CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Edisi Harmoni : Jejaka Cina Tolong Wanita Melayu

4-8-2015 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15644| Komen: 80

Description: Kesanggupan pemandu Cina itu keluar dari kereta untuk beritahu tayar keretanya bocor, tindakan itu sudah cukup membuatkan Wan Nadiah rasa terharu. Namun tanpa disangka-sangkakan dan lebih menyentruh h ...

Oleh : TS LOO
 
Bukan sahaja tanpa batasan malah bebas bercakap apa sahaja,  atas sebab itulah dalam alam maya sering wujud situasi maki hamun, kutuk mengutuk yang kekadang membosankan dan membimbangkan, terutamanya isu-isu seperti keagamaan dan perkauman yang sering diungkitkan dengan sengaja.  


Oleh sebab itu, apabila kita mengetahui sesuatu perkara yang baik, atau sesuatu kejadian yang boleh menyemarakan perpaduan dan keharmonian, harus kita berkongsi dengan semua orang agar semangat positif ini dapat disebarkan dan menyentuh hati semua orang.

sumber foto : akaun Facebook Wan Nadiah wan Ghaffar


Baru-baru ini, dalam laman Facebook tersebar satu 'status' yang memaparkan seorang pemuda berbangsa Cina membantu seorang wanita bangsa Melayu menukar tayar kereta.  

Akibatnya ramai netizen beri komen mengatakan kejadian itu sungguh mengharukan. Pemandu Melayu terbabit menegaskan : "Tengok, bukan setiap orang Melayu besikap malas, dan juga bukan setiap orang Cina adalah penipu." 


Meskipun penipu dan pemalas merupakan individu yang negatif, tetapi tidak perlu kita melabelkan orang-orang seperti itu dengan agama dan kaumnya. 

Pemandu terbabit yang bernama Wan Nadiah Wan Ghaffar mengatakan dalam akaun Facebooknya yang bertarikh 31 Julai, Jumaat lalu, ketika dia sedang membawa kereta melalui Pusat Membeli Belah One Utama, seorang pemandu Cina turun dari keretanya dan mengetuk tingkap keretanya apabila lampu trafik berlampu merah untuk beritahu tayar keretanya telah bocor. 

Ketika itu, dia hanya memikirkan nak bawa kereta ke pusat servis kereta di Taman Tun Dr. Ismail yang berhampiran dengan Bandar Utama. 

Kesanggupan pemandu Cina itu keluar dari kereta untuk beritahu tayar keretanya bocor, tindakan itu sudah cukup membuatkan Wan Nadiah rasa terharu. 

Namun tanpa disangka-sangkakan dan lebih menyentruh hatinya apabila pemandu Cina itu menyatakan keinginan untuk membantu menukar tayar keretanya yang bocor. 

sumber foto : akaun Facebook Wan Nadiah wan Ghaffar


Menurut Wan Nadiah, pemandu Cina tersebut dengan serta-merta keluarkan semua alat yang diperlukan untuk menukar tayar. 

"Dia hanya minta saya perhatikan kereta yang lalu lintas di jalanraya bagi memastikan dia tidak dilanggar. 

Wan Nadiah turut menyebut, pemandu Cina itu sangat cekap kerana dalam masa tidak sampai 10 minit, dia sudah selesai membantunya tukar tayar kereta. 

Walaupun ketika itu tidak berkesempatan memberi apa-apa balasan atas bantuannya, tapi Wan Nadiah tahu dia bernama Boon, berunifom yang menunjukkan mereka sebenarnya bekerja di bangunan yang sama.  

Oleh itu, Wan Nadiah berharap suatu hari nanti dapat bertemu dengan Boon di dalam lif. 

Namun begitu, sudah ada netizen yang berjaya mengetahui identiti sebenar Boon, rata-rata memuji perbuatan Boon yang ikhlas untuk memberi bantuan. 

Dalam tulisan terakhir status Wan Nadiah mengatakan : "dalam dunia ini sebenarnya terdapat ramai orang yang berniat murni, apa yang boleh kita lakukan adalah menghentikan semua penyebaran yang berniat jahat."


sumber foto : akaun Facebook Wan Nadiah wan Ghaffar


Dalam masa tiga hari yang singkat, sudah lebih 30 ribu netizen memberi tanda 'like',  ribuan orang berkongsi 'posting' tersebut.  

Sepertimana yang dinyatakan oleh kebanyakan netizen, kejadian yang menunjukan kebaikan ini harus lebih dikongsikan dan disebarkan agar lebih ramai orang memperolehi semangat yang positif.

Dalam komen juga, terdapat netizen yang membuat gurauan: " Mr Boon yang begitu baik hati boleh kah jadikan saya isteri? "  Hasilnya ada pula orang yang menjawab di mana pemuda Cina itu memang masih membujang lagi, kalau berhajat bolehlah cuba.  - CARI Infonet













8

Bagus
2

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 4-8-2015 03:14 PM
alahai...attention seeker betula..
dh beratus kali aku tolong org takdepun masuk FB..
Quote ultrakasino 4-8-2015 03:17 PM
Beginilah yang kita mahukan hidup rukun sesama kaum. Barulah aman damai negara.
Quote ellZack 4-8-2015 03:18 PM
zulka replied at 4-8-2015 03:14 PM
alahai...attention seeker betula..
dh beratus kali aku tolong org takdepun masuk FB..

sebab between malay and malay?
Quote Skuau 4-8-2015 03:21 PM
Kenapalah kt M'sia skrg ni 'benda-benda' cm ni sumer nk citer,nk 'diviralkn'? Seolah-olah bg rakyat M'sia,'kebaikkan' umpama 'harta karun',maknanya sesuatu yg jarang 'dijumpai'.Kenapa tak jadikan 'berbuat baik' itu sebagai amalan biasa yg kita buat?
Quote noor2 4-8-2015 03:21 PM
Baru hidup bercampur ke dia ni....
Quote Skuau 4-8-2015 03:24 PM
Di tmpt sy,membantu org adalah 'perkara biasa'.Tak perlu dicanang @ 'diviralkn'.
Quote milo_888 4-8-2015 03:28 PM
sedih... sebab lebih 50 tahun kita masih kagum dengan kisah racial unity.. patut benda tu dah lama jadi amalan dan second nature not infancy phase... should be nothing surprising about it anymore...
Quote noor2 4-8-2015 03:29 PM
Tiap bulan ada ja cina duk tolong ai pam tayar kereta ai..free ja...bukan org yang sama...tp depa mau ja tolong.
Quote Loxlaxman 4-8-2015 03:31 PM
Aku tolong amoi pam taya kete kat petrol station & aku tolong minachi baru dapat lesen keter yang takut keluar simpang tiga..tak masuk pesbuk punnnn!!!

Ini tak adil...


Quote gaara_X 4-8-2015 03:32 PM
pada setandang kelapa...tak semua buah telah ditebuk tupai....
Quote fire_place 4-8-2015 03:33 PM
zulka replied at 4-8-2015 03:14 PM
alahai...attention seeker betula..
dh beratus kali aku tolong org takdepun masuk FB..

Sbb yg ko tlg tu bukan kaki fb mungkin??
Yg kaki tegar je sikit2 nak post kat fb.

Quote kecimpret 4-8-2015 03:34 PM
ppuan melayu tu asal pantai timur ke?
Quote tomatome 4-8-2015 03:35 PM
Ramai je yg tolong org tnpa kira kaum.. Yes mmg malaysian x lari dr sikap rasis to most malaysian mmg dlm bab tolong org dia akan put aside..x pelik pon apera nmpk sgt hdup dlm kepompong melayu je
Quote Cyempaka 4-8-2015 03:36 PM
apala yang nak diterkejutkan sangat akak oi... benda biasa je..nampak sgt akak ni racist sebelum ni.. dia ingat orang melayu saja baik dalam dunia yang fana ni
Quote mahmoode 4-8-2015 03:39 PM
baru keluar dari gua ke akak ni? semua kebaikan takkan la nak canang kat media sosial....simpan dalam hati dah la...
Quote lindarafee 4-8-2015 03:46 PM
kecimpret replied at 4-8-2015 02:34 PM
ppuan melayu tu asal pantai timur ke?

anak cikgu saya tu. ye dr kelate. i saw my teacher shared this last week.
Quote kecimpret 4-8-2015 03:58 PM
lindarafee replied at 4-8-2015 03:46 PM
anak cikgu saya tu. ye dr kelate. i saw my teacher shared this last week.

agak dahhhh




Quote lindarafee 4-8-2015 04:00 PM

nape ye????
Quote axl_bach 4-8-2015 04:03 PM
@Muntz
@perang_sivil
@spiderman80

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.056958 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top