CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq Hadir Ke Mahkamah, Beri Sokongan Kepada Yasin Sulaiman

18-5-2022 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1052| Komen: 1

Description: Selepas namanya ‘diseru’ Yasin Sulaiman, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir bagi memberi sokongan kepada komposer dan penyanyi itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selas ...
Selepas namanya ‘diseru’ Yasin Sulaiman, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir bagi memberi sokongan kepada komposer dan penyanyi itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa.


Syed Saddiq berkata, dia gembira melihat keadaan penyanyi Mimpi Laila itu yang kelihatan ceria dan tenang.

“Tadi sempat berjumpa dengan saudara Yasin. Dia berada dalam keadaan tenang, yakin dan boleh lihat keceriaan di mukanya. Hatinya berada di tempat yang betul,” ujarnya kepada mStar.


Foto: mStar

Dalam pada itu, Syed Saddiq memberitahu kehadiran dia adalah bagi memberikan sokongan moral kepada Yasin dan keluarganya.


Katanya, sebagai wakil rakyat dia akan cuba memastikan undang-undang negara mengikut perkembangan semasa.

“Saya hadir untuk memberikan sokongan moral kepada saudara Yasin dan keluarganya.

“Sebagai penggubal undang-undang saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa undang-undang negara itu mengikut perkembangan arus semasa,” katanya.

Pada prosiding 31 Mac lalu, Yasin sempat ‘memberi’ pesanan kepada wakil media supaya mengirim salam kepada Syed Saddiq yang lantang memperjuangkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

Untuk rekod, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majestret Petaling Jaya, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957 dan boleh dihukum mengikut seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 19-5-2022 10:19 AM
lepas ni ganja halal kah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.044661 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top