FH mau dua ekor wombat si ZM bawak terbang dr oz sna..kahkahkah



Quote mamajawie 23-6-2022 02:54 PM
Nham22 replied at 23-6-2022 01:53 PM
Hahahaha... Wuuuuuu scary kuku wombat iteeeew nak bayangkan pon takut

tapi wombat kiut yachhhh..iollss belum penah jejak kaki kat oz..harap 1 hari dpat la pegi sana 1 fmily sbab nak pegang wombat..



Quote mamajawie 23-6-2022 02:54 PM
beatgirlX replied at 23-6-2022 02:48 PM
Aiman ni dulu si Zahirah pun dia bolayan kann...hahaha...

tapi iollss suka AHR dengan tekya..

Quote stingerbumpy 23-6-2022 02:58 PM
dua_chzy replied at 23-6-2022 02:11 PM
Atau janda seperti Fiza Halim ka.

Fiza halim itewww utk laki ko chzy...baru putih bijik hitam mata ko....

Wakahkahkahkahkah

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.318503 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top