CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pukul Anak, Bekas Suami Ziana Zain Didenda RM8 Ribu

25-5-2022 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4736| Komen: 27

Description: Bekas suami penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri terlepas daripada hukuman penjara selepas didenda RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Bekas suami penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri terlepas daripada hukuman penjara selepas didenda RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Hasbullah Adam menetapkan sedemikian selepas membenarkan rayuan Armin Zaharin,57, mengetepikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret pada 28 September 2020.

Sekiranya gagal membayar denda itu, bekas pramugara itu boleh dipenjara enam bulan.


Foto: Kosmo

Pada prosiding keputusan rayuan itu juga, mahkamah bagaimanapun menolak bagi mengetepikan sabitan dikenakan kepada Armin Zaharin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Turut diperintahkan mahkamah adalah wang jaminan RM8,000 dikembalikan kepada Armin Zaharin sebagai perayu.

Hasbullah dalam penghakimannya berharap hukuman itu sebagai pengajaran dan menasihatkan Armin Zaharin supaya lebih mengawal diri (pada masa depan).

“Hubungan anak dengan bapa tidak akan putus. Anak tetap anak. Sampai mati pun tetap anak, jangan putus hubungan,” tegurnya.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Armin Zaharin selepas dia didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya berumur 9 tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari 2018.

Berikutan itu Armin Zaharin didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk mangsa manakala pembelaan mengemukakan seorang saksi iaitu Armin Zaharin.

Sepanjang prosiding rayuan bermula Januari tahun lalu, Armin sebagai perayu diwakili Peguam Amir Farid Mohd. Nawawi dan Danish Manoharan mengemukakan asas rayuan mengenai kewajaran hukuman penjara lapan bulan tersebut.

“Sekiranya betul anak guam saya bersalah kerana merotan, lapan bulan penjara itu tidak munasabah bagi seorang bapa yang merotan ketika mengajar anaknya mengaji,” jelasnya.

Namun, pihak responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar menegaskan hukuman itu perlu mengambil kira atas beberapa faktor antaranya jenis kecederaan yang telah terakibat daripada penderaan itu dan kesannya ke atas fizikal, mental dan emosi mangsa.

“Selain itu, tempoh tertuduh melakukan dan kekerapan penderaan ke atas mangsa,”jelasnya.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin dan Armin Zaharin bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 25-5-2022 04:36 PM
Teruk ke anaknya kena rotan tu
Quote dua_chzy 25-5-2022 04:52 PM
Sendunya rupa Armin sekarang...
Quote dua_chzy 25-5-2022 04:54 PM
auntyonion replied at 25-5-2022 08:36 AM
Teruk ke anaknya kena rotan tu

Ni baru sebut pasal rotan.

Tak silap ada cerita Armin ni cilikan kemaluan anak. Dari mulut ZZ sendiri.
Quote newyork 25-5-2022 09:30 PM
Yg dicili tu silap si Zz tak report. Tadak bukti dah..
Quote LembingDayanti 26-5-2022 12:35 AM
ala sian. lelaki bila hilang kerja terus hilang maruah dia kalau bini tak bantu. tapi itu lah bini pun tak mampu sebab dah takleh nyanyi.
Quote lasagna 26-5-2022 08:32 AM
Kak G tersenyum sinisssss..
Quote mamajawie 26-5-2022 09:47 AM
dua_chzy replied at 25-5-2022 04:54 PM
Ni baru sebut pasal rotan.

Tak silap ada cerita Armin ni cilikan kemaluan anak. Dari mulut ZZ sen ...

siyes la weyh??apa dasat la dia ni..parents iollss pun paling kuat sebat n libas pkai tali pinggang je..bab cili2 lagi2 part alat sulit tak penah pun kitorang kena adik beradik

Quote Kancilkering 26-5-2022 10:50 AM
ingat case dera bini…:lupa pula dia rotan anak….
teringat org kerajaan yg pukul anak kat sweeden tu….
sampai kerajaan umno pun masuk campur
Quote kechikchomel 26-5-2022 11:01 AM
Kancilkering replied at 26-5-2022 10:50 AM
ingat case dera bini…:lupa pula dia rotan anak….
teringat org kerajaan yg pukul anak kat sweeden t ...

uolss komen ni, iolss teringat lecturer iolss citer. masa dia study kat obersi, dia bawa anak dia sekali.
anak dia tadika masa tu. hari pertama ke kedua ntah anak dia sekolah situ, cikgu dia dah bagi anak dia no hotline yg macam talian kasih tu.

Quote asamfish 26-5-2022 11:06 AM
dua_chzy replied at 25-5-2022 04:54 PM
Ni baru sebut pasal rotan.

Tak silap ada cerita Armin ni cilikan kemaluan anak. Dari mulut ZZ sen ...

Ye.  Dan Armin ni mmg perangai lahanat namate......bangNuar pun hangin actually dgn Armin ni tapi diam je la sebab kakaknya sayammmmm.....

Quote scorpionkiki 26-5-2022 11:08 AM
Jgn main dera2 pukul anak ni. Ada satu kes yg cucu bunuh atuk etc mengamuk. Rupa2nya mak dia selalu dera dia. Bila dah tak dpt tahan, dia lari dan bercampur dgn budak2 dadah etc...then dia terpengaruh dadah dan bunuh habis  atuk , nenek semua.
Semyanya sbb dia didera waktu kecil. Yg mati bukan yg dera dia sbb dia takut dgn org tu
Quote Kancilkering 26-5-2022 11:13 AM
Edited by Kancilkering at 26-5-2022 11:15 AM

moga anak anak yg kena dera ni berjaya dlm hidup dan akhirat  termasuk si bella tu  walaupun sepatutnye ada dewasa yg bela nasib dia org nih ….
Quote Wayree 26-5-2022 11:16 AM
Meolz doakn moga kak g sntiasa bhgia brsama ank2nya..tk kawen smula pn tkpelah asal bahagia bersama ank2 family n pemenat tersayam
Quote zeetot 26-5-2022 11:19 AM
YES.

Apo punya bapak
Quote putericahaya999 26-5-2022 11:24 AM
Ringan sangat hukuman ni
Quote sleepandream 26-5-2022 12:30 PM
dua_chzy replied at 25-5-2022 04:54 PM
Ni baru sebut pasal rotan.

Tak silap ada cerita Armin ni cilikan kemaluan anak. Dari mulut ZZ sen ...

iols google sini
Ziana Zain Dedah Suami Pernah Cili Kemaluan Anak

mendadih rupernye
Quote prince_marhaen 26-5-2022 03:57 PM
kaki buli & maki herdik junior masa fly. semua crew takut nak kerja dgn dia.
Quote samshik 26-5-2022 06:46 PM
He olls ni jenis xda otak betui.. Pnh tgk die membebel2 kt jenna over counter one world genting after ABP tahun bile tah kat arena of stars... Bodo apo ko neh?? Bini ko artis kot?? Die bentak2 sbb jenna lmbt xsilap.. Tp nmpk muke kak jenna kelat tahan malu..
Quote yayanz 26-5-2022 08:32 PM
Edited by yayanz at 26-5-2022 08:34 PM

agaknya kalau dulu memang jodoh ZZ dengan AA, mesti dah ditatang bagai puteri.. disayangi dan dimanjai.. .sbb rasanya AA cinta mati kat dia.. tp tu la.. jodoh tu ketentuaan Allah kan....

semoga ZZ bahagia bersama anak2 tersayang

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.056218 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top