Seorang bapa dari Machang menulis kepada Kosmo! Online berhubung permalahan yang timbul ekoran kewujudan ‘Group WhatsApp’ membabitkan ibu bapa dan guru.
Group WhatsApp yang dibentuk ini ternyata memudahkan untuk memberi maklumat, sebagai pesanan membawa buku, baju serta apa sahaja maklumat dari pihak sekolah. Namun, yang menjadi permasalahan adalah berkenaan pertanyaan daripada ibu bapa yang dianggap tidak berasas. Saya sebagai ibu bapa yang turut berada dalam beberapa ‘Group WhatsApp’ sekolah cukup pening dengan pertanyaan serta perkongsian dari ibu bapa yang langsung tidak kena dan dikongsi dengan mudah dalam ‘Group WhatsApp’ tersebut.
Ada ibu bapa bertanya di mana stoking anak, pensel hilang serta ada juga yang tanya berkenaan baju sekolah anak yang kotor. Semua ini rasanya tidak perlu diungkitkan. Bukan itu sahaja, ada juga yang kongsi maklumat yang tidak benar sehingga menjadi pendebatan dalam ‘Group WhatsApp’ terlibat. Sumber: Kosmo
|
tikusmontok replied at 6-6-2022 12:47 PM
Makpak budak2 ni tak penah skolah ke?
shop_girl replied at 6-6-2022 07:31 PM
Sori la ni aku tanya soalan jujur...perlu ke ada ws group between teachers and parents? Pape hal sek ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.069740 second(s), 49 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.