CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

“Filem Bukan Rujukan Sejarah" - Beto

17-6-2022 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4659| Komen: 23

Description: “Filem bukan rujukan sejarah."
“Filem bukan rujukan sejarah."

Itu yang dijelaskan pelakon Beto Kusyairi ketika ditanya mengenai kontroversi berhubung fakta dalam filem terbaharu lakonannya, Mat Kilau-Kebangkitan Pahlawan.



Foto: IMDb

Beliau yang merupakan antara teraju utama filem itu berkata, Mat Kilau-Kebangkitan Pahlawan adalah hiburan dan medium untuk memaparkan semangat, keberanian dan perjuangan pahlawan ternama Pahang itu semasa menentang penjajahan British.

“Jika kita hendak jadikan rujukan atau hendak ikut sejarah, bukan filem tempatnya.


Foto: IMDb

“Kita perlu merujuk kepada pakar (sejarah), kepada buku yang tepat.

“Ini (filem Mat Kilau-Kebangkitan Pahlawan) adalah medium untuk kita sampaikan kepada penonton tentang semangat pejuang-pejuang Melayu tanah air, keberanian, perjuangan mereka untuk mendapatkan keadilan dan kemerdekaan pada waktu itu.

“Itu paling penting sekali. Saya harap penonton dapat merasakan kepayahan dan kesusahan perjuangan mereka untuk mendapatkan apa yang kita ada sekarang ini.

“Kita tidak akan dapat merasai semua ini tanpa pengorbanan mereka,” katanya ketika ditemui semasa Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Mat Kilau-Kebangkitan Pahlawan, malam tadi.

Menerusi filem arahan Syamsul Yusof itu, Beto Kusyairi memegang watak Wahid iaitu watak rekaan seorang saudara dan sahabat Mat Kilau yang setia dengan setiap keputusan yang dibuat pahlawan ternama itu.

Selain handal bersilat, Wahid juga mahir bermain senjata seperti sabit dan parang.

Sementara itu, penerbit filem Mat Kilau-Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali berkata, Mat Kilau menampilkan contoh sifat kelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman.

Mat Kilau katanya, seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak mulia, berani serta sedia berkorban untuk mempertahankan tanah air.


Foto: IMDb

“Kesilapan pada sejarah perlu diperbetulkan. Mat Kilau adalah tokoh yang mempertahankan tanah air dan bukan pemberontak seperti yang dilabelkan kerajaan British.

“Jasa besar tokoh ini perlu dikenang zaman dan menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat,” beliau yang juga Pengarah Urusan Studio Kembara yang menerbitkan filem itu berkata demikian dalam satu kenyataan.

Filem Mat Kilau-Kebangkitan Pahlawan akan menemui penonton 23 Jun ini di semua pawagam di seluruh negara.

Filem yang berinspirasi kisah Mat Kilau itu meliputi 70 peratus fakta sejarah dan 30 peratus fiksyen.


Foto: IMDb

Ia menampilkan Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau di samping Beto, Fattah Amin sebagai Awang dan nama-nama besar dalam industri seni tanah air seperti Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan Nam Ron.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-6-2022 07:12 PM
X kisah lah.. Aku nak pi tengok.. Baru tau hasil dia mcmana
Quote kaedahnya 18-6-2022 09:49 AM
wahai sol sol sol u better not disappoint us walaupun filem ni macam lama dah terpendam
Quote rosevelvet 18-6-2022 09:59 AM
I bukan peminat filem yg suka masuk panggung. Tp citer ni mcm memanggil
Quote puanserama 18-6-2022 10:11 AM
I akan p tgk.. 1st day show
Quote silampumeja 18-6-2022 10:23 AM
I will make time to watch dis even sol sol sol tu lelaki haprak. Nampak je beto i hanya mampu cair...
Quote imransulaiman 18-6-2022 11:39 AM
Kenapa aku nampak watak Mat Kilau tu sesuai digalas oleh Faizal Hussein? Tapi apa boleh buat...filem dah siap. Lagipun bukan duit aku...
Quote Cokoro 18-6-2022 11:43 AM
imransulaiman replied at 18-6-2022 11:39 AM
Kenapa aku nampak watak Mat Kilau tu sesuai digalas oleh Faizal Hussein? Tapi apa boleh buat...filem ...

Haah kan. Hadap je lah
Quote lovelytouch 18-6-2022 11:43 AM
imransulaiman replied at 18-6-2022 11:39 AM
Kenapa aku nampak watak Mat Kilau tu sesuai digalas oleh Faizal Hussein? Tapi apa boleh buat...filem ...

Sbb Faizal tu x dak dato deknonnn
Quote pearl.silver 18-6-2022 12:22 PM
Sbb tu la drama melayu xsuka wat study btul2 klu ada scene medical. Agknya pengarah kata klu nk fakta medikal yg betul gi bc buku medical la
Quote sharlenetexas 18-6-2022 06:41 PM
Filem Hang Tuah dan Hang Jebat ada watak2 fiksyen yang ditambah.


Quote putericahaya999 18-6-2022 08:00 PM
Dh boxofis ke
Quote gerbera.memopad 18-6-2022 08:03 PM
putericahaya999 replied at 18-6-2022 08:00 PM
Dh boxofis ke

23 Jun baru tayang kan. Belum tahu lagi box tak box

Tapi daku tak tengok kut, rengsa dengan pengarahnya
Quote capwayang 18-6-2022 08:27 PM
imransulaiman replied at 18-6-2022 11:39 AM
Kenapa aku nampak watak Mat Kilau tu sesuai digalas oleh Faizal Hussein? Tapi apa boleh buat...filem ...

..Faizal Hussein too old, kot. Mat Kilau tu 20an maybe early 30an masa tu..
Quote inspektoremos21 18-6-2022 08:58 PM
Meols terasa mcm nak tengok pun sebab ada daddy timah. Kalau tak mmg koserrr la
Quote axl_bach 18-6-2022 10:37 PM
imransulaiman replied at 18-6-2022 11:39 AM
Kenapa aku nampak watak Mat Kilau tu sesuai digalas oleh Faizal Hussein? Tapi apa boleh buat...filem ...

Aku plak rasa Eman Manan yg layak.... Lol
Quote msdummy.2018 18-6-2022 10:47 PM
inspektoremos21 replied at 18-6-2022 08:58 PM
Meols terasa mcm nak tengok pun sebab ada daddy timah. Kalau tak mmg koserrr la

Waima brad pit, tp i tehtap boikot filem tuh
Quote imransulaiman 19-6-2022 04:19 PM
axl_bach replied at 18-6-2022 10:37 PM
Aku plak rasa Eman Manan yg layak.... Lol

Betul... Eman Manan pun sesuai. Tapi mungkin lebih sesuai di penghujung hidup Mat Kilau
Quote makneng 19-6-2022 04:22 PM
Nak tengok gak film ni despite pengarahnya yg poyo tu.
Quote uori 19-6-2022 04:58 PM
kalo gitu janganlah watak yang ada dalam sejarah. rekalah watak sendiri macam mat kilat ke, mat kulup ke

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.056516 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top