CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sentiasa Putus Asa, Takut Dengan Orang- Izzrin Irfan Terkena Buatan Orang

18-5-2022 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1543| Komen: 19

Description: Lama tidak dilihat muncul dalam mana-mana acara, penyanyi Izzrin Irfan mendedahkan dia terpaksa berehat lama selepas terkena 'buatan' orang sejak tahun lalu.
Lama tidak dilihat muncul dalam mana-mana acara, penyanyi Izzrin Irfan mendedahkan dia terpaksa berehat lama selepas terkena 'buatan' orang sejak tahun lalu.

Menurut Izzrin atau nama sebenarnya Muhammad Izzrin Irfan, 21, perbuatan syirik yang ditujukan kepadanya itu membuatkan dia sentiasa putus asa dan takut dengan pandangan sekeliling.


"Apa yang telah berlaku memang mengganggu perjalanan kerjaya saya dan disebabkan itu saya terpaksa ambil masa untuk berehat.

"Saya menjadi seorang yang takut dengan penilaian sekeliling terhadap diri saya dan disebabkan itu juga sentiasa rasa down.

"Apabila mula sedar dengan perubahan pada diri sendiri, saya mendapatkan rawatan Islam dan dapat tahu ada yang menghantar sihir kepada saya," katanya kepada mStar.

Foto: IG

Penyanyi lagu Aku Terima Nikahnya ini memberitahu keadaan dirinya kini semakin pulih selepas menerima rawatan.

Namun buat masa ini dia masih belum ada perancangan untuk melakukan kemunculan semula dengan lagu baharu.

Dalam pada itu, Izzrin berkata dia mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai pelindung diri kerana takut kehadirannya tidak disukai oleh orang lain dan gangguan itu berulang kembali.



"Tidaklah rasa takut untuk keluar, cuma rasa bimbang sahaja jika ada orang lain yang tidak suka melihat saya dan sekali lagi terkena sihir.

"Saya amalkan bacaan ayat suci al Quran sebagai pelindung selain sentiasa berbuat baik dengan orang lain.

"Buat masa sekarang belum ada perancangan untuk comeback dalam industri seni kerana masih menyusun perjalanan kerjaya," ujarnya.



Meskipun kerjaya seninya dilihat bergerak perlahan, Izzrin yang sebelum ini pernah menyertai program I Can See Your Voice ini percaya satu hari nanti bakatnya akan menyinar dan mendapat perhatian ramai.

"Banyak peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya saya dan saya sendiri tak boleh nak janjikan apa-apa buat mereka.

"Namun peganglah kata-kata saya bahawa satu hari nanti saya akan berada di atas," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 18-5-2022 06:23 PM
Sapo ni ?

Kalau lalu sebelah pun xkenal
Quote Imkhai 18-5-2022 06:24 PM
Siapa yg nk sihirkn ko dik??? Medunia sgt ke perjalanan kerjaya ko smpai org nk sihirkn ko ape2 pon cpt sembuh ye
Quote pencintaABC 18-5-2022 06:32 PM
Walaupun wajah kau agak heloks tapi whoareyus dik..ada video tumbuk sambal?
Quote selipar_hijau 18-5-2022 07:32 PM
Yaamporn sape pulak ni?
Quote slyfynx 18-5-2022 08:08 PM
Sape nk nk sihir tu dek.
Kenal pon idok.
Aku tgk tajuk siap igtkan pompuan lagi.
Quote Mary_jane 18-5-2022 09:15 PM
Sorang je Izreen yang acik forum kenal. Lelain tu whoareyus.
Quote JIGON 19-5-2022 02:30 AM
Siapakah anda?
Quote jejaka_hensem 19-5-2022 03:31 AM
Kulit muka dia mmg licin mcm tu ke atau sekadar filter?
Ini soalan betul2,iols is jeles tgok kulit muka dia tu mcm telur rebus,licin je
Quote ms.koala 19-5-2022 03:58 AM
Baca td ingt jering
Quote Perawankota 19-5-2022 06:09 AM
X kenaiiiiii.      
Quote SANKURIANG 19-5-2022 06:36 AM
Create issue....kata orang nak sihir or dah sihirkan dia......supaya nama tak tenggelam. Dik ooiii...kalau rasa bidang ni tak boleh awak bawak...carila kerja lain, Insyaallah ada rezeki awak kat situ
Quote cicicumel 19-5-2022 06:59 AM
Aiman tino 2.0 ke sis
Quote animcute 19-5-2022 07:59 AM
macam ciri2 depression jer..baik la jumpa doctor to get proper diagnose ..asyik2 sihir
Quote bulalof 19-5-2022 09:06 AM
dik, ada agama x? sembahlah dan mengadulah pd Tuhannmu...
Quote prince_marhaen 19-5-2022 09:32 AM
sorry.....izzrin yang diperlukan di forum ini hanyalah izreen jering kuda ye... izzrin lain whoareyusss sila beredar.
Quote Lislizza 19-5-2022 09:37 AM
Ingatkan pompuan … who r yusss sangat
Quote deebiz14 19-5-2022 09:39 AM
Ko sape untuk dishirkan?
Baru 21 da pikir dan pecaye bende2 syirik camtu bila diuji.
Quote makadek 19-5-2022 05:28 PM
Acik turn betul kalau lelaki kening tebal gigi susun camni
Tp acik tk kenal ko dek
Quote makadek 19-5-2022 05:29 PM
Musim celeb kena syikin ke

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.067851 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top