CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tetamu Orang Kelantan Buat Bilik Kotor Dan Bersepah, Pekerja Hotel Dikecam Kaitkan Baka-Baka Neelofa Pengotor

24-5-2022 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7259| Komen: 96

Description: "Hotel tak ada privacy langsung! Sorry, tak berani nak check-in dekat sini."
"Hotel tak ada privacy langsung! Sorry, tak berani nak check-in dekat sini."

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap satu perkongsian video, dipercayai oleh kakitangan sebuah hotel, baru-baru ini.


Individu tersebut merakam suasana di dalam sebuah bilik di hotel tempatnya bekerja, selepas tetamu berkenaan mendaftar keluar (check-out).

Menerusi video berdurasi 28 saat yang dimuat naik di laman sosial itu, ia memaparkan keadaan bilik yang bersepah dengan bungkusan makanan di atas meja serta lantai, selain cadar dan tuala juga dibiarkan bergumpal merata-rata.



Perkongsian video tersebut turut disertai dengan kapsyen yang berunsur tuduhan dan sindiran, malah turut memetik nama seorang selebriti terkenal tanah air.

Ia sekali gus mengundang kecaman warganet yang menganggap tindakan kakitangan tersebut yang suka-suka merakam suasana bilik hotel hingga melibatkan soal privasi tidak wajar dilakukan, apatah lagi mengaitkan individu tertentu dengan sikap pengotor. Peliknya, kenapa nama Neelofa dikatkan dalam video itu? Apa salah Neelofa?

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik nama hotel tempatnya bekerja, namun menerusi ruangan komen, difahamkan hotel tersebut terletak di Selangor.

Sehingga kini video berkenaan meraih sehingga 2.8 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.



Ribuan komen warganet turut membanjiri perkongsian video tersebut dengan rata-ratanya mengecam tindakan kakitangan berkenaan yang sewenang-wenangnya membuat rakaman dan memuat naik di laman sosial demi konten.

"Dunia viral... dulu kerja housekeeping, bos memang tekankan apa berlaku dalam bilik tetamu kekal rahsia staf.

"Alahai, gaji dibayar pakej sekali rekod kot. Sampai tiada privasi.

"Kesian owner hotel... sebab staf, imej hotel buruk," demikian antara komen netizen.

Selain itu, ada juga yang menyelar kakitangan berkenaan yang seolah-olah 'pukul rata' golongan tertentu apabila menulis kapsyen sebegitu.

"Ini bukan masalah baka mana, bangsa apa, negeri mana... ini masalah inidividu.

"Kalau baka yang dimaksudkan dari negeri yang sama dengan Neelofa, ambo (saya) orang Kelate (Kelantan). Tiap kali check-out tinggalkan bilik bersih dan kemas sahaja," komen netizen.

Dalam pada itu ada juga yang memberi nasihat agar video tersebut dipadam segera bagi mengelak kejadian tak diingini seperti tindakan tatatertib oleh majikan atau saman.

Bagaimanapun dalam satu video berasingan yang dimuat naik di TikTok, pemuda tersebut turut memberi maklum balas mengenai kemungkinan saman yang dibangkitkan segelintir warganet.

"Korang ni bersangka buruklah dengan Neelofa. Korang ingat hati dia busuk ke sampai nak saman orang? Sebelum judge orang, judge diri korang dulu," komennya.

Biarpun mendapat kecaman ramai, menerusi penelitian mStar, video berkenaan masih belum dipadamkan daripada akaun milik kakitangan tersebut namun langkah mengaitkan nama individu lain adalah tidak wajar. Di harap Neelofa tidak terasa hati dengan tindakan itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-5-2022 05:17 PM
hukaloh, kelate jah pengotor. tp ramai jmpe gitu kihkih. sian ummi bilal tak pasal nama kena petik
Quote orkid_amani 24-5-2022 05:22 PM
Tak skg ni dia nk cakap guest tu ada kena mengena dgn lofa ka nk cakap pasai perangai umah Kelantan
Quote Artemesiaa 24-5-2022 05:24 PM
Orang dulu2 kata kalau tak benar pasti tak marah, kalau marah tu benar2 kejadian ler
Quote tobobon 24-5-2022 05:26 PM
Walaupun meols kdg2 berapa suka perangai mcm ni..tp kalau masuk hotel bolehlah kot...asalkan tak rosak barang2 dalam hotel sudah...

Lgpun biarlah housekeeping buat kerja tukar tuala, bedsheet baru kan...bukan dulu ada kecoh ker..kalau biasa2 jer..dorang x tukar langsung cadar/bedsheet tu..so baguslah dorang buat mcm ni dlm hotel
Quote msdummy.2018 24-5-2022 05:31 PM
tobobon replied at 24-5-2022 05:26 PM
Walaupun meols kdg2 berapa suka perangai mcm ni..tp kalau masuk hotel bolehlah kot...asalkan tak ros ...

Memang ada segelintir staff gituh....
Quote dekmieDandy 24-5-2022 05:35 PM
biasa je kan???

bukanya dia selet taik kat dinding ke apa

pemalas punya housekeeping la ni
Quote angelofish 24-5-2022 05:39 PM
Afghanistan? pakistan? kelantan?
Quote dua_chzy 24-5-2022 05:48 PM
Baka2 Neelofa.

(Baka = bodo dlm bahasa Jepon)

Baka ne.

Baka!

Quote dua_chzy 24-5-2022 05:50 PM
Tapi memang sedih bilik tu. Sampai hati seekor manusia buat begitu.
Quote dua_chzy 24-5-2022 05:51 PM
Motif korang kata sepahkan bilik hotel gini level biasa?
Quote tripleid 24-5-2022 05:54 PM
Baka pukistan kah yg heshe maksudkan tu?selayaknyalah dah mmg bgsa perosak/pngotor..
Quote nipskacang 24-5-2022 05:58 PM
Imo, rasanya baka as in geng pakis/tokseh/bara kot. Anywayy kenapa kene sepah2 mcm tu skali, mcm x bertamadun pulak duduk dlm bilik nk sepah2 gtu hahahaha
Quote nazurah 24-5-2022 06:01 PM
orang takde sivik jek buat kerja mcm ni... kalau manusia normal, paling2 pun towel jek la sepah ataupun tak kemas katil tapi kalau dah huru-hara macam ni... jenis manusia yang fikir orang tu dibayar gaji, biarlah dia yang kemas...

tak salah pun kalau kita mudahkan kerja orang...
Quote Suchi 24-5-2022 06:05 PM
Edited by Suchi at 24-5-2022 06:19 PM

Bukan ke ramai org suh biar sepah2 kalau kemas sgt nnt housekeeping tak kemas pun bilik tu sbb dia tgk bersih je.
Paling teruk dia tak tukar pun cadar sbb nampak cadar kemas tegang molek.
Jadi better cabut cadar katil letak elok2 depan pintu tu.
Asalkan tak rosakkan barang tumpah air sampai kotor katil bagai.
Btw sepah or pengotor seseorang tu bukan ikut bangsa atau negeri ya.
Ia tentang sikap individu tu sendiri sudah2la kaitkan dgn bangsa or negeri ke apa.
Kakak iols keje ngn pejabat kesihatan dah beribu kot rumah dia masuk utk cek jentik2 dan sembur nyamuk bagai.
Mcm2 rupa rumah dah dia tgk  tp tak penah pun dia bercerita tentang keadaan rumah org yg dia penah masuk tu.
Quote Perawankota 24-5-2022 06:05 PM
Arab pon lebih kurang la mcmni.. Dorg ni punya mentalities, dorg dah bayar so Pandai2 lah housekeeping cuci.. Celaka betul kan.. Aku tiap kali nak check out memang aku pastikan sampah semua dlm tong.. Katil kemas sikit.. Towel semua yg dah pakai aku akan longgok dlm bath tub klu ada ataupon letak kat bilik air.. Supaya dorg tak recycle dah.. Pastu mcm biasa, bawah bantal, aku selit2 tips utk maid yg buat bilik..
Quote monreyes 24-5-2022 06:08 PM
lps mkn nak kena kemas sendiri..bilik hotell pun nak kena kemas sendiri...kita blh educate customer..tapi tu tetap keje kau...lagipun semua yg sepah tu kan nak kena basuh..kutip je la
Quote imanjannah 24-5-2022 06:11 PM
dua_chzy replied at 24-5-2022 05:51 PM
Motif korang kata sepahkan bilik hotel gini level biasa?

hhahhaa.. diaorg biasa buat gini kott.. sereeemmm
Quote dua_chzy 24-5-2022 06:11 PM
Cuba la tengok video dulu baru komen, kakak2. Kalau dah sepah kotorkan bilik level begini, takda beda dengan baka PRC berak tak cebok yang korang dok hina tu pengotor pprt segala itu.
Quote edayildiz 24-5-2022 06:12 PM
mmg pun perangai ummah sana tp xsemua mcm tu..negeri lain pun ada mcm tu..i plg suka org jhr pembersih

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.057309 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top