CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Memang Ada Macam-Macam Ragam" - Lan Solo Kongsi Pengalaman Berjiran

22-6-2022 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2555| Komen: 7

Description: Tingkah laku jiran yang kurang menyenangkan bukan isu baru disuarakan masyarakat.
Tingkah laku jiran yang kurang menyenangkan bukan isu baru disuarakan masyarakat.

Perkara sama turut dialami Lan Solo ketika tinggal di perumahan teres sebelum ini.


Ceritanya dalam program Wanita Hari Ini di TV3 pada Selasa, situasi dihadapinya bagaimanapun tidaklah sedahsyat seperti dialami segelintir orang.


Foto: IG Lan

“Dulu tu pernah lah, masa duduk di kawasan perumahan teres sebelum ini. Memang ada macam-macam ragam sebenarnya.

“Tapi yang dasyat tu tidak lah, tapi macam gangguan bunyi tu pernahlah,” katanya seperti dipetik Media Hiburan.


Justeru, Lan menasihati semua pihak perlu mengamalkan sikap toleransi dan langkah terbaik untuk menangani masalah tersebut adalah dengan cuba berbincang secara baik.

“Sebenarnya saya ni jenis seorang yang malas nak ambil tahu sangat, maksudnya malas nak bising atau kecoh untuk jadikan benda itu sebagai satu masalah.

“Kita ni hidup berjiran kena ada toleransi selalu sebab kita tak tahu hari nanti macam mana.

“Mana tahu kalau kita tengah dalam kesusahan, tiba-tiba jiran yang kita marah tu lah akan bantu kita balik.


Foto: IG Lan

“Jadi, saya akan cuba bertoleransi dengan jiran dengan cara berbincang. Inisiatif yang terbaik adalah dengan melalui perbincangan,” katanya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote setori_mori 22-6-2022 11:25 PM
Ok aku puji gigi anak2 nya helok2 terjaga
Quote sharlenetexas 23-6-2022 12:48 AM
Rambut anak2 doa dah kembali hitam. Baguslah.


Quote AshkieLa 23-6-2022 07:43 AM
tak buat mengumpat jiran kat socmed live pulak ke?
Quote babelina 23-6-2022 09:24 AM
AshkieLa: tak buat mengumpat jiran kat socmed live pulak ke?

hahaha.. knnnn.. x berani pula..
Quote prince_marhaen 23-6-2022 10:04 AM
ntah-ntah jiran lagi menyampah tengok kau anak beranak esp bini kau yang mulut puaka tu....dah pindah banglo nanti ntah-ntah jiran kau semua satu lorong buat sujud syukur & kenduri pulut kuning.
Quote mamajawie 23-6-2022 03:01 PM
AshkieLa replied at 23-6-2022 07:43 AM
tak buat mengumpat jiran kat socmed live pulak ke?

kahkahkah..mau kena simbah cat rumah si lan pilak ni..

Quote wirazam 25-6-2022 10:45 PM
Jiran from hell... aduyai...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.053835 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top