CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afieq Shazwan Beli Kereta, Tak Mewah Tapi Selesa Untuk Ibu

23-5-2022 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4807| Komen: 31

Description: Tak perlu kereta mewah, cukup untuk keselesaan ibu, itu yang diluahkan penyanyi Afieq Shazwan apabila dia berjaya membeli sebuah kereta jenis Honda Civic RS.
Tak perlu kereta mewah, cukup untuk keselesaan ibu, itu yang diluahkan penyanyi Afieq Shazwan apabila dia berjaya membeli sebuah kereta jenis Honda Civic RS.

Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 24, berkata, sudah lama menyimpan impian membeli kereta baharu daripada hasil titik peluhnya sebagai penyanyi.

Menganggap semua orang mempunyai kereta idaman, Afieq berkata dia hanya memilih kenderaan mengikut kesesuaian imej dirinya.

Foto: IG

"Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya dan ibu. Saya memang dah lama simpan hasrat untuk beli kereta baru. Ikutkan memang boleh saja pakai kereta yang selalu saya guna.


"Tapi memikirkan untuk keselesaan ibu dan kegunaan ibu, saya rasa dah tiba masa untuk beli kereta baru. Sekurang-kurangnya kereta saya sebelum ini ibu boleh guna untuk pergi pasar.

"Semua orang mempunyai impian untuk miliki kereta mewah tapi bagi saya, ini sudah mencukupi. Sesuai dengan imej dan penampilan saya," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, penyanyi lagu Layu Di Hujung Mekar itu berkongsi foto bersama ibu dan kereta baharu yang dianggarkan berharga RM125,000.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dan turut memuat beberapa keping gambar di samping ibu tercinta.

Dalam pada itu, Afieq turut meluahkan rasa teruja apabila dapat membawa ibunya berjalan-jalan di Cameron Highland dengan menaiki kereta baharunya itu.


"Sebaik saja ambil kereta baru semalam, saya terus ajak ibu berjalan-jalan di Cameron Highland. Kami pun tinggal berdua saja, kebetulan ada masa cuti boleh la bawa dia bercuti.

"Kesian juga dia duduk rumah saja. Saya pun selalu ada kerja dekat luar. Jadi, ada masa ini saya bawa la dia berjalan-jalan dengan menaiki kereta baru," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 23-5-2022 06:39 PM
Bbnu mesti nak H
Quote Kancilkering 23-5-2022 06:54 PM
ex dia beli merc utk parents…
i paham je …h ni klau jual pun balik senang rega c turun sangat pun….
Quote prizadane 23-5-2022 07:01 PM
Kancilkering replied at 23-5-2022 06:54 PM
ex dia beli merc utk parents…
i paham je …h ni klau jual pun balik senang rega c turun sangat pun ...

Eh tak lah chuols. Tak silap iols, ex dia beli merc untuk diri sendiri..not for the parents
Quote Acikgomen 23-5-2022 07:06 PM
Kancilkering replied at 23-5-2022 06:54 PM
ex dia beli merc utk parents…
i paham je …h ni klau jual pun balik senang rega c turun sangat pun ...

Marah kang minah penyek tuh chuols kate heshe ex
Tak becinta yach katanyehhhh
Quote stania83 23-5-2022 07:11 PM
kate heshe ni kaya rumah kat klang bungalow besarr siap bela banyak binatang mcm zoo.
Quote nakkomenjugak 23-5-2022 07:21 PM
WHOISYUHHHH?
Quote kechikchomel 23-5-2022 07:26 PM
Ibu/mama dia tu nenek dia kan?
Org kata dia ni anak orka. Gigih la iolss Google siapa mak ayah dia. Tengok nama ayah dia sama macam nama PTD, tapi yg sorg ada 'E' kat blkg, sorg takde.
Last² iolss give up, malas dah nak csi.
Quote epuepy 23-5-2022 09:51 PM
Dia ni aku selalu nmpk kat video boss James. Dari situ baru aku kenal and tau artis rupenye. Kalo tak, haram tak kenal.
Bagus la dapat bahagia kan mak dgn h. Murah rezeki dikk
Quote auntyonion 23-5-2022 09:56 PM
Iyeke dia anak orka??yg taw org yg dia panggil ibu tu nenek dia kan.. parents dia ada lg tak??tp bagus lah nampak dia santun sgt layan ibu dia tu..
Quote nazriatie 23-5-2022 10:03 PM
Bukan dia ke haritu cakap kena pindah ke ape sbb rumah dia duk dgn nenek dia kena banjir? Ke aku silap org? Rasa rumah dia tunjuk tu rumah marhaen je, x nmpk mcm orka plk
Quote Lentera 23-5-2022 10:33 PM
Edited by Lentera at 23-5-2022 10:34 PM

Sempoi je baju 2 beranak ni
Tak payah mewah2 nak oiii.. Ikut kemampuan sudah.. Semoga berkat rezeki ko sebab beli kete tu ingat kt org tua.. Ada sorg tu beli kete mewah utk reward diri sendiri kekdahnya
Quote prizadane 23-5-2022 11:04 PM
nazriatie replied at 23-5-2022 10:03 PM
Bukan dia ke haritu cakap kena pindah ke ape sbb rumah dia duk dgn nenek dia kena banjir? Ke aku sil ...

Design rumah heols biasa biasa je, tapi besar. Maybe jenis ada duit, sambung sikit sikit.
Quote sayawifenikmie 23-5-2022 11:21 PM
soalan: REBEN ni kita kena mintak salesman bubuh masa kita nak amik kereta ke macam mana ?
dah dekat 10x beli kereta baru, tak pernah sekalipun dapat yg bereben besor macam ni
Quote naina 23-5-2022 11:40 PM
sayawifenikmie: soalan: REBEN ni kita kena min ...


Aahla..kakak iols beli x50 siap buh reben
Iols Ritu 2 hari sebelum raya dapat kete baru takdakk pun reben2. Haha
Quote silampumeja 23-5-2022 11:45 PM
stania83 replied at 23-5-2022 11:11 AM
kate heshe ni kaya rumah kat klang bungalow besarr siap bela banyak binatang mcm zoo.

Yeke.. yg kena banjir haritu rumah nenek kan. Kaya sebab apa...
Quote susukambingbest 23-5-2022 11:49 PM
Edited by susukambingbest at 23-5-2022 11:54 PM
stania83 replied at 23-5-2022 07:11 PM
kate heshe ni kaya rumah kat klang bungalow besarr siap bela banyak binatang mcm zoo.


Yup heol ni anak orka tp jnis low profil. Mmg umahnya dah mcm zoo, bela bnyk binatang. Ri tu tgok heol ada makbapak lg tp heol nk teman neneknya. Umah makbapaknya sbelah umah neneknya tu je klau xslh. Jap iol cari youtube road tour umah dia.

https://m.youtube.com/watch?v=LZJthGK_ELw
Quote imransulaiman 24-5-2022 12:30 AM
Lawa merah kereta dia ni... Antara warna idaman aku
Quote doubleA 24-5-2022 12:34 AM
Cun kereta dia. Alah ok sangat dah kereta tu walaupun ko terlebih mampu. Ko tak buat MLM kan takpayah kereta mewah
Quote bintangct 24-5-2022 12:48 AM
sayawifenikmie replied at 23-5-2022 11:21 PM
soalan: REBEN ni kita kena mintak salesman bubuh masa kita nak amik kereta ke macam mana ?
dah deka ...

kwn iols beli mmg salesman yg bubuh.. siap ada cover hitam lagi mcm ala2 surprise

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048879 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top