CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tolak Produksi Lain Walau Bayar Mahal- Yoe Parey, Asif Suhaimi Hanya Nak Berlakon Dengan Syahmi Sazli

22-6-2022 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1324| Komen: 3

Description: Walaupun ditawarkan bayaran tinggi oleh syarikat produksi lain, pelakon istimewa iaitu Yoe Parey dan Asif Suhaimi tetap enggan menerima tawaran itu kerana hanya mahu berlakon dengan produksi milik Sya ...
Walaupun ditawarkan bayaran tinggi oleh syarikat produksi lain, pelakon istimewa iaitu Yoe Parey dan Asif Suhaimi tetap enggan menerima tawaran itu kerana hanya mahu berlakon dengan produksi milik Syahmi Sazli saja.


Syahmi yang juga individu bertanggungjawab mencungkil bakat Yoe dan Asif dalam drama pendek di YouTube kini tampil dengan filem berjudul 35mm lakonan dua pelakon dari Kelantan itu.

Foto: IG

Yoe ketika ditemui berkata, ada penerbit lain pernah datang ke rumah memujuknya berlakon, tetapi dia menolaknya.

"Kami selesa berlakon dengan Syahmi sebab dah bertahun kenal dia. Kalau orang lain tanya, saya senyap terus. Bayaran bukanlah persoalan utama kerana kami berlakon disebabkan minat. Syahmi sangat baik dengan kami," katanya.


Yoe dan Asif dipopularkan Syahmi menerusi drama pendek di YouTube sebelum diangkat menjadi bintang utama filem Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober tahun lalu.



35mm arahan bersama Syahmi dan SeniBayan yang diterbitkan Nine Flix Production. Filem genre pengembaraan, fantasi dan komedi itu ditayangkan di Astro First bermula hari ini.

Yoe berkata, dia teruja, seronok dan bersemangat untuk tampil dengan filem ini dan berharap ia mendapat sambutan sama seperti Mael Totey The Movie.

"Saya juga harap filem ini disambung sebab saya suka menjayakannya. Walaupun penat, saya tetap jalan. Ketika penggambaran saya berdepan masalah angin pasang sehingga terpaksa menjalani pembedahan dan berehat hampir sebulan tapi saya tetap bersemangat menghabiskannya," katanya.



Sementara itu, Asif yang bergelar Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, turut mengharapkan filem ini mendapat sambutan hebat bukan saja peminat dari Kelantan tetapi juga dari seluruh negara.

Selain mereka, 35mm turut dibintangi Syahmi, Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi.

35mm berkisarkan mengenai tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam pengembaraan ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik.



Antara zaman yang dilewati adalah pada era Dinasti Cina, zaman pendudukan Jepun dan pemerintahan British.

Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada pada 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun, mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.

Penggambaran dijalankan di Pulau Pinang dari Disember sehingga Mac lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-6-2022 04:05 PM
bagus mi ni. tak macam kel yg lain
Quote Cokoro 22-6-2022 05:48 PM
Menarik sinopsis dia
Quote Perawankota 22-6-2022 11:51 PM
Dah tgk.. Best jugak.. Cuma, x berkenan bab yg pelakon melayu jadik cina, tapi cakap merepek2 konon mcm ckp cina. Pada aku mcm tak respect bahasa org.. Tu jer lah.. Yg lain best.. Prop pon betul2 ikut zaman yg dorg pi..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.037287 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top