CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Benci Jadi Bestie Kau, Muka Tahi Hitam Bab*' - Seram Tengok Grup WhatsApp Budak Darjah 3

3-6-2022 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5717| Komen: 82

Description: Perkongsian gadis dikenali sebagai Miya Wong menerusi satu ciapan di laman Twitter, menceritakan anak saudaranya berusia sembilan tahun dipercayai menjadi mangsa buli melalui aplikasi WhatsApp mengeju ...
Gambar hiasan


Perkongsian gadis dikenali sebagai Miya Wong menerusi satu ciapan di laman Twitter, menceritakan anak saudaranya berusia sembilan tahun dipercayai menjadi mangsa buli melalui aplikasi WhatsApp mengejutkan orang ramai.



Menerusi tangkap layar perbualan tersebut dapat dilihat beberapa pelajar lain melemparkan kata-kata kesat walaupun masih kecil.



Lebih mengejutkan apabila kanak-kanak perempuan ini pulang ke rumah dalam keadaan menangis teresak-esak berikutan dipercayai dimarahi gurunya.




Sebelum itu, dia membuat laporan kepada guru berikutan dibuli, namun aduan tersebut hanya dibalas dengan sindiran sinis.





Ujar gadis ini lagi, ibu kepada anak saudaranya sempat menghantar mesej kepada ibu yang dipercayai membuli, namun maklum balas yang diterima agak mengecewakan.







Rata-rata warganet memberikan pendapat kanak-kanak kini lebih ekstrem daripada dahulu dan mereka sempat berkongsi pengalaman buruk yang turut dihadapi keluarga terdekat.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnoor2 3-6-2022 11:33 AM
Knp nk marah budak2 ...dah yg mengajornya semua dari org dewasa...budak2 ni mengikut apa yg org dewasa buat...cermin diri masing2 dulu terutama mak bapak, cikgu juga,  pak sedara,  mak sedara yg dewasa ni..
Quote mojarean_X 3-6-2022 11:42 AM
Nnoor2 replied at 3-6-2022 11:33 AM
Knp nk marah budak2 ...dah yg mengajornya semua dari org dewasa...budak2 ni mengikut apa yg org dewa ...

Setuju kak noor. Bdk2 ni cerminan kita je.
Quote Samerosie 3-6-2022 11:48 AM
Mana kau belajar cakap macam tu dek, eee buruk nya perangai orang tua kau cakap macam tu depan2 anak2.  

Teringat pula kes mak yg maki and pukul anak dalam bas ke Temerloh tu, esok anak2 dia pula guna makian tu kat kawan2.
Quote newyork 3-6-2022 11:59 AM
Bahasa …
Quote Artemesiaa 3-6-2022 12:20 PM
Nnoor2 replied at 3-6-2022 11:33 AM
Knp nk marah budak2 ...dah yg mengajornya semua dari org dewasa...budak2 ni mengikut apa yg org dewa ...

Betul tu macam mana acuan macam tu ler kuihnya tapi macam biasa ramai lebih memilih suka menunding jari kesana sini tapi lupa pada diri sendiri
Quote Belibis 3-6-2022 12:27 PM
Ws grup famili pun bahasa kelautttttt...nak melatah kat budak buat hapo???
Quote dua_chzy 3-6-2022 12:30 PM
Tanya dulu cikgu anak sedara kau tu sebelum attack dia.

Birds of the same feather flock together.

Rasanya anak sedara kau ni pun sama spisis, based on pilihan kawan2 sheols.
Quote dua_chzy 3-6-2022 12:38 PM
Akak sokong mak yang bilang siasat dulu, anak kita dua2 ada salah. Dah cukup rasional dia balas mesej mak yang emo tu.
Quote Nnoor2 3-6-2022 12:44 PM
Edited by Nnoor2 at 3-6-2022 12:47 PM
mojarean_X replied at 3-6-2022 11:42 AM
Setuju kak noor. Bdk2 ni cerminan
[youtube]lYBEEWxiHhE[/youtube]

CONTOH.....
X boleh buka lamgsung   kena klik kat watch on youtube tu
Quote Gingerly 3-6-2022 12:55 PM
Cikgu tu pun. Anak murid dah mengadu. Ambil la tindakan siasat. Jangan biarkan kes buli di skewl berpanjangan. Takda inisiatif. Bukan dtg skewl mengajar subjek je tekan2 suruh pandai belajar. Tunjuk teladan yg baik. Tolong ambil berat. Bukan marah balik budak tew. Nk kene karma sadis lettew masing2.
Quote chandrahusin 3-6-2022 12:59 PM
Aku suruh anak jgn campo sgt dgn sesapa
Mmg bdk2 ni begaduh, cari geng
Sama je mcm kat luar sekolah
Baik buat hal sndr
Quote naq_j 3-6-2022 01:10 PM
Pindahkan saja anak yg kena buli tu
Apa boleh buat la
Quote lwyl 3-6-2022 01:14 PM
Biar budak-budak settle sendiri. Ajar dia macam mana nak tangani pembuli. Mak bapak jangan masuk campur. Tengok keadaan dulu.
Quote princessmiang 3-6-2022 01:21 PM
Gingerly replied at 3-6-2022 12:55 PM
Cikgu tu pun. Anak murid dah mengadu. Ambil la tindakan siasat. Jangan biarkan kes buli di skewl ber ...

SKEWL apa lahanat
Quote fefeeling 3-6-2022 01:27 PM
The wong sisters ke.. y’all punya bahasa pun dr dulu rempitz so tgk acuan dulu la before tgk produk nye kannzz
Quote syamzana 3-6-2022 01:43 PM
semua yg terlibat bersalah
Quote prettyuglybabe 3-6-2022 02:06 PM
entah-entah mulut anak buah kau pun sama je..
tengok korang kat wa group pun dok bodoh-bodoh kan orang..
Quote capiloton 3-6-2022 02:08 PM
chandrahusin replied at 3-6-2022 12:59 PM
Aku suruh anak jgn campo sgt dgn sesapa
Mmg bdk2 ni begaduh, cari geng
Sama je mcm kat luar sekolah  ...

kalau takde geng, lagi teruk kena buli.

pembuli ni semua suka buli budak2 yang suka dok sorang2m,
yang pendiam, tak banyak cakap.
Quote TomyamPuteh 3-6-2022 02:29 PM
Cikgu jugak yg salah. Bestnya hidup asyik nk menyalahkan org je.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.052067 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top