CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mentua Saksi Depan Mata, Ibu Tetak Anak 13 Bulan Dua Kali Guna Kapak

20-5-2022 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1884| Komen: 6

Description: SUMATERA: Seorang wanita di Kabupaten Tebo, Jambi tergamak menetak bayinya yang baru berusia 13 bulan dengan kapak.
SUMATERA: Seorang wanita di Kabupaten Tebo, Jambi tergamak menetak bayinya yang baru berusia 13 bulan dengan kapak. 

Lapor Tribunnews, aksi kejam itu disaksikan sendiri oleh mentuanya dari jauh kerana mencurigai tindakan menantunya sebelum itu. 

Bayi malang itu terpaksa dibawa ke Hospital Daerah Tebo disebabkan mengalami kecederaan serius di bahagian pinggang. 

Foto: Agensi


Ketua Polis Tebo, Fitria Mega berkata, mangsa ditetak sebanyak dua kali pada bahagian pinggang sehingga mengalami kecederaan sedalam lima sentimeter.  


Jelasnya, sebelum kejadian, ibu mentua tertuduh sempat bertemu wanita itu dan bertanyakan keadaan bayi yang sedang menangis. 

Katanya, ketika itu, ibu mentuanya menawarkan diri untuk menggendong cucunya. 

“Namun, wanita itu menolak tawaran ibu mentuanya dan membawa terus anaknya pergi. 

“Disebabkan rasa curiga, ibu mentuanya mengekori suspek dari belakang dan terlihat menantunya membawa kapak yang diambil dari gudang milik mentuanya,” katanya. 

Menurut Fitria, bayi tersebut masih hidup selepas menerima 15 jahitan dan bagaimanapun belum begitu stabil. 

Katanya, mangsa sudah sedarkan diri dan mula menerima susu yang diberikan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 20-5-2022 03:43 PM
Tak mampu jaga anak....... please la perempuan jangan beranak. Pergi operate kasi mandul.  
Quote Artemesiaa 20-5-2022 03:45 PM
Meroyan ke hapa sampai naik gila macam tu
Quote copy_paste 20-5-2022 03:58 PM
org ade anak ko pun nk ade anak,
kalau jumpe pasangan yg xde rezeki anak tu jgn la paksa2 suh diorg beranak,
Quote KirazMevsimi 21-5-2022 05:23 AM
nauzubillahiminzalik. moga cepat sembuh duhai anak. berparut pinggang
Quote epuepy 21-5-2022 11:52 PM
Huhu. Aku anak jatuh menangis berdarah2, dgn aku sekali menangis. Mcm mne la dia boleh sanggup tetak anak dia sendiri?
Depression maybe.. Semoga baby tu cpt sembuh. Tapi bile besar, mesti dia sedih bile dapat tau mak dia sendiri try nak bunuh dia..
Quote chinta89 22-5-2022 04:43 PM
jgn komen bukan2... dia mungkin meroyan tu org meroyan dia x sedar ape dia buat.. semoga baby tu mbesar sihat InsyaAllah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.040711 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top