CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asal Boleh, Tilam Lembik Jemur Atas Pagar Pun Kau Nak Curi

20-5-2022 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1125| Komen: 4

Description: PETALING JAYA – Tindakan seorang individu mencuri sebuah tilam yang dijemur di pagar rumah seorang penduduk taman telah dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).
PETALING JAYA – Tindakan seorang individu mencuri sebuah tilam yang dijemur di pagar rumah seorang penduduk taman telah dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).


Rakaman tersebut telah tersebar di media sosial sejak semalam apabila kejadian itu dikatakan berlaku sekitar pukul 1 pagi kelmarin di Gombak.

Video yang dikongsikan portal Trafik Info Crew di Facebook itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya mempersoalkan motif sebenar individu terbabit mencuri tilam tersebut.


Foto: FB

“Susah sangat la itu, sampai tilam lembik pun ‘kebas’,” ujar Ahmad Amerrusdy.


“Apa teruk sangat la kau ini,” komen Mat Tein.

“Tak tahu la apa motif curi tilam macam itu, kalau tebal elok apa mungkin la harga masih mahal, ini tergantung macam itu, kualiti pun dah tak ada, pun kau nak curi, memang hati busuk, asal boleh curi sahaja,” soal Mas69. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 20-5-2022 03:28 PM
Tilam lama tukar baru
Quote Artemesiaa 20-5-2022 03:34 PM
Apa punya sesak der
Quote FOTHER-MUCKER 20-5-2022 03:36 PM
Ini cctv tahun bila punya?
Quote msdummy.2018 20-5-2022 05:58 PM
Mmglah curi tuh salah...tp mcm mana kalo dia benar2 daif smpi tdo beralaskan kotak? Rmi jer skrg ni curi benda asas kan?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040178 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top