CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Remaja Lari Dari Rumah Anak Yatim Sebab Dilarang Guna Telefon Ditemukan Selamat

21-6-2022 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 894| Komen: 8

Description: Empat remaja lelaki, termasuk tiga beradik yang melarikan diri dari rumah anak yatim, di sini, awal pagi semalam, ditemukan selamat, malam tadi.
Empat remaja lelaki, termasuk tiga beradik yang melarikan diri dari rumah anak yatim, di sini, awal pagi semalam, ditemukan selamat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, remaja berusia antara 13 dan 15 tahun itu ditemukan di sebuah rumah di Kampung Kempadang, di sini jam 10 malam.

Katanya, rumah itu didiami bapa saudara seorang daripada empat remaja terbabit.


Gambar hiasan

"Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Berdasarkan laporan, polis melancarkan operasi mencari empat remaja lelaki, termasuk tiga beradik yang melarikan diri dari rumah anak yatim selepas menerima laporan kehilangan mereka.

Siasatan awal, kehilangan empat remaja terbabit disedari apabila penyelia asrama berusia 35 tahun dimaklumkan penghuni asrama lain pada 12.30 tengah malam.

Empat remaja yang juga pelajar itu dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang asrama.

Siasatan mendapati empat remaja lelaki itu sudah menetap di rumah anak yatim itu bagi tempoh antara satu dan dua tahun.

Media sebelum ini melaporkan mereka dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang asrama.

"Punca mereka melarikan diri disyaki kerana tidak berpuas hati dengan penyelia yang melarang menggunakan telefon," kata Wan Mohd Zahari.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 21-6-2022 01:03 PM
Bendera.png
Quote ezacbee 21-6-2022 01:04 PM
Biarkan jelah lari mana2 nanti lapo balik laa..


Quote Artemesiaa 21-6-2022 01:08 PM
Pandai jugak dia lari rumah sedara tak ler berlapar.
Quote Nuyak 21-6-2022 02:27 PM
kesian sebenarnya anak2 yang duk rumah anak yatim ni..emosi diaorg sangat la tak stabil..rasa hati semua telan sendiri..moga anak2 ini membesar menjadi anak2 yang kuat...
Quote KamikuP 21-6-2022 02:54 PM
Pernah pegi satu rumah anak yatim kat KL, ternampak Ali Xpdc tu pun ada situ. Mungkin buat kerja amal kot.
Quote asamfish 21-6-2022 02:59 PM
Nuyak replied at 21-6-2022 02:27 PM
kesian sebenarnya anak2 yang duk rumah anak yatim ni..emosi diaorg sangat la tak stabil..rasa hati s ...

Ye.  Betul.  Dan mostly 'suara' mereka tidak diendah.  I am not blaming anyone, cuma rasa kasihan kerana mereka masih anak2 dan mangsa keadaan.

Quote Nuyak 21-6-2022 04:04 PM
asamfish replied at 21-6-2022 02:59 PM
Ye.  Betul.  Dan mostly 'suara' mereka tidak diendah.  I am not blaming anyone, cuma rasa kasihan  ...

betul, suara mereka tak dipedulikan..moga anak2 ini tabah...sedih kalau pikir, apa yg mampu doa yang terbaik buat mereka..
Quote rina0602 21-6-2022 05:41 PM
Nape la hati kecil aku mcm x rasa pun diaorang larikan sebab x boleh guna hp. Kesian diaorang, semoga anak2 ni semua dipermudahkan urusan dan kuat hati menempuh hidup mendatang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073470 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top