CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Sikit-sikit Dari 2017, Banglo Besar Lan Solo Dah Nak Siap

17-6-2022 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7555| Komen: 54

Description: Penyanyi dan usahawan, Lan Solo membawa para pengikutnya di Instagram meninjau keadaan semasa pembinaan rumah barunya.
Penyanyi dan usahawan, Lan Solo membawa para pengikutnya di Instagram meninjau keadaan semasa pembinaan rumah barunya.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, rumah banglo tersebut sebenarnya mula dibina secara berperingkat sejak tahun 2017.


Foto: IG Lan

Katanya lagi, kerja-kerja pembinaan juga pernah tergendala buat sementara waktu berikutan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Projek yang bermula hujung tahun 2017. Buat sikit-sikit. Stop sambung stop sambung. Ditambah pula PKP 2 tahun. Alhamdulillah, dah nampak masa depan dah huhu,” tulisnya.





Pada masa sama, bekas anggota kumpulan Kristal ini turut memaklumkan rumah tersebut dijangka siap tidak lama lagi sekiranya tiada aral melintang.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selepas melihat rumah tersebut selain turut mendoakan semoga Lan akan terus sukses lagi selepas ini.



Sekadar informasi, selain aktif menyanyi, Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim juga kini gilat menjalankan bisnes kedai runcit, Solo Borneo Mart yang kini semakin berkembang maju.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 17-6-2022 05:12 PM
Mcm ni la bina rumah banglo atas tanah sendiri
Cash tak serabot dgn komitment
Quote fadz84 17-6-2022 05:13 PM
Retis yg kena gosip ngeseks dlm toilet hotel ke komen kat post Lan tu? kamceng ek dorg..
Quote anony-mous 17-6-2022 05:16 PM
I masih tggu banglo cheta
Quote dejure 17-6-2022 05:17 PM
Tak pelik la dia nyanyi dari muda lg..
Quote naina 17-6-2022 05:17 PM
Lagi jimat banyak dan untung besar buat banglo atas tanah sendiri. Rm200K pun boleh dapat banglo 2 tingkat. Kalau bawah pemaju haremmmm nak dapat rega cmtu lepastu matrial rumah cap ayam
Quote Acikgomen 17-6-2022 05:18 PM
makadek replied at 17-6-2022 05:12 PM
Mcm ni la bina rumah banglo atas tanah sendiri
Cash tak serabot dgn komitment

Doakan acik sisturrrr
Weols baru siap tambun tanah. Tunggu lepas 6-7bulan nak bagi tanah kukuh, baru nak buat perparitan ke longkang jalanraya. Lepas tu baru boleh buat piling utk rumah
Quote Acikgomen 17-6-2022 05:20 PM
anony-mous replied at 17-6-2022 05:16 PM
I masih tggu banglo cheta

Ko tunggu wiken ni acik nak melintas depan pangsapuri belumut sheols tuh
Tgk keta haval China mari tuh ade ke tidakkkkkkk
Quote Rogue98 17-6-2022 05:23 PM
Bukan dia ni ke yang kena saman dgn siti nordiana? Ke dah settle?
Quote renko 17-6-2022 05:27 PM
besarnya umah
Quote anony-mous 17-6-2022 05:35 PM
Acikgomen replied at 17-6-2022 05:20 PM
Ko tunggu wiken ni acik nak melintas depan pangsapuri belumut sheols tuh
Tgk keta haval China ...

Entah2 dah jual nk cover maintenance lumut start last year xkedengaran dah dia tggu banglo siap
Quote Acikgomen 17-6-2022 05:38 PM
anony-mous replied at 17-6-2022 05:35 PM
Entah2 dah jual nk cover maintenance lumut  start last year xkedengaran dah dia tggu banglo s ...

Nak jual hapeeee silap2 loan rumah banglo tak lulus ponnnnn
Quote makadek 17-6-2022 05:47 PM
Acikgomen replied at 17-6-2022 05:18 PM
Doakan acik sisturrrr
Weols baru siap tambun tanah. Tunggu lepas 6-7bulan nak bagi tanah kukuh, ba ...

Semoga dipermudahkan acik
Sok pencen boleh cucuk tanam
Sonok umah sebijik jarak palak selang2 2 buah rumah iloike  berapa besor tu acik
Quote sleepandream 17-6-2022 06:06 PM
naina replied at 17-6-2022 05:17 PM
Lagi jimat banyak dan untung besar buat banglo atas tanah sendiri. Rm200K pun boleh dapat banglo 2 t ...

mana dapat dah 200k banglo 2 tingkat nyahh   hat tahun 2000 bolehla..
kos bahan binaan semua dah naik...
Quote Acikgomen 17-6-2022 06:07 PM
makadek replied at 17-6-2022 05:47 PM
Semoga dipermudahkan acik
Sok pencen boleh cucuk tanam
Sonok umah sebijik jarak palak selang2 2 b ...

Tanah bendang serelung lebih, plan buat 4bijik rumah, laki acik dgn adik2 dia. Nak tambun tanah pun kena kuar sorang 10k nyah oiiiii
Tu pasal la tanah kat Kedah peghelih ni mahal. Kos tambun tanah je dah berapa
Quote ezacbee 17-6-2022 06:12 PM
Memang puas tanah sendiri.. boleh bikin pool
Quote ghalibboy 17-6-2022 06:14 PM
naina replied at 17-6-2022 05:17 PM
Lagi jimat banyak dan untung besar buat banglo atas tanah sendiri. Rm200K pun boleh dapat banglo 2 t ...

Boleh ke dapat? I nak buat rumah atas lot...
I tanya architect kalau rm250 k. Boleh dpt mcm mana? Dia buat kira2 mcm build up area 1400 sq feet je.
Sorry , if I salah dengar,  jika ada architect di sini boleh jelas kan?
Quote makadek 17-6-2022 06:33 PM
Acikgomen replied at 17-6-2022 06:07 PM
Tanah bendang serelung lebih, plan buat 4bijik rumah, laki acik dgn adik2 dia. Nak tambun tanah pu ...

Betul tanah milik tuhan pn mahai
Ada kawan tu tanah padi dia tak usahakan dia korek2 jual 1lori 65rm ...cost buat rumah sana berapa cik .. aku time tambak saja 6k gak tanah gambut cik lgi lembik rumah kampung sini banyak condong
Quote moonela 17-6-2022 06:39 PM
sleepandream replied at 17-6-2022 06:06 PM
mana dapat dah 200k banglo 2 tingkat nyahh   hat tahun 2000 bolehla..
kos bahan binaan semua dah ...

Betul... Nilai tanah sahaja sekarang rm 150k-200k ni area pantai timur..

Kos buat rumah sebiji.. Rumah size lebih kurang 1200 sq ft kot lebih kurang rm 120k dah sekarang..
Quote moonela 17-6-2022 06:53 PM
ghalibboy replied at 17-6-2022 06:14 PM
Boleh ke dapat? I nak buat rumah atas lot...
I tanya architect kalau rm250 k. Boleh dpt mcm mana?  ...

Kat mana you nak buat? Sekarang kos binaan dah mahal.. Bahan mahal.. Upah pun mahal..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.062031 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top