CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengemis Biadab, Tonyoh Kepala Orang Sebab Berang Tak Diberi Duit

21-6-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1244| Komen: 9

Description: JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengemis menonyoh kepala seorang wanita kerana dia tidak menghulurkan wang, lapor laman berita Suara.com.
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengemis menonyoh kepala seorang wanita kerana dia tidak menghulurkan wang, lapor laman berita Suara.com. 


Video tersebut dimuat naik dalam akaun Tiktok @rzvlyt.

Rakaman itu memaparkan dua wanita sedang makan di sebuah restoran. Tiba-tiba, seorang pengemis bertudung putih datang menghampiri mereka. 


Foto: Tiktok

Wanita bertudung kuning gelap itu kemudian menundukkan kepala tanda tidak dapat menghulurkan wang. 

Pengemis itu kemudian dilihat menonyoh kepala wanita tersebut sebelum beredar dari restoran berkenaan. 

Pengunjung-pengunjung lain dilihat ketawa melihat kepala wanita itu ditonyoh apabila tidak memberi wang.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Padahal kakak tu sudah menolak dengan sopan,” tulis seorang netizen.

“Nak marah tapi orang tua, jadi kakak tu hanya boleh terkejut,” komen netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 21-6-2022 10:49 AM
wartawan cari ni asal indon ke. manjang berita dari indon je yang di post.
Quote eyansss 21-6-2022 07:26 PM
pittjie replied at 21-6-2022 10:49 AM
wartawan cari ni asal indon ke. manjang berita dari indon je yang di post.

banyak kali dah forumer tegur tapi gigih tepek berita indon...  dah la letak kat isu semasa padahal topik tu more to kongsi viral...
Quote matamata 21-6-2022 07:43 PM
Edited by matamata at 21-6-2022 07:44 PM

Caprut.jpg
Quote Skuau 21-6-2022 07:47 PM
bapak gue malesia..mak gue indon-tt
Quote che-cikL 21-6-2022 07:59 PM
matamata replied at 21-6-2022 07:43 PM

Iols tak download uols punya image ni, boleh ya.   Kalau ada nanti iols termenjadi org yg awal jumpa thread cam ni, boleh iols tolong tepek.
Quote matamata 21-6-2022 08:02 PM
che-cikL replied at 21-6-2022 07:59 PM
Iols tak download uols punya image ni, boleh ya.   Kalau ada nanti iols termenjadi org yg awal jum ...

Boleh ja...kita lancarkan gerakan bawah tanah....lagi ramai lagi meriah
Quote tumpanglalu74 21-6-2022 08:04 PM
matamata replied at 21-6-2022 07:43 PM

Haha2..  Tak payah aku bentang bendera.
Quote xAthenax 21-6-2022 10:10 PM
Bangsa Trisna & Friska
Quote Manjahati 21-6-2022 10:58 PM
Sudah sudah ler cerita indon…

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057583 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top