CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elfira Loy Kongsi Video Masa Beranak, Dipuji Cool Langsung Tak Jerit Masa Meneran

22-6-2022 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4467| Komen: 29

Description: Elfira Loy berkongsi momen indah saat suaminya, Farish Khairol Anuar yang dirakam menyambut sendiri kelahiran cahaya mata mereka.
Elfira Loy berkongsi momen indah saat suaminya, Farish Khairol Anuar yang dirakam menyambut sendiri kelahiran cahaya mata mereka.

Video dan dedikasi indah itu dilayangkan Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bersempena dengan sambutan Hari Bapa tahun ini.

Di dalam ucapan tersebut, Elfira berterima kasih buat suami kerana menjadi ketua keluarga terbaik di samping dua permata hati.

Foto: IG


“To my beloved husband, Ayah to my child

Happy Father’s day @fariskanuar, thank you for making effort to be a great Ayah to our beloved son Muhamad Rayyan Khalaf & daughter Nur Aria Mikayla.




“We love you so much no matter how annoying you are. You are still amazing.

“My best moment of you : when you assisting with the birth, sambut anak kita. SubhanAllah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instgaram.

Menerima lebih 55,000 tanda suka, suaminya turut membalas penghargaan yang dibuat isteri tersayang.



Malah, rata-rata peminat turut mendoakan yang baik-baik selain ada yang kagum kerana menyifatkan Elfira tenang sewaktu proses bersalin berjalan.

“Mahal lah momen macam ni,” tulis peminat.

“Fuhh… powerlah tak dengar El menjerit pun,” komen peminat lain.



“MasyaAllah El, cool giler awak teran,” antara reaksi peminat.

“Macam mana El cool macam tu? Teringin nak tahu,” peminat teruja.

“Punyalah senang dia beranak,” ini antara reaksi yang ditinggalkan.



Untuk rekod, Elfira dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 memiliki sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Khalaf,2, dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abangadek 22-6-2022 03:30 PM
cantik sgt el ni lepas beranak pinak
Quote Cokoro 22-6-2022 03:36 PM
Alhamdulillahhh iols pulak gerun nengoknya
Quote lasagna 22-6-2022 03:51 PM
waaaa bgusnya.. Allah bg kekuatan utk dia ek.. aku harap EL xyh dah laa jd artis, dok rumah aman2 jaga family adalah lebih baik..
Quote AcikBuncit 22-6-2022 04:44 PM
Dah mariii lagiii edisi retis tayang kangkang dalam labour room.. Aduhai. Smpan sndiri dh la video2 mcm ni.. Korg tak rasa benda ni terlalu intimate n personal ke smp nk post kat socmed.. Walaupn tak nampk kangkangan tu, tp proses tu tak perlu la tnjuk ye...
Quote awenda507 22-6-2022 05:31 PM
masih takleh hadam bila pompuan hilang malu utk share keadaan mcm ni utk tontonan public.haihh
Quote nakkomenjugak 22-6-2022 07:00 PM
erkkkk... fo wahhhtttt??
video2 gini patut emel dekat emel anak
nanti anak da besar
segala moment2 heshe membesar heshe boleh tengok
weolsssss takmo tengokkkkk
Quote bankerpencen 22-6-2022 07:50 PM
Gigih nak mengupload macam dia sorang je yang melahirkan anak…. nak mengingatkan laki supaya tak cari lain ke sebenarnya?
Quote forum5290 22-6-2022 08:37 PM
Mesti amik epidural ni (ubt tahan sakit)...sbb to xde scene jerit2 or kua bnyi mse mneran,...
Kalau amik epidural,mase contraction pn xrase....
Quote alieyrina 22-6-2022 08:39 PM
Terpaling beranak pun adoo haa
Quote margo20 22-6-2022 09:07 PM
Epidural la ni akak aku ckp time anak dia keluar rasa mcm ada bola tp tak sakit pun zzz
Quote prizadane 22-6-2022 10:29 PM
Okay, tahniah la El sebab jadi contoh beranak. Apoo… poyo sungguh. Eh akak pun beranak takde jerit or keluar suara masa meneran. Chill je beranak 3 orang semua normal. Takde amik epidural pun dik… yelah beranak kat gomen spital kan. Tapi akak mmg time meneran takde nak pegang phone capture apa pun dik sebab contraction teruk… El mesti amik epidural kan? Tu yang chillex record… pasni boleh la El dapat award ibu terbaik, kan?
Quote MissYouSayang 22-6-2022 10:36 PM
iols ni punya lh ternanti2 kamera tu tala depan  pookey  el tp sampai sudah nan hado. Nak gak merasa apa yg faris tu tgk.
Quote n0n0n0 22-6-2022 10:38 PM
margo20 replied at 22-6-2022 09:07 PM
Epidural la ni akak aku ckp time anak dia keluar rasa mcm ada bola tp tak sakit pun zzz

Tergelak iolssss kahkahkah tak boleh bayang mcm mana
Quote misshero 22-6-2022 10:50 PM
Memanglah takleh menjerit masa nk teran beranak sebab menjerit ni curi tenaga. Lebih elok tenaga yang ada disalurkan masa teran. Lagi satu, kalau menjerit pun buat malu jer ????????????
Quote hotmak 22-6-2022 10:58 PM
nak tergelak, yg dok ckp tak menjerit tu mesti byk tgk drama kan org nak bersalin lg byk diam sebab klu buat bising, habis tenaga, cmana nak meneran, lg satu buat marah dek nurse je buang tenaga terjerit2
Quote wolfheart 22-6-2022 11:03 PM
Dlm antenatal class ada pesan jgn jerit2. Bazir tenaga. Bila ibu² nak teran tu, dagu rapat ke dada, teran kuat2 jgn keluar suara. Ayah² yg join kelas pon mesti ingat juga.
Quote hashashes 22-6-2022 11:54 PM
Baby tu fresh2 baru keluar kalau aku, simpan je video tu sebagai most precious possession. Taknak share dengan sape2. Tu kalau aku lahhh
Quote Chah21 22-6-2022 11:57 PM
prizadane replied at 22-6-2022 10:29 PM
Okay, tahniah la El sebab jadi contoh beranak. Apoo… poyo sungguh. Eh akak pun beranak takde jerit  ...

Brapa jam u sakit xde epidural tu
Quote prizadane 23-6-2022 09:03 AM
Chah21 replied at 22-6-2022 11:57 PM
Brapa jam u sakit xde epidural tu

First child je dalam 3hrs. Second and third less than an hour. Tapi contraction teruk la sebab so suddenly.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054910 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top