DescriptionMenjual dan membeli di atas talian adalah salah kemudahan yang bagus pada masa kini, kemudahan itu juga yang sedang mena ...
ADVERTISEMENT
Menjual dan membeli barangan di atas talian adalah satu kemudahan yang bagus pada masa kini, selain juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi mereka di dalam bisnes runcit.
Memetik Ringgt, Mufti Wilayah Persekutuan berkata sesi berjual-beli pada hari jumaat adalah diharuskan, tetapi apabila memasuki waktu solat Jumaat umat Islam perlu meninggalkan urusan tersebut untuk menunaikan solat jumaat dan sebarang aktiviti jual-beli ketika waktu solat jumaat adalah haram.
Difahamkan, ini kerana ia boleh melalaikan seseorang daripada memfokuskan terhadap solat jumaat, tambahan pula, larangan transaksi ini bermula dari azan kedua bagi solat jumaat dan imam berada di atas mimbar sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah (SAW).
Walau bagaimanapun, sesi berjual-beli tersebut boleh dilakukan setelah selesainya waktu solat Jumaat dan hukum jual-beli ini turut digunakan dalam konteks sesi jual-beli secara fizikal juga. -CARI
Original author: Agent13k