CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berkahwin Dengan Kerabat Diraja, Nafiz Muaz Tak Rasa Terikat Protokol

18-5-2022 05:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15530| Komen: 123|Original author: Tatod

Description: Menamatkan zaman bujangnya pada Januari tahun lalu, pelakon meningkat naik, Nafiz Muaz yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Diyana Omar pada tahun lalu memperlahankan sedikit rentak kakinya dalam d ...

Menamatkan zaman bujangnya pada Januari tahun lalu, pelakon meningkat naik, Nafiz Muaz yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Diyana Omar pada tahun lalu memperlahankan sedikit rentak kakinya dalam dunia hiburan bagi memberikan fokus pada statusnya sebagai suami.

Berkahwin dengan ahli perniagaan yang juga adinda kepada Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, ramai yang beranggapan bahawa kehidupan Nafiz kini terikat dengan protokol.


"Orang ramai beranggapan kalau berkahwin dengan kerabat diraja atau yang mempunyai pertalian darah dengan mereka akan dikawal semua perkara. Bagaimanapun, apabila saya menjadi sebahagian daripada keluarga mereka, tanggapan sebegitu tidak ada pun. Yang penting kita jujur, ikhlas dan jaga nama baik keluarga.

"Dari dulu saya memang jaga nama baik sendiri dan keluarga. Saya juga tak pernah ambil kesempatan berkahwin dengan adik salah seorang kerabat diraja atau sebaliknya. Saya bekerja keras untuk isteri dan keluarga.

"Saya lebih selesa kalau orang anggap saya bukan orang senang. Bimbang ada pihak yang busuk hati," katanya kepada Media Hiburan.


Berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga kerabat diraja Terengganu baru-baru ini, jejaka berusia 23 tahun itu mendedahkan dia agak kekok ketika pertama kali masuk ke istana.

"Apabila raya, kami menghadap istana kerana ada sesi makan bersama keluarga. Banyak perkara baharu yang saya belajar dan rasa kekok apabila pertama kali menjejakkan kaki ke istana.

"Sebelum berkahwin, saya panggil Sultanah Nur Zahirah sebagai Tuanku tetapi selepas kami sudah menjadi keluarga, saya kini memanggilnya Kak Zahirah dan membahasakan diri saya sebagai Nafiz. Kalau Sultan Mizan pula saya masih menggunakan gelaran Tuanku," katanya.

Walaupun Nafiz bukanlah daripada golongan kerabat diraja, kata Nafiz, mereka menerima kehadirannya apa adanya tanpa memandang status dan darjat. Malahan, ketika makan semeja, Sultanah Zahirah sangat peramah agar pemuda itu selesa dan tidak rasa seperti orang luar. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hzln 18-5-2022 05:49 PM
Edited by hzln at 18-5-2022 05:53 PM

Kak Zahirah ke? Bukan ke nama dia rozita
Btw, celah mana datang kerabat dirajanya? Bukan keturunan belah sultan pun, belah wife sultan, org biasa2 je pun
Quote silampumeja 18-5-2022 05:59 PM
sultanah zahirah pun bukan asal kerabat pun kan... so adiknya tu just adik ipar raja... ikutkan takdelah besar kaitannya..hehehe..
Quote doodlediddle 18-5-2022 06:02 PM
hzln replied at 18-5-2022 05:49 PM
Kak Zahirah ke? Bukan ke nama dia rozita
Btw, celah mana datang kerabat dirajanya? Bukan keturunan b ...

Tahu xpe. Ingt adik sultan ke. Sekali adik ipar sultan which XDE sekelumit darah royals pun since sultanah tu asalnya commoner.
Adoyyy lah
Quote kiah_mai_pulak 18-5-2022 06:14 PM
so bini dia ni sejenis perasan lahh dorang tu kerabat raja jua???
Quote orkidorkido 18-5-2022 06:19 PM
Bini dia takde kaitan di raja pun, takde darah raja. Orang kebanyakan jer. Akak dia tu kawin raja
Quote ezacbee 18-5-2022 06:22 PM
Xtau lak kena protokol.. walaupun bukan kerabat..
Quote heythere123 18-5-2022 06:22 PM
omg mamat ni dah kawen

i suka gak tengok dia berlakon sebab selain muka helok, bakat pon ada
Quote gekkou 18-5-2022 06:24 PM
busuknya lelaki ini
umur baru 23?
dah tua nampak
Quote heythere123 18-5-2022 06:24 PM
anyway takyah la claim kerabat diraja bang oiii. Ko pon ipar duai je dengan org yg kawen royals.

Geli aih nak claim tapi benda takde apa pun sebenarnya. What a shame sebab dia bakat ada, tak perlu pon artikel murahan ginu
Quote Mary_jane 18-5-2022 06:27 PM
Bini nya, adik ipar sultan bukan nya kerabat pun. Ingatkan adik sultan mana lah tadi. Nafiz ni asal mana?
Quote che-cikL 18-5-2022 06:28 PM
Setuju dgn komen uols, dia bukan kawin dgn kerabat pun. Cuma kawin dgn adik kpd isteri raja je.
Quote TabletSusu 18-5-2022 06:33 PM
ya ampuunnnn.. perasannya kau ni.. celah mana kerabatnya binik kau tu?
Quote guesswho09 18-5-2022 06:36 PM
Dia ni ke yg pernah bercinta dgn ina azman?
Quote Pujangga22 18-5-2022 06:37 PM
next...auta jer lbih
Quote immaryjane 18-5-2022 06:58 PM
Nama bini kau pun nama biase. Kerabat celah mana?
Quote dejure 18-5-2022 06:58 PM
Esok lusa kena cerai dgn sultan kak ipar kau jd org biase aje mcm amh tu..apa yg kerabat dan protokolnya..perasan betul mamat tumbuk sambal ni.
Quote minahsenget 18-5-2022 06:58 PM
mcm wife man che puan hahahahaha kerabettt sgt la
Quote nylliette 18-5-2022 06:59 PM
ya ampun..perasannya mamat ni kawen kerabat..ke reporter yg bodo. xde darah kerabat lgsg bini hang tu termasukla kakak dia tu..yg kerabat belah sultan je. buat malu je la statement ko hahah
Quote a5h91 18-5-2022 07:05 PM
dejure replied at 18-5-2022 06:58 PM
Esok lusa kena cerai dgn sultan kak ipar kau jd org biase aje mcm amh tu..apa yg kerabat dan protoko ...

Klu kak ipar kena cerai pn, jangan lupa ank dia bakal sultan. Bangga jugak ler

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058324 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top