CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dekatkan Diri Kepada Allah, Usaha Baiki Diri,"- Reunion Elite, Abby Abadi Bagi Nasihat

20-5-2022 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4722| Komen: 36

Description: Abby Abadi menzahirkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkumpul semula bersama seluruh anggota kumpulan wanita popular yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu, Elite untuk sebuah program ...
Abby Abadi menzahirkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkumpul semula bersama seluruh anggota kumpulan wanita popular yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu, Elite untuk sebuah program televisyen baru-baru ini.


Menurut Abby, kesemua mereka masih mempunyai perangai dan sikap yang sama seperti mana di awal perkenalan mereka sejak 27 tahun yang lalu.

Katanya lagi, pertemuan tersebut juga sarat dengan perkongsian kisah-kisah serta momen-momen lama sepanjang mereka bersama kumpulan tersebut.


“Alhamdullillah Elite. Dapat berkumpul bersama hari ini untuk program Nona (ulang tahun ke 38, TV3). Terima kasih kerana sudi jemput Elite. Amat kami hargai.


“Sedar tak sedar dah 27 tahun dah Elite rupanya ya. Syukur. Bila ditanya tentang kenangan-kenangan dulu, alahai, terkenang-kenang hehe.

“Perangai pun masih sama, ada sikit je berubahnya haha. Masih comel-comel semua hihi. Masih sihat, masih gigih bekerja, masih boleh bersembang dan beriang ria macam dulu kala ye,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.



Dikesempatan itu juga, Abby turut menitipkan nasihat buat kesemua sahabat-sahabatnya itu untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

“Apapun jangan lupa, berterima kasih pada ALLAH untuk umur yang panjang ini sahabat-sahabat. Kita sama-sama terus berusaha perbaiki diri ok sayang-sayangku semua.

“Dah merasa semua kan? Jadi serah diri pada ALLAH untuk masa depan yang lebih baik ya. Bukan hanya untuk dunia, tapi untuk akhirat juga. Love U All Lillahi Taala. Dunia wal Akhirat,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja dan berharap agar persahabatan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.



“Peh, dulu minat gila dengan Elite ni Ya Allah. Rasa diri dah tua pula.

“Mesti tengok ni nanti dalam Nona. Kumpulan asal Elite. Masih cantik semuanya dan masih aktif lagi dalam dunia seni.

“Semua cantik-cantik. Suka tengok dari dulu.

“Sekejap je masa berlalu kan Tapi tetap cantik-cantik semua macam dulu.

“Alhamdulillah semua dapat berkumpul ramai-ramai. Sukanya tengok,” antara komen-komen netizen di Instagram.



Sekadar informasi, selain Abby, Elite juga turut dianggotai oleh Azza, Sasha Saidin, Watie Sadali dan Linda Rafar.

Elita memulakan debutnya didalam industri seni tanah air pada tahun 1995 sebelum menerbitkan album pertama mereka pada tahun 1996.

Antara lagu-lagu yang mencetuskan fenomena pada ketika itu adalah seperti G.I.G, Manisnya Senyumanmu, Tamparan Wanita dan banyak lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 20-5-2022 03:14 PM
Elehhhhh yebby ni...terkenang-kenang..walhal kau yang keluar paling awal...
Quote maxim 20-5-2022 03:17 PM
ermm..btol tu
[youtube]k_91HBbVCbk[/youtube]

Quote dua_chzy 20-5-2022 03:34 PM
Dah tua2 ni nampak macam Watie la pulak yang paling lawa.

Zaman anak dara dulu ai tengok Azza dan Abby yang paling lawa.
Quote missyL 20-5-2022 04:26 PM
dua_chzy: Dah tua2 ni nampak macam Watie ...


Watie maintain.
Azza tgok dlm tv jadi jahat smpi herot2 mulut
Quote dejure 20-5-2022 04:35 PM
Teringat kata2 dia masa mula2 join PAS dulu,katanya lagha,dah taknak berlakon atau menyanyi..sudahnya.....dunia lagha ni juga yg bagi anak2 kau makan dan sekolah agama swasta tu.
Quote awenda507 20-5-2022 05:44 PM
dia pun sama menggelitis je tgk
Quote sarah_ary2 20-5-2022 06:33 PM
dua_chzy replied at 20-5-2022 03:34 PM
Dah tua2 ni nampak macam Watie la pulak yang paling lawa.

Zaman anak dara dulu ai tengok Azza dan A ...

Ai memang dr dulu tgk Watie lawa muka melayu klasik walaupun dgr citer dulu penyebab abby kluar katanya Watie
Quote Joysparta 20-5-2022 07:43 PM
Dulu minat azza sebab cheekbone dia..dah tua ni len benor rupanya..pipi kembung n dagu panjang semacam...
Quote supernaturalee 20-5-2022 08:38 PM
sarah_ary2 replied at 20-5-2022 06:33 PM
Ai memang dr dulu tgk Watie lawa muka melayu klasik walaupun dgr citer dulu penyebab abby kluar ka ...

Melayu klasik lh sgt
Cer perati dagu sheols tu

Quote dino 20-5-2022 08:57 PM
dejure replied at 20-5-2022 04:35 PM
Teringat kata2 dia masa mula2 join PAS dulu,katanya lagha,dah taknak berlakon atau menyanyi..sudahny ...

biasalah tu
stop la segala menda share public.. pastu netizen kecam gigih explain

nak berdoa kat fb.. nak ucap syg laki kat fb.. kak tunjuk sweet dgn bkas laki ke apo… simpan la elok2 takyah org tahu
Quote selipar_hijau 20-5-2022 08:59 PM
prince_marhaen replied at 20-5-2022 03:14 PM
Elehhhhh yebby ni...terkenang-kenang..walhal kau yang keluar paling awal...

Kru kata muka dia plg takleh jual ke muka kampung ntah kalau tak silap
Quote zuriey 20-5-2022 10:20 PM
Ko punya baju pun makin ketat yebi..
Quote bluecrystal 20-5-2022 10:50 PM
terkenang2 apa tu..padahal norman dulu kua statement heols kata abby ni bermasalah..masa2 abby kelua elite dulu
Quote nakkomenjugak 21-5-2022 08:07 PM
dalam elite ni suara watie paling senang dihadam
2nd suara laghooo bakyah
Quote SpyLeman 21-5-2022 08:21 PM
Dulu Bakyah paling warak tapi skrg dia paling menggeletis
Quote kakigojes 21-5-2022 08:23 PM
Katanya spixe girls terinspirasi dari she/theyolss
Quote scrocth 21-5-2022 08:38 PM
Plg suka sasha dlm elite. Sheols yg plg komited nak kekalkan elite smp skrg.
Quote nazzel_fly 22-5-2022 02:53 AM
Pernah tengok dlm trek selebriti time jimmy shanly tu, dia tanya abby kenapa keluar elite, pastu abby jawab, salah sorg KRU masa tu cakap dia mcm kampung. Maybe style dia kot. Tu yg dia terus keluar.
Quote stingerumble3 22-5-2022 08:01 AM
dino replied at 20-5-2022 08:57 PM
biasalah tu
stop la segala menda share public.. pastu netizen kecam gigih explain


Pot calling the kettle black....

Isteri terlalu dengar cakap netizen sampai anak hampir hampir mati.. hanya kerna keengganan diberi immunisasi jab ..akui diri dah status duda lepas bercerai dgn bini...and many more

Ring a bell to you? Ini cerita atas cerita atau coming from the horse's mouth?

Kahkahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052863 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top