CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didakwa Pertikai Kredibiliti Penyanyi Di Papan Iklan Times Square, Raja Nazrin Kata Yang Terasa Hanya Siti Zoners

24-5-2022 05:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7469| Komen: 59|Original author: Tatod

Description: Baru-baru ini, penghibur terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi penyanyi yang ketujuh wajahnya terpampang di papan iklan Times Square, New York selepas Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Do ...

Baru-baru ini, penghibur terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi penyanyi yang ketujuh wajahnya terpampang di papan iklan Times Square, New York selepas Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa Reynauld dan Aina Abdul.

Perkara itu menyebabkan timbulnya perdebatan antara netizen yang mulai mempertikaikan kejayaan serta sumbangan penyanyi lain yang terpilih menghiasi papan iklan berkenaan.

Masih berkisarkan isu yang sama, ciapan vokalis kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG), Raja Nazrin Shah di Twitter juga menimbulkan kekecohan apabila ada yang menyifatkan penyanyi tersebut bersikap 'bitter' apabila bertindak menyelar pihak rakaman dan media yang dikatakannya hanya memikirkan wang ringgit.


Sumber Getaran

Memetik laporan Getaran, Raja Nazrin dalam satu temu bual bersama portal tersebut menegaskan ciapan tersebut bukanlah sengaja ditulis untuk mencetuskan kontroversi namun ia sebenarnya disalah ertikan oleh segelintir pihak. 

Jelas Raja Nazrin, perkara itu bermula apabila dia membalas ciapan Jd Wong dan Aubrey Suwito sebagai tanda setuju pada kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua individu berkenaan. 

"Perkara itu sangat kelakar. Tiada isu pun yang sebenarnya. Saya cuma balas ciapan komposer dan penerbit lagu iaitu Jd Wong dan Aubrey Suwito. Saya gunakan emoji ketawa pada ciapan mereka. Ia bermaksud saya bersetuju dengan kenyataan JD.


"Kenyataan itu sebenarnya ditujukan kepada syarikat rkaman dan media (spotify) yang memilih artis berkenaan hingga muncuk di papan iklan dan bukannya kepada artis itu sendiri. Sebab artis itu pun tak tahu yang mereka akan muncul di papan iklan. Sepatutnya pihak label dan media perlu tahu tentang muzik.

"Sebagai contoh, antara ketujuh-tujuh penyanyi itu, siapa yang sudah mengharumkan nama negara? Kalau tanya saya, hanya ada dua orang iaitu Yuna dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tapi, yang lain itu adakah kita boleh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dengan pencapaian mereka?" katanya yang tidak menyalahkan mana-mana artis kerana memahami mereka masih lagi pada peringkat berusaha.

Mengulas isu kecaman yang diterima daripada netizen, kata Raja Nazrin, hasil pemerhatiannya mendapati mereka yang melatah terhadap perkara itu adalah daripada kalangan kelab peminat Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Siti Zoners.


"Yang terasa hanyalah Siti Zoners sahaja. Boleh nampak di Twitter, Siti Zoners dengan aktifnya rasa mereka sangat entitled. Situasi ini sangat tidak sihat kerana Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri seorang yang sangat merendah diri," katanya.

Raja Nazrin juga berkata, andai berpeluang bertemu sendiri dengan penyanyi nombor satu negara itu, dia ingin meminta agar Siti menegur dan mengingatkan segelintir peminatnya agar sentiasa menjaga adab.

"Mereka tak faham konteks. Apabila buka cerita, kata bitter sedangkan mereka yang kurang kesedaran mengenai menghargai seni. Tahap yang sangat rendah kerana orang pandang artis sekadar untuk menghiburkan sahaja. Bukan semua artis wujud menghiburkan orang, ada yang ingin buat orang berfikir. Tak boleh pukul rata artis ini perlu buat orang gembira.

"Perlu tahu bahawa seni adalah cerminan masyarakat. Hal ini penting kerana tamadun boleh runtuh disebab seni itu sendiri. Saya tak mahu jadi sebahagian daripada sejarah hitam kejatuhan Melayu. Sebab itulah saya bersuara," katanya.


Selepas kemenangan kumpulannya di pentas AJL 36 dan semakin dikenali ramai, ada individu yang menuduh Raja Nazrin semakin besar kepala. Pun begitu, jejaka berusia 33 tahun itu menegaskan dia hanya menjadi diri sendiri dalam menyuarakan perkara yang benar.

"Orang kata saya suka cakap lepas tapi saya sebenarnya hanya cakap benda betul yang pahit untuk ditelan. Orang tak boleh ambil yang benar, dia tinggalkan pahit di situ. Saya tidak akan tegakkan perkara salah.

"Walaupun tidak popular dalam industri tapi saya tahu selok belok dunia ini. Kalau orang lain tak nak bersuara, biar saya yang bersuara. Biar saya jadi pemetik api," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-5-2022 06:08 PM
Joners mendonia.

Macam tak biasa.

Sebab tu dulu hada BBC.
Quote Nenasketum 24-5-2022 06:42 PM
Ya awloh, memati aku hengat yang di Perok tuh, kekadang duk di istana Kola Kangsor.
Quote Lelli 24-5-2022 06:48 PM
Ishhhh sampaikan artis lain nk srh dct tegur zoners
Quote imanjannah 24-5-2022 06:58 PM
aduhaiii.. ingt sultan aye tadi.. ????????????
Quote lumie 24-5-2022 06:59 PM
Lorrrr tokojot ingatkan raja yg komen. Kihkihkihh
Quote doubleharmonic 24-5-2022 07:06 PM
heshe memang tindik telinga pakai subang kerrr?
Quote emma.giggs 24-5-2022 07:20 PM
Edited by emma.giggs at 24-5-2022 07:23 PM

IMG_20220524_192234.jpg .
Quote emma.giggs 24-5-2022 07:24 PM
emma.giggs replied at 24-5-2022 07:20 PM
.

Tekejut aku tgk tajuk asteruk awani ni..igtkan sultan raja nazrin kawen lagi
Quote dua_chzy 24-5-2022 07:25 PM
emma.giggs replied at 24-5-2022 11:20 AM
.

La baru tau meka ni laki bini.
Quote kotakominami 24-5-2022 07:30 PM
Ini la yg terpendam di hati penyanyi lain selame nih.....salut sebab berani.....walaupon tak berape kenal sgt...tp tau la yg nyanyi kt ajl tu rasenye
Quote Mulotkoyak 24-5-2022 09:06 PM
Ak xfhm deknon pasal isu apeni... Hahaha... Ngantok aku baca.. Menguap...
Quote umbut 24-5-2022 09:11 PM
Rn.. Tolong gi buat gigi
Quote edoraixora 24-5-2022 09:22 PM
Betul sangat cakap dia...
Joners yg terlebih2 merasa entitled. Mementang retis dia yg terpaling segala, padahal tokti rileks2 ajer.

Baguslah dia suarakan mende ni, bagi diaorg bukak mata sikit. Retis2 lain takut nak luah
Quote rosannazmia 24-5-2022 10:09 PM
Edited by rosannazmia at 24-5-2022 10:13 PM

Kalau bab mcmni kami bts army biasa dah , tp memula ms bts kluar kat ny times square mcm bangga gak sekali tau rupanya kalu ada duit (fans funds) semua leh masyuk.. paham lah napa burj al khalifa dua tahun lps the first for kpop retis fans buat kat V (BTS) depa celebrate birthday dia, (papar muka dia kat burj ) pastu baru kpop fans lelain rase wow kalau ada duit org burj akn teme juga pampang muka retis kpop kegemaran dorang. Mcm tu juga kat ny times square tu.. or any famous buildings kat seluruh dunia
Quote doubleharmonic 24-5-2022 10:22 PM
rosannazmia replied at 24-5-2022 02:09 PM
Kalau bab mcmni kami bts army biasa dah , tp memula ms bts kluar kat ny times square mcm bangga gak  ...

adakah chuol acik gundu mummy yang jadi wakil terima award bts masa abph ituhh?

rasanya heshe jah yang terpaling rasa bangga sekali dah macam dia pulak yang retis ahli bts bagai yihhhh

[youtube]4hA4w9MbuEE[/youtube]

Quote cikenit2007 24-5-2022 10:24 PM
Padan muka zoners perasan...
Quote 3chanceno 24-5-2022 10:26 PM
Bukan Tipah je tertipu, meols pun terpikir awat sultan kasik komen pasal isu ini pulak
Quote one_aiman 24-5-2022 10:51 PM
baru menang 1 lagu je ajl dah berani komen penyanyi no1..kau sape?

done bekap siti
Quote sarah_ary2 24-5-2022 10:52 PM
doubleharmonic replied at 24-5-2022 10:22 PM
adakah chuol acik gundu mummy yang jadi wakil terima award bts masa abph ituhh?

rasanya heshe ja ...

cheh yg ni dia syok sendiri omg Army pun pelik camne dia yg jadik wakil amik that award

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.074225 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top