CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Seksa Kucing Sebenarnya Pencinta Haiwan, Emosi Tak Stabil Sebab Tak Ada Kerja

21-6-2022 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2491| Komen: 38

Description: Sungai Petani: Seksa kucing akibat gangguan emosi kerana tidak bekerja. Itu alasan diberi seorang lelaki berusia 27 tahun yang ditahan polis selepas rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dia mene ...
Sungai Petani: Seksa kucing akibat gangguan emosi kerana tidak bekerja. Itu alasan diberi seorang lelaki berusia 27 tahun yang ditahan polis selepas rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dia menendang dan membaling batu terhadap dua kucing di kaki lima sebuah premis di Jalan Semeling, dekat sini.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek ditahan jam 1.29 tengah hari di rumahnya di Kampung Pengkalan Bujang Merbok selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki jam 12.03 tengah malam tadi.

"Hasil siasatan awal, suspek mendakwa emosinya terganggu kerana tiada pekerjaan sehingga memaksa dia melakukan perbuatan terbabit (seksa kucing).

"Ahli keluarga suspek juga turut memberitahu yang dia sebelum ini adalah seorang pencinta kucing dan banyak memelihara haiwan terbabit di rumahnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret, di sini esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap haiwan.

"Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidk lebih RM100, 000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhamad Faizal Mohamed Said di talian 013-7503680.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, rakaman CCTV berdurasi 2 minit 35 saat memaparkan perbuatan seorang lelaki berpakaian serba hitam dan menaiki Perodua Bezza putih mengumpan makanan sebelum membaling batu dan menendang kucing tular di media sosial.

Perbuatan kejam lelaki itu menerima pelbagai kecaman daripada warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan yang dianggap tidak waras itu.

Difahamkan, suspek pernah bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa namun dia mengalami tekanan kerana pekerjaan dilakukannya itu tidak tetap. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 21-6-2022 10:48 AM
Ko stress patut ko gi terjun lombong je bukan seksa binatang or manusia ye..
Quote tumpanglalu74 21-6-2022 10:48 AM
Contoh ayat:

"Dulu saye banyak bersedekah, sekarang baru saye mencuri.  "

Bodoww!
Quote azie5zoe 21-6-2022 11:35 AM
Okey, insyaallah lepas ni hang dah ada 'kerja tetap' dah..takyah pikir pasal bil-bil apa segala bagai.
Quote gigahertz 21-6-2022 11:58 AM
azie5zoe replied at 21-6-2022 03:35 AM
Okey, insyaallah lepas ni hang dah ada 'kerja tetap' dah..takyah pikir pasal bil-bil apa segala baga ...

bayangkan dalam penjara sel mate badan sado
ketul ketul besar tinggi ada tatoo naga kat lengan
kepala botak kesalahan membunuh adalah seorang pecinta kucing
Quote ais_kosong 21-6-2022 12:00 PM
Plot twistnya..
Quote Kurex 21-6-2022 12:09 PM
"dia sorang yg baik dan pencinta kucing"

Tak payah nak berdalih la kimark!!! Family mcm korang ni, kalau salah sorang penagih dadah, tetap kau kata baik. Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh
Quote xtinkerbellx 21-6-2022 12:15 PM
Ahh banyakla alasan ko. Baik p hantuk kepala tu je kat dinding. Ni sampai menganiaya binatang.
Quote sukacactus 21-6-2022 12:18 PM
Ehhh tiberrr plak pencinta kucing + emosi terganggu bagai
Caj dia skali sebab pakai alasan bukan2
Quote copy_paste 21-6-2022 12:20 PM
alasan semata,
ko kate ko juruteknik aircond, keje mcm tu byk peluang la,cuma rajin dgn tak je
Quote nomie 21-6-2022 12:20 PM
crazy!!!!!
Quote azie5zoe 21-6-2022 12:28 PM
gigahertz replied at 21-6-2022 11:58 AM
bayangkan dalam penjara sel mate badan sado
ketul ketul besar tinggi ada tatoo naga kat lengan
kep ...

Masa tu taktaulah kena libas depan ke belakang. Tengoklah tekanan dari mana pulak mendapat nanti.

Quote bakingsoda 21-6-2022 12:43 PM
dah terang2 hempok kucing dgn batu sempat lagi acah2 pencinta kucing, elok ko kena hempok jugak dlm penjara tu
Quote damsel_fiji 21-6-2022 12:50 PM
Semoga dirogol pencinta kucin di dalam jel nanti
Quote Artemesiaa 21-6-2022 12:53 PM
Tak perlu cerita kebaikan dulu kalau dah berlaku kejam kena hadap ler hukumannya
Quote prettyuglybabe 21-6-2022 01:31 PM
pastu kau hempuk kucing tu hilang stress? banyak dapat tawaran kerja?
Quote renko 21-6-2022 01:31 PM
aku ni xdelah suka sangat kucing
tapi nak buat cmtu kt binatang yang xberdosa n xberdaya mmg xde lah
setakat halau2 biasa je
memang xterjangkau akal tindakan dia ni
Quote Shazid 21-6-2022 02:41 PM
Allah!! klu stress byk2 lh beribadah adik oiiiii....kembalilah kepadaNya dlm apa2 keadaan sekali pun
Quote syamzana 21-6-2022 03:00 PM
dan2 emosi terganggu.
Quote star_karat 21-6-2022 03:27 PM
Banyak lah kau punya emosi terganggu...jantan kental bodek.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.229024 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top