CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Lesen Motor- Pelajar Tingkatan 4 Maut Langgar Pembahagi Jalan Masa Ke Sekolah

20-5-2022 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2446| Komen: 26

Description: SHAH ALAM – Perjalanan seorang pelajar lelaki ke sekolahnya bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas melanggar pembahagi jalan di Persiaran Jubli Perak di sini, pagi tad ...
SHAH ALAM – Perjalanan seorang pelajar lelaki ke sekolahnya bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas melanggar pembahagi jalan di Persiaran Jubli Perak di sini, pagi tadi.


Kejadian pukul 8.05 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 16 tahun menunggang motosikal Yamaha 135 LC bersendirian dipercayai menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24 Shah Alam dari rumahnya di Seksyen 17 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa dikatakan hilang kawalan setibanya di jalan arah Persiaran Kemajuan ke Bulatan Andalas itu.


Foto: Kosmo


“Keadaan itu menyebabkan mangsa kemudian terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

“Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semasa kejadian mangsa memakai topi keledar dengan motosikal ditungganginya adalah milik ibunya.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan siasatan mangsa tidak mempunyai lesen memandu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Justeru, beliau meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767 atau balai polis berdekatan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 20-5-2022 03:58 PM
Saya ada tengok berita beberapa minggu lepas memang ada ibu bapa menyuruh anak di bawah umur mereka menaiki motosikal pergi ke sekolah, mengambil dan menghantar adik ke sekolah.

Lansung tak fikir keselamatan anak anak mereka.
Quote cap_ayam 20-5-2022 04:12 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote Samerosie 20-5-2022 04:13 PM
Innalillah.  Kat taman I pun sama juga.  Ni anak neighbour ni i tak tau la dia ada lesen kereta ke tak tapi dok hantar adik2 mak dia gi mana2 dgn kereta tak de road tax nya.  Bila tanya, parents defensive pula.
Quote ezacbee 20-5-2022 04:18 PM
FOTHER-MUCKER replied at 20-5-2022 03:58 PM
Saya ada tengok berita beberapa minggu lepas memang ada ibu bapa menyuruh anak di bawah umur mereka  ...

Ini dah biasa, kawasan perumahan memang bersepah budak2 bawah umur menunggang motor. Bila terjadi kemalangan xtau nak cakap apa. Salah sendiri.
Quote prettyuglybabe 20-5-2022 05:05 PM
orang senang beranak..
apa dia kisah anak-anak jadi apa..
mati satu beranak lagi buat ganti..
orang yang rasa susah payah lahirkan anak je jaga anak beria..
Quote matseh 20-5-2022 05:12 PM
Aku umuq 10 tahun dh bawak moto pegi kedai, jumpa kawan, by 16 nk buat lesen. Abah kata duit tak cukup. Ye lah. belanja rumah, sekolah dll.
Bila dah kerja baru ambik lesen guna duit sendiri. Itu zaman 20-30 tahun lps.
Skrg ni lesen B2 pun dan 800++. B full dah 1300++. Kereta 1500++ ada yg sampai 2500++.
Cadangan aku utk lesen B2 ni di buat dgn JPJ bersama pihak sekolah utk murid2 form 4, masa cuti sekolah. Ujian di permudahkan. Dgn syarat kelas jalan raya, mesti full. Dan adakan kelas undang jalanraya secara pratikal setiap bulan. Kelas berhemah sejam sekali seminggu.
Sllnya bukan depa x nak buat lesen tapi, mahal. Tak kiralah byr ansur2. Pendapatan pun x seberapa.

Quote plywood 20-5-2022 05:27 PM
.. kalau ada lesen pun tak akan dapat halang kemalangan. ..

aku bukan nak galakkan budak bawa kenderaan tak ada lesen tapi kemalangan ini boleh bepunca dari sikap pemandu. ramai sahaja yang tak ada lesen tak kemalangan dan ada yang ada lesen pulak berlaku kemalangan...

pointnya siapa nak pegang stereng ker handle motor ker kena betulkan pemikiran dan sikap dahulu... kalau kelihatan seseorang itu tak ada kualiti spt itu maka nak bawa kendaraan walaupun dah ada lesen berpotensi untuk membahayakan diri dan orang lain
Quote Buritan 20-5-2022 05:50 PM
FOTHER-MUCKER replied at 20-5-2022 03:58 PM
Saya ada tengok berita beberapa minggu lepas memang ada ibu bapa menyuruh anak di bawah umur mereka  ...

Kwn aku perlekeh aku sbb tak bg anak naik moto pi semayang junahat.. tgk anak kak relaks je pi mana mana
Quote Artemesiaa 20-5-2022 06:12 PM
Kalau dah tak ada lesen tak boleh nak salahkan orang lain
Quote blue_blur 20-5-2022 06:50 PM
Edited by blue_blur at 20-5-2022 06:52 PM

kan.... kalau ada lesen dan roadtax, nescaya takkan berlaku kemalangan apatah lagi maut..
lesen roadtax tu umpama tangkal elak kemalangan walaupun drive/ride macam pelesit..

(aku tak faham , tak boleh hadam, asal eksiden nak kait dengan lesen ke roadtax)

kes macam ni, petik mak pak dia.. macam mana didik anak bawak motor kalau ada lesen mahupun tiada.. ni budak2 sekolah, asal naik motor macam naik basikal, happy toleh sana sini..
Quote helicornia 20-5-2022 07:37 PM
Aku klu bdk2 ,kg pedalaman bwk moto tk heran sgt.ni shah alam sek 17 sesak tu haish
Quote JunkMail 20-5-2022 07:53 PM
Kat bandar ni tak payah lah kasi budak2 sekolah bawa motor. Sesak dgn traffic. Dengan org memandu macam harommm. Kat kampung lainlah.. pakcik makcik atok nenek pencen je bawak Keta pun slow.
Quote MissyMolly 20-5-2022 07:57 PM
Buritan replied at 20-5-2022 05:50 PM
Kwn aku perlekeh aku sbb tak bg anak naik moto pi semayang junahat.. tgk anak kak relaks je pi man ...

Terok nau typo hang sisthur

Elok ler tuh jgn lepas anak sebarang... kalau nk lepas naek motor, sebaiknya biarlah berlesan kn kn
Biar je la neber u berkata2 gittew. Anak masing2 kan
Quote Samerosie 20-5-2022 08:14 PM
Kalau dah tak de lesen tu main bantai je bawa kalau dalam sesuatu keadaan dia tak tahu mcm mana nak control tu yg langgar.  Inikan pulak budak kepala otak dia tak matured lagi dia tak reti nak handle machinery.

Kalau tak de road tax tak ada la insurance.  Bila dah langgar org ke harta org ke siapa nak bayar hospitalisation ke ganti rugi?  Forumers yg kata tak de kena mengena kemalangan dgn tak de lesen road tax and insurance kah?
Quote Buritan 20-5-2022 08:25 PM
MissyMolly replied at 20-5-2022 07:57 PM
Terok nau typo hang sisthur

Elok ler tuh jgn lepas anak sebarang... kalau nk lepas naek motor,  ...

Aku ni mmg dilahirkan utk org sibuk hal aku kot.. aku tak sibuk pun hal anak org.. nak terlungkup ke gasaklaa anak hangpa....anak aku sukati aku ler.. ini nak kuar spm dah ni.. aku yg stresss adik beradik laki aku hebohhhh.. anak depaaa kalo result power keriau duk canang.. kalo result terukkk diamm tak berkutik..hari tuu anak buah laki aku kawin dgn pgkt rendahh.. diammmmm jer.. cume ckp keje kat ptrjy.. ujung ujung koje par jahh.. aku tak suke hina org tp aku geram org hina aku.. done meroyan.. hohohoho
Quote Nenasketum 20-5-2022 08:38 PM
Innalillahiwainnailaihiraji’un & syabas dan tahniah kepada mak bapak arwah.
Quote Belibis 20-5-2022 08:45 PM
matseh replied at 20-5-2022 05:12 PM
Aku umuq 10 tahun dh bawak moto pegi kedai, jumpa kawan, by 16 nk buat lesen. Abah kata duit tak cuk ...

Yuppp..sepatutnya untuk kelas B2..250cc ke bawah buat murah2 jer..itukan transport utama marhaen..
Quote blue_blur 20-5-2022 09:03 PM
lesen dan roadtax tak mendidik driver/rider bangsat melesit di jalanan.
lesen dan roadtax tu hal2 insurans. bukan sebagai tangkal untuk tak berlaku kemalangan.

kalau kemalangan melibatkan bawah umur, petik mak pak dia. kenapa tu ni tu ni, tak didik ka? tak larang ka? tak ajar adab drive /ride ka? (haram la sekolah mandu nak ajar adab yang betul dengan keadaan trafik sekarang)

banyak bangsat, dah sah sah salah dia, langgar mati, nak petik pasal roadtax insurans untuk lepaskan diri. isu ada roadtax/lesen dan adab drive/ride perkara berbeza.
Quote gideoncross 22-5-2022 11:25 AM
Klau dh xde lesen, slah ttap slah sbb kat tngh jlnrya.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.139821 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top