CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Buat Hal Lah!" - Tak Tahan Telan Bebola Panas, Isteri Sumbat Terus Ke Mulut Suami

19-5-2022 10:45 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1562| Komen: 6|Original author: Cinta Erina

Description: Sebagai suami atau isteri, kita tidak akan boleh lari dari kejadian lucu yang terjadi sepanjang perkahwinan. Percaya atau tidak, semua kejadian lucu itulah yang menjadi penyeri dalam kehidupan berumah ...
Sumber: Tiktok Nadya


Sebagai suami atau isteri, kita tidak akan boleh lari dari kejadian lucu yang terjadi sepanjang perkahwinan. Percaya atau tidak, semua kejadian lucu itulah yang menjadi penyeri dalam kehidupan berumah tangga. 

Begitulah kisah gelagat pasangan dari Indonesia yang tular di platform TikTok baru-baru ini.

Sama seperti wanita lain, wanita dikenali sebagai Nadya Kherunnisaa juga tidak dapat dipisahkan daripada makanan. 


Menerusi platform Tiktok, kelihatan ibu kepada seorang anak ini sedang menjamah bakso di rumahnya bersama suaminya. Ketika ingin makan bebola daging, suaminya iaitu Irfan menegurnya agar meniup terlebih dahulu makanan itu kerana ia masih panas.


Namun, Nadya terus memakan bebola daging itu menyebabkan dia sendiri terkejut kerana bebola yang dimakannya sangat panas sebelum terus mengeluarkannya menggunakan tangan, lalu menyumbat ke dalam mulut suaminya yang ketika itu ingin ketawa melihat gelagatnya.

Suaminya terkejut dan pasrah kerana tidak mampu melakukan apa-apa, pantas betul pergerakkan Nadya. 

Kini, video yang dimuat naik oleh Nadya mendapat lebih daripada 14 juta tontonan dan rata-rata netizen sangat terhibur dengan tindakan Nadya yang sempat menyumbat bebola itu ke dalam mulut suaminya. - CARI

Sumber: Tiktok Nadya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 19-5-2022 11:13 AM
Swettnyer rasa nak tampo sekor sekor
Quote Orix 19-5-2022 01:59 PM
KamikuP replied at 19-5-2022 11:13 AM
Swettnyer rasa nak tampo sekor sekor

kau haderr ?
Quote prince_marhaen 19-5-2022 02:36 PM
sama sepesen geng perempuan yang bagi laki makan bekas dia tu... kekonon sweet lah... nak bagitau tak geli, sedangkan comolot pun bercampur air liur kan.... yihhhhhhh....tapi tu makanan bodo...siapa2 je patut geli kalau makanan dah masuk mulut kau, luah balik tu pun sendiri kadang x sanggup makan balik..inikan pulak orang lain... bangga pulak tu share dekat socmed.
Quote KamikuP 19-5-2022 03:03 PM

hader tapi takde akaun tik tok ler pulekkk nak nayang
Quote shernazz 19-5-2022 03:42 PM
Skang trend
Makan mesti buat rakaman ada hp kat sebelah pinggan...atau depan pinggan...
Quote Artemesiaa 19-5-2022 04:33 PM
Demi content semua sanggup dilakukan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049473 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top