CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruteknik Maut Tersepit Di Tail Drum Conveyor

20-5-2022 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1521| Komen: 11

Description: Seorang juruteknik maut akibat cedera parah selepas tersepit pada mesin conveyor di sebuah kilang simen di Gopeng pada Khamis.
Seorang juruteknik maut akibat cedera parah selepas tersepit pada mesin conveyor di sebuah kilang simen di Gopeng pada Khamis.

Ketika kejadian sekitar jam 9.55 pagi itu, mangsa, Muhammad Hilmi Badrul Hisham, 20, dilaporkan sedang bersedia bagi menjalankan kerja penyelenggaraan.


Mangsa ditemui dalam keadaan tersepit pada bahagian tail drum conveyor. - Foto JKKP Perak

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Supian Alias berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tersepit pada bahagian tail drum conveyor oleh rakan sekerjanya.

Menurutnya, menyedari kejadian itu, rakan sekerja mangsa membantu mengeluarkannya sebelum dihantar ke Hospital Kampar menggunakan ambulans syarikat.

"Mangsa yang dibawa ke hospital disahkan meninggal dunia oleh doktor perubatan.

"Sepasukan pegawai dihantar ke kilang berkenaan untuk menjalankan siasatan ke atas kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa diarahkan untuk siap siaga di kawasan Coal Conveyor Belt sebelum memulakan kerja penyelenggaraan.

Katanya, susulan itu JKKP menyita dan mengeluarkan larangan kacau ganggu terhadap jalur sistem conveyor tersebut sehingga siasatan lanjut dan tindakan penambahbaikan diambil oleh majikan.

"JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya.

Supian berkata, kejadian seumpama itu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

Jelasnya, majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenalpasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.

"Langkah ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Azhargoth 20-5-2022 10:54 AM
Jenuh jawab la safety officer..
Quote sharlenetexas 20-5-2022 11:01 AM
Lafarge ke?

Quote Belibis 20-5-2022 12:02 PM
Tempat aku kerja dulu,berapa ramai dah putus tangan kena mesin press stamping..tokey aman2 sajork..yang penting $$$$$$$.
Quote Artemesiaa 20-5-2022 12:46 PM
Takziah buat keluarga mangsa
Quote tikusmontok 20-5-2022 12:50 PM
Innalillah..terkorban semasa mencari rezeki
Quote yebit157 20-5-2022 01:23 PM
muda lagi. kesiannya. takziah keluarga mangsa.
Quote scorpionkiki 20-5-2022 01:26 PM
Socso dapat tak ya? Kot2 ada yg tahu. Untuk ibu bapa dia
Quote Buritan 20-5-2022 01:27 PM
tikusmontok replied at 20-5-2022 12:50 PM
Innalillah..terkorban semasa mencari rezeki

Siannn kann...
Quote ninnamina 20-5-2022 01:28 PM
innalillahiwainnailaihirojiun
takziah kepada ahli keluarga mangsa
Quote tikusmontok 20-5-2022 03:08 PM
Buritan replied at 20-5-2022 01:27 PM
Siannn kann...

Kann..kita umur gitu masih belajar hrpkan biasiswa ma&pa
Quote sharlenetexas 20-5-2022 03:12 PM
Belibis replied at 20-5-2022 12:02 PM
Tempat aku kerja dulu,berapa ramai dah putus tangan kena mesin press stamping..tokey aman2 sajork..y ...

Mcm kat proton dululah, ada staf jadi mangsa kat mesin stamping. Nak check mesin tak sangka kena hempap. Kawan iols duk cite kutip isi kat celah2 mesin dgn sudu.


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.269579 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top