CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Sedap Buang Air Besar, Punggung Digigit Ular Sawa- "Nasib Tak Kena 'Telor' Aku!"

23-5-2022 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2611| Komen: 16

Description: Malang tidak berbau.
Malang tidak berbau.

Begitulah kisah pemuda ini yang digigit seekor ular sawa batik ketika sedang membuang air besar di kediamannya di Selayang, Selangor pada 28 Mac lalu.


Kisah melibatkan Sabri Tazali, 28, ini tular selepas dia berkongsi pengalaman menerusi laman Twitter pada Ahad tengah hari.

Foto: Twitter

Bercakap kepada mStar, dia yang senang disapa Sabri sempat memperincikan semula kejadian itu yang dianggap sebagai detik malang dalam hidupnya.

"Saya sakit perut, ketika itu saya sedang buang air besar dalam tandas. Saya ni jenis main telefon, dekat 15 minit main game. Masa tu saya tengah duduk, tiba-tiba ada seekor ular terkam di bahagian punggung.


"Saya ingatkan biawak, sebab belakang rumah selalu ada biawak. Bila saya bangun, ular masih melekat di punggung. Saya terus tarik ular itu dan campak ke dinding. Tiba-tiba saya jadi panik nak buka pintu, saya tumbuk pintu sampai pecah.

"Tapi sejujurnya tak rasa sakit. Saya cuma nak tahu ular jenis apa je. Bila dah Google baru saya tahu yang ia ular jenis tak bahaya. Cuma takut ia membelit. Nasib baik saya yang kena, risau kalau kejadian tu berlaku pada mak atau anak-anak saudara saya," imbasnya.



Menurut Sabri, dia turut menghubungi Bomba untuk menangkap ular tersebut sebelum bergegas ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Trauma dengan kejadian itu, Sabri berkata dia terpaksa menggunakan tandas masjid berdekatan selama dua minggu kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Selepas kejadian itu, saya terus cuci dan pakai kain pelikat ke hospital dengan isteri. Mujurlah hospital pun dekat dengan rumah. Mujur juga ular itu bukan jenis berbisa, tapi doktor tetap bagi suntikan kancing gigi kepada saya.

"Selepas dua minggu, saya periksa kawasan luka, masih ada separuh gigi ular, ia terpatah mungkin sebab saya sentap ular dengan kuat. Sejujurnya memang trauma dengan kejadian itu.

"Dua minggu saya buang air besar di masjid belakang rumah. Lepas tu terpaksa tukar pintu tandas. Mangkuk tandas lama yang berwarna maroon juga sudah ditukar kepada yang putih.

"Ayah saya kata dah 40 tahun lebih duduk di kawasan perumahan teres tu, kali pertama berlaku kejadian macam ni, Sekarang memang saya ekstra hati-hati," ujarnya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Sabri di Twitter menerima 1,000 ulang kicau (retweet).

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya gerun dan bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

"Allahuakbar tak dapat bayangkan kalau kena kat yang fobia ular macam aku ni. Baca je dah seram.

"Sebab tu kalau kat public toilet atau even kat rumah sendiri, sebelum nak 'memerut' tu better flush dulu lepas tu sekejap-sekejap 'usha' lubang toilet.

"Biadabnya ular ni, dah la masuk jamban orang dia pula yang gigit," tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chilly 23-5-2022 10:02 AM
Perumahan teres kat Selayang? Selayang mana ni oiiiii. Serammmm.
Quote ketambangkang 23-5-2022 10:18 AM
ya robbi..natang ni selalu la buat hal time2 musim panas ni
Quote Mini.Me 23-5-2022 10:25 AM
Aduii seram nye...musim2 panas gini memg aku hati2 laa nak memerut...buka je pintu toilet memg abis aku ushar atas bawah kiri kanan...toilet bowl pon ak flush dulu sblm guna n slps guna tutup toilet bowl
Quote MissyMolly 23-5-2022 10:41 AM
Lawak pulak... sian ke ular. Fetish bottom ye
Kiranya dia berendam dlm air bersama bhn buangan ke
Quote Nnoor2 23-5-2022 10:42 AM
Bersyukur la bukan tedung yg gigit ko...kakau tedung yg gigit walaupun x sakit gigitan ko dah maut nakkk
Quote melatibiru 23-5-2022 10:46 AM
Seramnya. Teringat few years back di rumah my mom. Kejadian di bilik air jugak. Musim panas masa tu. Mak terlupa tindih lubang laluan air, kalau tak, mesti ular/lipan masuk... Pukul 3 pagi I nak masuk toilet, bukak je pintu elok je ular sawa berendam dalam baldi air...
Quote rosedemon 23-5-2022 02:52 PM
tacodddd. mau hilang telor kalau digigit tu. musnah idup
Quote Atata 23-5-2022 03:05 PM
Hahahahahahhahahahha kelakar la cara dia cerita.. adui
Quote supernaturalee 23-5-2022 04:01 PM
Lawak lh sabri ni
Detail dia cerita

Quote any42 23-5-2022 04:08 PM
dia yg kena ggit i yg trauma takutnyaaa. mcm mna ular bleh lalu dlm lubang toilet eh. bkn saluran tu terus ke tngki jnis ke. ke salah.
Quote Goodluckdontcry 23-5-2022 05:14 PM
Ni bikin den JD was was ni..adoii..byk BTL kes cik u dlm lubang toilet..be extra careful semua..

Den BC, die Kate Gigi cik uu msh ade Di bontot berkeraknya....doctor X operate buangkan ke?? Ke cik uu pakai gigi pelesu?.. kesian hrp xde effect ape2 la ye..
Quote immi 23-5-2022 05:26 PM
Mini.Me replied at 23-5-2022 10:25 AM
Aduii seram nye...musim2 panas gini memg aku hati2 laa nak memerut...buka je pintu toilet memg abis  ...

Betul3...seram weyh menatang ni paling kutakot
Quote gigahertz 23-5-2022 09:59 PM
chilly: Perumahan teres kat Selayang? Selayang mana ni oiiiii. Serammmm.

mesti selayang utama takpun selayabg baru.

Quote elnor_81 23-5-2022 10:51 PM
Jap...cmne ulau tu dlm lubang jamban?bkn ke sistem saliran ni selamat?takut lak akuuu!!
Quote matamata 23-5-2022 11:06 PM
rasanya ular tu tak masuk ikut lubang kumbahan kot tp masuk ikut mangkuk dia...nengokkan saiz dia mungkin ular tu menyelit kat bibir mangkuk tandas tu so mmg tak perasan la
Quote Mary_jane 23-5-2022 11:17 PM
Kuatnya dia tumbuk pintu sampai pecah, tengok saiz badan lah. Naik seriau orang tu membuang kat rumah sampai tumpang toilet masjid dah. Mujur selamat ya.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.098824 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top