CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Wanita Zaman Kini Mengeluh Penat Urus Rumah Tangga- Menyesal Ada Anak, Rindu Zaman Bujang

20-5-2022 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9626| Komen: 211

Description: Ramai wanita kini mengeluh kerana terbeban dalam menguruskan keluarga lebih-lebih lagi apabila segala kerja perlu dilakukan seorang diri.
Ramai wanita kini mengeluh kerana terbeban dalam menguruskan keluarga lebih-lebih lagi apabila segala kerja perlu dilakukan seorang diri.

Situasi tersebut turut dialami seorang wanita bergelar ibu yang berasa tertekan kerana terlalu penat menguruskan anak-anaknya seorang diri disebabkan suaminya kini bekerja jauh dari mereka sekeluarga.

Wanita berkenaan meluahkan perasaan dan bebanannya itu menerusi satu sesi khas yang dijalankan oleh sebuah radio tempatan.

Lebih mengejutkan apabila wanita tersebut mengatakan dia berharap agar cahaya matanya itu tidak wujud sehingga membuatkan penyampai radio bertugas tergamam mendengar kenyataan yang diberikan.


Gambar Hiasan


“Ada waktu bila mereka meragam itu buat saya tertekan dan tak mampu nak hadap. Saya rindu zaman bujang saya, sekarang suami kerja jauh, jadi urus anak semuanya saya kena buat seorang diri.

“Kalau tengok anak itu saya rasa lebih baik mereka tak ada lagi atas muka bumi ini, lebih baik tidak ada dari ada, saya sangat tertekan,” luahnya.

Sementara itu, wanita terbabit turut mengakui telah membuat perancangan awal mengenai pengurusan keluarga dengan mengatakan ingin berehat selama dua tahun, namun tidak menyangka dikurniakan rezeki anak dalam masa yang singkat.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai yang mendengarnya berasa simpati dengan keadaan wanita tersebut dan mereka turut memberikan kata-kata semangat selain berharap agar suaminya dapat memberikan sokongan moral sepenuhnya.

“Itu pentingnya peranan suami, pastikan isteri selesa untuk berada jauh dengan suami, boleh urus anak, kalau dia penat, suami perlu ada dekat, usaha untuk bantu, bukan terus tinggal kerja jauh alasan cari duit,” komen Aliah Norhuda.

“Dia tertekan, dengar dari suara dia pun dah tahu, dia penat sebab semua kena urus sendiri, wanita itu perlukan seseorang yang boleh sokong dan faham dia sebenarnya,” ujar Hanna Ibrahim.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 20-5-2022 03:20 PM
betul tu, dia tertekan...sebab menguruskan anak seorang diri...
suami jauh tahan lagi..kalau suami duk serumah, semua isteri kena buat...lagi mental kot..

Quote Dwdrum 20-5-2022 03:31 PM
LDM yang pilih untuk ada anak... ini perlu  financially strong saja untuk hire nanny dan maid... If hubby gigih ada anak juga... Bagi anak dia jaga.... Wanita jangan ter lalu emotion untuk ada anak if LDM.. Paling teuk hubby curang
Quote Artemesiaa 20-5-2022 03:41 PM
Tak perlu tunggu mereka nak bersuara.  Lihat je di Mall, tempat makan ke mana2 pun dah boleh lihat bertapa tak bersedia dan tak mahunya mereka ada anak tapi macam terpaksa.  Cara mereka melayan dan handle anak mereka pun dah boleh menerangkanya.
Quote missyL 20-5-2022 03:42 PM
Genuinely i feel this too
Bkn lah menyesal tu
I happy ade bby but exhausted kadang2
Even husband byk tlg pn I rase sgt penat

I xthu la ape rase nye yg pjj tu.
So i x judge mak2 yg rase cmnie..
Hug n kisses to all mom yg struggling kt luar sane..
Quote MsJules 20-5-2022 03:46 PM
It is a struggle, betul but kena hadap juga.

Nanti2 ok la bila anak2 dah besar and boleh independent sikit.

This is a normal crisis so mothers kena mentally strong. Been there done that, nangis sorang2.

Macam2 pikir, nyesal la itu ini tapi bila nampak muka babies senyum gig baru nak tumbuh... hilang segala negative emotions. Pastu esok same cycle hehehe...

Now anak2 dah besar, dah pandai tolong Mak kutip baju kat ampaian, angkat pinggan ke sink, alhamdulillah...

The journey is long, but trust me it is worth all the blood, sweat and tears!
Quote KamikuP 20-5-2022 03:50 PM
Ada org bertahun kawen nak anak tapi tak dapt anak (Moga dipermudahkan urusan)
Ad aorg kawen taknak anak tapi terberanak

Korang ni tak tau erti syukuer ekk?
Quote pyropura 20-5-2022 04:22 PM
Lebih nyesal lagi dapat laki kuat pukul.
Quote Skuau 20-5-2022 04:31 PM
mohon tanya mak memasing...menyesal x lahirkan korang...sb penat jaga korang cam kes ni???
Quote azimodin 20-5-2022 04:33 PM
Aku dah 8 tahun "LDM", mmg stress ditambah pulak mmg aku dapat rawatan untuk depression. Tapi sekarang aku amalkan cara "kalau larat buat, xlarat tunggu suami balik" untuk benda2 yg suami boleh buat. Dia xnak buat, nasib dia la.. siapa suruh x hire maid. Dengan anak pon sama. Ko xnak letak cawan kotor kat sinki, ko xde cawan nak minum. Lepas tu aku ambik gambar cawan2 kotor berderet atas meja, hantar kat bapak dia. Bapak dia call & lahar, terus masuk dalam sink. Xde la sampai aku wish aku boleh dapat balik kehidupan zaman bujang. Aku dah pernah hilang anak, so aku syukur sangat2 dengan anak yg masih ada depan mata.
Quote exclusive_vvip 20-5-2022 04:36 PM
kesiannya..Semoga dipermudahkan urusan dan diberi ketenangan..nanti anak2 dah besar, Insya Allah bleh relax..dlm hidup ni masing2 ada lebih sana,kurang sini..mcm iols plak, xde anak..tapi dpt suami rajin keje n buat keje rumah..basuh pinggan,basuh baju,sidai,lipat,sapu & vacuum etc, heols yg settlekan..weols,duit ada,keje agak besar gak ar..x gaduh support family sbb both family pun bukan org susah..tapi kurang kat xde anak ar..tapi xpe la, i sentiasa bersyukur..setakat ni jarang sgt kena stress walupun keje banyak..nanti tua2 iols register la masuk rumah org tua @ hire nurse @ masuk pondok ke..
Quote batmana 20-5-2022 04:37 PM
KamikuP replied at 20-5-2022 03:50 PM
Ada org bertahun kawen nak anak tapi tak dapt anak (Moga dipermudahkan urusan)
Ad aorg kawen taknak  ...

stok2 xbersyukur ni stok BBNU atau

jenis tk begaul dgn org tua, tak pnah jejak rumah org2 tua, tk pnah jejak rumah2 anak yatim
tk pnah ada sedara yg belum ada zuriat, tapi dh kawin lebih 10 tahun, tk pnah lihat betapa susahnya org lain yg xdpt anak..

jenis tak penah rasa bersyukur cmni agknya tk pnah kene penampo masa kecil agknya

generasi manje...
Quote ezacbee 20-5-2022 04:42 PM
Artemesiaa replied at 20-5-2022 03:41 PM
Tak perlu tunggu mereka nak bersuara.  Lihat je di Mall, tempat makan ke mana2 pun dah boleh lihat b ...

Mall yg sunyi pun boleh tercicir anak. Belum lagi klo mall penuh. Camne dorang boleh xperasan anak xde kat sekeliling dorang ni.

Ada yg kurang berkemampuan tapi beranak ramai, bila tanya alasannya ter-eksiden.
Quote ifanonline 20-5-2022 04:46 PM
bilangan andartu akan meningkat...akan membebankan negara juga
Quote Aerhys 20-5-2022 05:00 PM
Jika suami bekerja jauh dan tidak boleh tolong isteri uruskan kerja rumah dan anak2, minta suami hire maid/ nanny. Salah satu tanggungjawab suami as a provider. Isteri tidak perlu penat bekerja jika suami mampu sediakan semua keperluan nafkah dan rumah tangga. Itulah pentingnya family planning, jgn fikir seronok saja kahwin dan ada anak tapi pandang remeh pada isu kewangan. Banyak perceraian berpunca dari masalah kewangan.
Quote syamzana 20-5-2022 05:00 PM
iols LDM (weiii baru tau term ni) dah 14thn. tatau la kategori ldm ke apa sbb bila husband iols habis job mmg dok je rumah 1/2 bulan gitu.
nak kata tak penat tu membohong sgt lar, tp sampai nak blk kehidupan bujang tu mmg tak la. sbb iols mmg tau kerja dia dilaut sana tp gatal jugak nak menikoh so hadap je la.
anak iols 2 je tu pun jarak 10thn. sorry ckp terus terang mmg itu je iols mampu jaga lebih dari tu mau i sama naik merempan kot tepek di socmed
segala2 nya byk buat sendiri smpai mil i plak yg marah2 anak dia suh cari kerja lain tp opkos la i bangkang sbb iols materialistik
iols tak dpt la husband tepek sokmo kat tepi tp allah bg sedikit kesenangan dari segi financial. husband iols pun x lokek, bg je la bini dia nak apa dah tau bini/maid/nanny/supir/pentadbir rumah/acct rumah.
i pun anak2 dah besar sikit ni dah back to normal routine. blh p spa tiap2 bulan, sopim2 sikit dah skrg pun i kurang amik job. blh la jadi taitai sikit.

Dalam hidup ni kita takkan dpt semua, so mana yg ada tu syukur la sambil2 doa dpt ketenangan hidup
kdg2 i merimau jugak dgn peel anak2
Quote Bedah.Cun 20-5-2022 05:07 PM
Dah komer terikat dengan konvensyen femili zaman middle age. Laki kena gi keje, yang pompuan kena duk umah jaga anak. Pompuan takyah gi enjoi, tunggu lakinya saja. Nasib lar hubby mak tak macam tue. Dia bagi mak permission ikat saluran fallopio aiiii, ayang avvang
Quote annehuda 20-5-2022 05:07 PM
hari tu aku terbaca status fb panjang lebar pasal sorg mamat ni puji bini dia terbaik.  yg aku ingat dulu sblm ada anak rajin bini die buatkan bento bawak pegi opis, dah ada anak tak penah dah buat sebab sibuk ngan anak. pagi-pagi anak dah nangis bini die gak yang layan. habeh ko sebagai laki dan bapak tengok je ke anak ko tu nangis pagi-pagi? cukupkah sekadar puji bini kuat je? ni samelah mcm laki yg terus tidur walaupun baby nangis pagi-pagi buta dengan alasan sebab lelaki ni sabar je kalau dengar baby nangis tu yg bleh sambung tidur. die ingat baby tu nangis sebab nampak hantu ke
Quote Jajabeans 20-5-2022 05:08 PM
missyL replied at 20-5-2022 03:42 PM
Genuinely i feel this too
Bkn lah menyesal tu
I happy ade bby but exhausted kadang2

me too.. so aku decide 2 org jela ank aku for the time being.
Quote AkokKocik 20-5-2022 05:09 PM
Edited by AkokKocik at 20-5-2022 05:16 PM

Org kawen ko pun nk kawen...org buat anak ko pun nk buat anak...dpt anak nyesal...x brsyukur langsung....anak2 masa kcik mmang perit nk jaga tp klu mkpak bsabar & jnis x mlayan anak mcm raja,latih buat kerja rumah..dh besar senang hdup mkpak.

Nyesal ada anak? Rindu zaman bujang?

Cuba tanya perasaan org yg masih mcari jodoh & brusaha nk anak.

Lihat semua komen(211)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.074348 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top