CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Macam Ibu Dan Anak,"- Bersuami Muda, Jasmin Hamid Bengang Dikutuk Tak Sedar Diri

20-5-2022 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6778| Komen: 43

Description: Enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa tersinggung apabila terdapat segelintir netizen yang masih melemparkan kata-kata hinaan terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd R ...
Enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa tersinggung apabila terdapat segelintir netizen yang masih melemparkan kata-kata hinaan terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahim.


Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, mengakui kata-kata yang menyamakan dia dan suami seperti ibu dan anak sedikit sebanyak melukakan hatinya.

Foto: IG

"Tolonglah jaga adab, ini suami bukan anak saya! Rezeki saya bersuamikan lelaki muda.

"Saya terkilan ada beberapa komen netizen yang kata kami macam ibu dan anak sehingga ada yang kata tidak sesuai kerana nampak muda sangat.



"Ada juga yang ingat suami saya mata duitan yang hanya mahukan duit saya.

"Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami," katanya ketika dihubungi oleh mStar.



Untuk rekod, Jasmin berkahwin dengan pengurusnya Nazmir Abd Rahman, 36, pada November lalu.

Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini berkata, komen negatif sedemikian hanya merosakkan emosi dan jika ia berlarutan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Perkara ini tidak boleh didiamkan dan jika saya lihat mereka masih lagi komen seperti itu, saya akan ambil tindakan yang sepatutnya," ujarnya.



Dalam pada itu, Jasmin turut mendoakan orang lain yang belum bertemu jodoh agar dipermudahkan urusan dan segera bertemu temu teman hidup.

Dia juga menasihatkan wanita lain yang mengalami nasib yang sama agar mempertahankan hak mereka untuk bahagia.


"Semoga Allah kirim jodoh yang baik-baik buat sesiapa yang masih belum bertemu jodoh.

"Saya juga menasihatkan wanita senasib dengan saya agar mempertahankan hak anda sebagai seorang isteri.

"Percaya dengan rezeki Allah dan kuatkan semangat kerana semua orang berhak untuk bahagia," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bahagiaselalu 20-5-2022 02:11 PM
ignore aje apa netizen nak kata apa ... janji diri sendiri bahagia ye akak... akak jgn p cucuk sana cucuk sini lak utk nampak muda okay.. kang jadi bengkak muka nantii, makin hodoh lak tau
Quote mrsamz 20-5-2022 02:15 PM
Jasmin mmg cantik..tp nape buat rambut belah tgh tu.. x sesuai laa..nampak pelik
Quote miss_perfect 20-5-2022 02:20 PM
Laki tu gambar dia kejap nampak jauh muda drpd jasmin, tapi ada gambar dia nampak sebaya. Tak de la nampak macam ibu dan anak, kakak dan adik maybe... tapi depends on gambar.
Quote hzln 20-5-2022 02:22 PM
Muda benor ke lakinya pon. Hakak nampak biasher jer. Nak nampak muder sila ambik tips dari maria farida. Anak bergambar dgn mak nampak mcm anak bergambar dgn gepren.
Quote Pak.dolla 20-5-2022 02:25 PM
Itulah netizen ni...org x cari pasal ko cari pasal, kutuk org...yg lembaga tu suka buat onar xde pulak netizen berani kutuk...
Quote Mary_jane 20-5-2022 02:31 PM
Kalau ada beard nampak sebaya dah kot. Ignore kan je mulut2 puaka netizen. Tak senang duduk tengok orang bahagia. Hebat bukan?
Quote Afifi82 20-5-2022 02:36 PM
Alahai.. dah rezeki dia dpt laki muda. Bukan dia sailang laki org pun.. heh.
Quote SherryZass 20-5-2022 02:38 PM
Lah netizen yg panas bontot kenapa, bukannyeh lelaki tu dipaksa sampai dihunus pisau kat leher pun utk berkahwin dengan Jasmin.
Quote jihyomelly 20-5-2022 02:41 PM
biar je la bukan kawin budak bawah umur.. acik min pun bukan la caras dari sesapa jd madu bernombor ke apa..bujang..kawin proper asal bahagia ye dak
Quote dua_chzy 20-5-2022 02:44 PM
Kalau tak filter melampau takda la nampak muda sangat macam mak dan anak dek non. Maka jika mahu nampak lebih kurang sebaya, usah la main filter.
Quote sleepandream 20-5-2022 03:05 PM
abestu kalau kawen laki tua... mcm zizik bung tu... netizen kata nak kikis reta laki pulak...
Quote ajinomotonosuga 21-5-2022 12:20 AM
Saya Kenot komen..nanti ada yg marah
Quote minahsenget 21-5-2022 12:22 AM
laaaa bla kawin?
Quote Piramida 21-5-2022 01:59 PM
Mcm ibu dan anak tu fakta... Seorg nampak tua, seorg nampak muda.
Tp of course lah dlm relationship yo'ur husband wife. Terima je lah dgn terbuka kata cercaan netizen.
Quote biozipstar 21-5-2022 03:27 PM
moga jodohnya panjang.... aamiin.
Quote winky1 21-5-2022 03:29 PM
Piramida replied at 21-5-2022 01:59 PM
Mcm ibu dan anak tu fakta... Seorg nampak tua, seorg nampak muda.
Tp of course lah dlm relationship  ...

Hebat bukan?
Quote Nenasketum 21-5-2022 05:18 PM
Haiyyya yang baju kuning tu fening aku nengokkan tapi trending kan sekarang biatches like these kawen muda remaja. Geli geleman ler
Quote rainbowrainz 21-5-2022 07:46 PM
Hurmmmm......
Quote anakkerengga 21-5-2022 07:56 PM
Jasmin hamid ni lawa.. ms body dia letups dulu lagi lah nmpk lawa.. mgkin kena kurus kut baru nmpk muda

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.292716 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top