CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Ada Ke Perempuan Bahagia Dilayan Suami Dengan Baik Tiba-tiba Minta Cerai?' - Ellie

26-5-2022 05:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15859| Komen: 119

Description: Berusaha menjaga hubungan baik dan aib bekas suami, Ellie Suriaty Omar mengakui terkilan apabila Azri Iskandar mengeluarkan kenyataan dirinya sebelum ini memang selalu meminta cerai.
Berusaha menjaga hubungan baik dan aib bekas suami, Ellie Suriaty Omar mengakui terkilan apabila Azri Iskandar mengeluarkan kenyataan dirinya sebelum ini memang selalu meminta cerai.


Kata aktres dan pengarah itu, sewajarnya perkara tersebut tidak perlu diungkit mahupun dipersoalkan memandangkan lelaki yang sudah hidup bersama dengannya sejak 19 tahun lalu itu tahu situasi sebenar.

“Kenapa saya selalu minta cerai? Jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan itu ada pada dia. Dia tak perlu persoalkan pun atau bawa benda itu keluar (hebahkan).


Kosmo

“Selepas sah berpisah kami ada berjumpa sebab saya mahu hubungan baik ini berkekalan. Tak semestinya bercerai kita jadi berantakan. Saya pergi tuntut fasakh pun ketika dalam keadaan tenang, jadi kenapa ungkit perkara lalu.

“Dia sudah sewajarnya lega kerana selepas perceraian ini ramai bersimpati dengannya dan membenci saya. Itu tidak mengapa asalkan anak-anak faham. Sekali lagi saya katakan saya ambil jalan ini demi kebaikan semua.

“Ada ke perempuan yang hidup bahagia dan suami layan dengan baik tiba-tiba minta cerai. Melainkan perempuan itu jenis tak bersyukur. Saya kalau suami bawa ke pasar malam pun sudah seronok sangat.

“Tak perlu bawa saya terbang ke Paris, London pun. Saya tak baik lagi ke?” luahnya kepada Kosmo! Online berhubung kenyataan Azri dalam sebuah portal semalam.

Kata aktor berkenaan, selama 19 tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya dia terpaksa merelakan perpisahan yang acap kali dipinta oleh Ellie sebelum ini.

Pun begitu, Azri menolak alasan tidak sehaluan dalam politik menyebabkan pengarah, pelakon dan jurulatih lakonan berkenaan membuat permohonan bercerai pada 22 April lalu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 26-5-2022 05:54 AM
Panass..panass
Quote bedahmenjuyah 26-5-2022 05:57 AM
Alamak.... Kejap lg meletuslah perang (cik tipah dlm madu 3)
Quote princessmiang 26-5-2022 05:57 AM
Kalau nengokkan cara ko meroyan terjerit2 depan sogo mcm pompuan tak siuman  tu boleh bayang ko menjerit2 depan ex laki ko mintak cerai dah la muka busok pegi mandi la ellie oi
Quote shida81 26-5-2022 06:01 AM
Laki klu biawak mmg patut di campak jauh2
Lantak p org nk ckp apa
Quote Normabaru 26-5-2022 06:09 AM
Cubaan bewak utk probok2 perumah..Kang keluar tahik baru tahu..hehehe
Quote Cleocatra 26-5-2022 06:20 AM
princessmiang replied at 26-5-2022 05:57 AM
Kalau nengokkan cara ko meroyan terjerit2 depan sogo mcm pompuan tak siuman  tu boleh bayang ko menj ...

Mandi biasa tak bole sis, kena bawak mandi bunga dengan mak yenna yazman laa... bole jadi putih terus
Quote eyansss 26-5-2022 06:31 AM
shida81: Laki klu biawak mmg patut di campak jauh2Lantak p org nk ckp apa


komen acik elly yang ni mengesahkan lagi kisah laki eh biawak…
Quote eyansss 26-5-2022 06:31 AM
shida81: Laki klu biawak mmg patut di campak jauh2Lantak p org nk ckp apa
Saya kalau suami bawa ke pasar malam pun sudah seronok sangat.

“Tak perlu bawa saya terbang ke Paris, London pun. Saya tak baik lagi ke?”


komen acik elly yang ni mengesahkan lagi kisah laki eh biawak…
Quote Rogue98 26-5-2022 07:07 AM
Dia ni yg cium kaki laki mana ntah aritu kan....Demi lakonan....ntah apa2..
Quote auntyonion 26-5-2022 07:14 AM
Wahhh akan tumpah lg tak ni teh seterusnya
Quote susukambingbest 26-5-2022 07:17 AM
Laki dia ni mmg loser la. Dlu memula kawin iol ingat lg baca kt majalah. Laki bewak dr broke fmily. Heol tggl dgn neneknya. Syg sgt kt neneknya smpai bla neneknya mninggal heol lost. Exwife ni la tmpt mnumpng kasih. Klu xslah la iol baca dlu. Umah arwah neneknya kmain brsepah (ni pic msa wrtawan intrbiu heol). Duda anak 3 pun nmpk cam xreti urus diri. Rupanya heol depression msa tu. Tp bininya sggup mnolong jd nmpk cam si bewak ni brgntung penuh kt exwife. Dr segi fzikal n mental. Ddlu iol trpk apasal la laki hensem2 nk kt acik kepam ni. Tp tgok sheol sngguh2 jaga lakinya, patut la laki tu lekat dgn dia. Lama2 pompuan mana pun x tahan, jdkn wife sbg ktua kuarga. Wlaupun iol mmyampah exwife ni sbb nmpk bsuk kepam, tp iol pecaya heol dah penat sgt dgn laki bewak ni.
Quote Redmyvi 26-5-2022 07:24 AM
mcm mana la acik elly ni tk nmpk kepam dh semuanya ditanggung sndiri.. tgk yenna pun bakalan mnjd sekepam cik elly kalau dh tugas mencari duit dan jaga2 anak semua dipikul...
Quote chandrahusin 26-5-2022 07:29 AM
Oo rupa je la ada jantan ni
Pdhal bini beli beras
Ptt pun bini kau blah
Quote kuzaime 26-5-2022 07:33 AM
Agaknya dah sampai fasa rasa sayang pasrah redha bertukar rasa jelek. Lama mana sanggup nak hadap kalau perangai laki x berubah2 jugak. Nampaklah jugak sisi matang acik elli. Azri lagi baik katup aje mulut sblm apa2 aib sendiri terlondeh..
Quote MatDeghem 26-5-2022 07:34 AM
Si azri ini ada mental issue lah kot. Ia di panggil 'mummy issue'.
Isteri nya dia buat macam mak dia.
Quote pujanggacinta 26-5-2022 07:38 AM
kecian elly
rupanya selama nie elly pendam sorang2
kalu dr muda sampai ke tua xnak berubah2... bosan jgk... hopefully elly suriati takmo sedih medih nnti meols belanja air tebu ikat tepi kat pasar mlm
Quote anony-mous 26-5-2022 07:41 AM
princessmiang replied at 26-5-2022 05:57 AM
Kalau nengokkan cara ko meroyan terjerit2 depan sogo mcm pompuan tak siuman  tu boleh bayang ko menj ...

Kdg2 xjugak uols. Mcm i garang kalau dkt luar, tp dgn laki iols mmg xberani nk jerit2 marah gitu kita kalau dgn pasangan biasanya ada perangai lain

So i caya jah teori acik porem sblm ni yg ellie ni dah lama sabar jaga azri ni
Quote anony-mous 26-5-2022 07:43 AM
susukambingbest replied at 26-5-2022 07:17 AM
Laki dia ni mmg loser la. Dlu memula kawin iol ingat lg baca kt majalah. Laki bewak dr broke fmily.  ...

Klau betul mmg kesian la ellie ni sampai diri sendiri x terurus sbb urus org lain. Entah2 kalau dari dlu cerai dah mendonia acik ellie.
Quote Acikgomen 26-5-2022 07:48 AM
Redmyvi replied at 26-5-2022 07:24 AM
mcm mana la acik elly ni tk nmpk kepam dh semuanya ditanggung sndiri.. tgk yenna pun bakalan mnjd se ...

Yenna mana

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.080226 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top