CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Permaisuri Selangor Gesa Haiwan Terbiar Dikasi

20-5-2022 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1428| Komen: 14

Description: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan beberapa kejadian terbaharu membabitkan kezaliman terhadap haiwan peliharaan dan terbiar.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan beberapa kejadian terbaharu membabitkan kezaliman terhadap haiwan peliharaan dan terbiar.


Baginda bertitah, sangat kecewa dengan individu yang tidak berperikemanusiaan dan tergamak berlaku kejam terhadap haiwan-haiwan secara terbuka.


Kredit foto: IG Selangor Royal Official

“Baru-baru ini, media melaporkan kejadian berasingan melibatkan beberapa ekor kucing peliharaan dan terbiar yang ditemukan mati dipercayai diracun oleh individu tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

Baginda yang juga Penaung Diraja Program Stray Free Selangor (SFS) di bawah kendalian Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor bertitah menggesa agar pihak berwajib melakukan siasatan sehingga pelakunya dapat dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, Tengku Permaisuri bertitah menyarankan agar masyarakat yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian seumpamanya supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

Baginda mengingatkan bahawa kezaliman terhadap haiwan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 772 iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015.



Baginda berharap kebajikan haiwan-haiwan ini sentiasa diberi perhatian terutamanya keperluan persekitaran yang sesuai, dilindungi daripada ancaman penyakit serta keperluan mempamerkan corak kelakuan semula jadi.

Dalam masa sama, baginda terus menggesa masyarakat dan para sukarelawan penyelamat haiwan untuk mengkasi kucing dan anjing terbiar agar haiwan ini tidak membiak dalam persekitaran yang tidak sesuai. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 20-5-2022 12:54 PM
Dari dulu dah ramai cadangkan tapi masih tak ramai nak lakukan lebih rela biar dia berank pinak lepas tu main campak buang di lebuh raya dihutan etc
Quote Skuau 20-5-2022 12:57 PM
tmpt aku...bgn pg nk pi keja..."cilaker..taik kucing bersepah kt tangga....."di hari lain....balik keja...jilaker...taik kucing bersepah...lg".
Quote prettyuglybabe 20-5-2022 01:28 PM
apa kata tuanku buka beberapa shelter under istana punya fund..
so that orang boleh hantar stray yang jumpa ke sana..
and orang yang dah tak nak bela pet dorang pun hantar ke sana dari buang merata..
macam kat perlis tu..
tapi rasanya perlis fund under pbt ke kerajaan negeri..
shelter persendirian pun banyak dah tak mampu nak rescue..
banyak belanja nak rescue semua..
makanan, ubatan.. nak neuter lagi..
Quote midori_katana 21-5-2022 06:47 PM
Edited by midori_katana at 21-5-2022 06:49 PM

Aku dah beberapa kali dikata kejam sbb mandulkan arnab. Semua org sibuk nak biakkan haiwan peliharaan depa, pastu bila dah banyak, tak mampu bela sanggup pula buang dan jaga sambil lewa, bagi makanan tak berkhasiat bagai. Tak pula fikir dosa..
Quote jari10 21-5-2022 07:29 PM
Artemesiaa: Dari dulu dah ramai cadangkan  ...


Ya ramai yg cadangkan..Tapi kos utk kasi itu bukan murah ya. Terutama utk yg betina….kena bermodallah
Quote uori 21-5-2022 07:34 PM
jiran aku biakkan kucing dia untuk anak2 dia main dengan anak kucing tu, tapi bila anak kucing dah besar sikit, dia biar terus dan meratalah anak2 kucing ni berak merata dan mintak makan. setakat ni ada lebih 40 ekor anak kucing dan kalau tegur, laki dia akan naik hantu nak parang semua orang, penangan ketum. dan bab taik kucing, aku dah lali, speechless sungguh
Quote mrsLucky 21-5-2022 08:17 PM
Edited by mrsLucky at 21-5-2022 08:20 PM

Serious bukan mudah dan murah nak pelihara pet. Setakat ni anak2 i dah rescue 2 anak kucing yang di buang kat parking lot. Derang kena spend duit beli susu, botol, vaksin, kasi, makanan,dan pasir kucing.

Kucing2 tu dah besar..kita layan cam princess tapi seekor tu sombong. Jenis garang, tak suka di sentuh dan bad mood selalu. hee cukup lah 2.

Harap pihak istana boleh fund centre untuk kasi kucing dan anjing untuk rakyat. I yakin populasi binatang terbiar tu akan kurang.
Quote LoveSungmin 21-5-2022 11:18 PM
i ada 10 ekor, tinggal yang jantan bongsu je belum neuter lagi.. yang lain semua dah selamat.. biar la orang nak cakap kesian, yang penting dorang tak beranak pinak.. kalau i kaya, dah lama i mandulkan semua stray cats yang i jumpa..
Quote ekselen 22-5-2022 09:58 AM
mrsLucky replied at 21-5-2022 08:17 PM
Serious bukan mudah dan murah nak pelihara pet. Setakat ni anak2 i dah rescue 2 anak kucing yang di  ...

tu lah...harap pihak istana boleh bg fund utk mandulkan kucing2 jalanan tu..sbb kos mmg mahal. bkn semua org mampu nk buat. aku yg bela sekor ni pun mmg buat bajet utk mknan, pasir dan pastikan x sakit...masuk klinik hewan mahal ooo.
Quote ~boolean 22-5-2022 02:20 PM
benda perlu duit...engkau yang banyak duit tu labur lah sikit..
cakap guna air liur aku yang bukan permaisuri ni pun boleh bagi cadangan camtu..
Quote Myhappyending 22-5-2022 02:25 PM
Meols nak kutip kucing suspek utama kencing merata nak gi buang kat pasar i dont care dia bertuan atau tidak
Quote sharlenetexas 22-5-2022 02:29 PM
Banyak benda mcm tepung naik harga melampau. Susu nestle omega rege rm50.  Masih mengharap makanan kucing tak naik harga.
Quote swimswim 22-5-2022 02:41 PM
Edited by swimswim at 22-5-2022 02:43 PM

I bela seekor ni pun rasa besar jugak expensesnya n kerenahnya. Tak boleh makan whiskas kalau tak dia muntah2.

Aku selalu bebel dkt kucing aku, amboi kucing tepi jalan pun pilih makan rc shj paling minima.

Dah neuter, pastu nk vaccine kan. Kalau demam, ubat dia sama mahal ubat org dewasa. Ratus2 gak. Last2 kucing yg demok dempol, tuannya yg kurus
Quote Flake123 22-5-2022 02:48 PM
Iols rasa sekali pi vet lagi mahal dari klinik untuk orang. Seriau betul bila kucing sakit. Sanggup bagi makan rc sebab kalau makan whiskas or friskies tu dia cepat sakit

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057477 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top