CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh CEO Cradle Fund: Samirah Dan 2 Remaja Lepas, Bebas

21-6-2022 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16166| Komen: 128

Description: SHAH ALAM – Isteri Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar dan dua remaja dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fun ...
SHAH ALAM – Isteri Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar dan dua remaja dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. itu empat tahun lalu.


Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie diakhir kes pendakwaan terhadap ketiga-ketiga tertuduh.

Dalam penghakimannya, Ab. Karim tiada bukti yang menunjukkan kebersamaan ketiga-tiga tetuduh bersama si mati seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.


Foto: Kosmo

Sebelum ini pada 7 April lalu mahkamah telah selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak di akhir kes pendakwaan.


Sepanjang perbicaraan seramai 57 saksi pendakwaan dipanggil pada prosiding bicara peringkat pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Samirah Muzaffar, 47, dan dua lagi remaja serta seorang lagi yang masih bebas warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari didakwa dengan niat bersama-sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian Nazrin, 45.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya di sini pada 13 Jun hingga 14 Jun 2018. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borne 21-6-2022 10:54 AM
Kalo Gone Eng mesti dia kata ini mati katak..
Quote dauswq 21-6-2022 10:56 AM
Perghhhh ini berita hangat ni. Lawyer shafee mmg handal erkk.

I think kelemahan dr bhgn pendakwaan sbb salah sorg suspek tidak dijumpai. Susah nak buktikan 3 org lain itu membunuh.
Quote tumpanglalu74 21-6-2022 10:57 AM
DATOINDERAHAJIABKARIM.jpg
Quote taji2906 21-6-2022 11:13 AM
dauswq replied at 21-6-2022 10:56 AM
Perghhhh ini berita hangat ni. Lawyer shafee mmg handal erkk.

I think kelemahan dr bhgn pendakwaan  ...

sapa suspek yg tak dapat dicari tu? kat socmed ramai kata sebab saksi utama tak dapat dikesan. sapa tu?
Quote 3chanceno 21-6-2022 11:14 AM
Semuga famili (ayah/mak, adik beradik n anak) arwah Nazrin tabah menghadapi ujian yang besar ini. Di dunia mungkin selamat, di akhirat belum pasti.

@Normabaru
@Acikgomen
@dudaberhias
Quote pyaarAmor 21-6-2022 11:14 AM
taji2906 replied at 21-6-2022 11:13 AM
sapa suspek yg tak dapat dicari tu? kat socmed ramai kata sebab saksi utama tak dapat dikesan. sap ...

Maid rasanya
Quote Nham22 21-6-2022 11:16 AM
Semoga maid die x tenang... Hidop bermimpikan ngeri setiap malam... Biar die sendiri hadap keluarga mangsa... TUHAN tu adil.. Karma akan menyapa...
Quote NazRysha 21-6-2022 11:16 AM
dauswq replied at 21-6-2022 10:56 AM
Perghhhh ini berita hangat ni. Lawyer shafee mmg handal erkk.

I think kelemahan dr bhgn pendakwaan  ...

Betul, u memang bijak
Hakim tu buat keputusan dan penilaian berdasarkan apa yang pihak pendakwaan kemukakan
Bnayak kes mcm ni
Pihak Pendakwaan lemah
Quote hashashes 21-6-2022 11:16 AM
Just wow
Quote 3chanceno 21-6-2022 11:16 AM
Tenkiu Syd for the update...berita yang ditunggui tapi rasa sedih untuk famili yang ditinggalkan.
Quote dauswq 21-6-2022 11:18 AM
taji2906 replied at 21-6-2022 11:13 AM
sapa suspek yg tak dapat dicari tu? kat socmed ramai kata sebab saksi utama tak dapat dikesan. sap ...

Eka Wahyu Lestari



Diorg kategorikan dia sebagai 'suspek' juga berbanding saksi. Dari sini sudah wujud loophole untuk pihak pembelaan attack balik.

Syukur sukor lah chandra muzaffar, anak dah terselamat.



Quote Afie13 21-6-2022 11:19 AM
Kesiannya kematian arwah x dapat pembelaan. Semoga ahli keluarga n anak arwah tabah diaorg dah usaha untuk dapatkan keadilan tapi malaysia biasa lah org ada nama boleh pegang semua benda
Quote dauswq 21-6-2022 11:20 AM
Harap2 insurans arwah tak dapat kat bekas isteri/anak2 tiri wlpn diorg sudah dibuktikan tak bersalah.
Quote manehnya 21-6-2022 11:21 AM
habis tu, si mati buat sendiri la lubang kt kepala tu, amik anak panah tojoh sendiri..

duduk 1 rumah, gate n secure plak lg.. kan... x kan lah nk tuduh kucing dlm rumah pulak... untung kan jd samirah nih.. anak org ada2... dgn anak dia 2org tu..
Quote Normabaru 21-6-2022 11:23 AM
3chanceno replied at 21-6-2022 01:14 PM
Semuga famili (ayah/mak, adik beradik n anak) arwah Nazrin tabah menghadapi ujian yang besar ini. Di ...

kes ini mmg kaka dh speku akan lepas on technical faulty..laki kaka ckp bomba p siram air habis rosak sume evidence..pastu masa kejadian dorg xpanggil polis ke apa ntah...sng cite bomba dh jahanamkan bukti laaa..terus kata sebab kebakaran padahal katil terbakar teruk tp hp xterbakar habis plak..cmne blh kata hp punca kebakaran..logik ka dak??
Quote Normabaru 21-6-2022 11:24 AM
3chanceno replied at 21-6-2022 01:14 PM
Semuga famili (ayah/mak, adik beradik n anak) arwah Nazrin tabah menghadapi ujian yang besar ini. Di ...

rilek anak beranak kat bawah tingkat atas tok laki tgh terbakar..xkan xperasan..huuhuuu
Quote sharlenetexas 21-6-2022 11:25 AM
Sabirah tak nak reunite semula ke dgn ex tok laki mamu parpu kari?


Quote taji2906 21-6-2022 11:27 AM

hilang gitu je maid dorang ni. kalau dia suspek, apa motif bunuh majikan?
samirah ni kawan baik ipar aku. tapi dia tak pernah langsung bukak mulut pasal kes ni kat sapa2.
Quote Orix 21-6-2022 11:28 AM
bukan katanya post mortem ada kesan tusukan anak panah di kepala ? so terang2an lah mmg dibunuh sebelum dibakar kan ???

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.072646 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top