CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Maafkan Ayah" - Lagi Sebulan Nak Nikah, Mak Ayah Baru Dedahkan Status Luar Nikah

18-5-2022 05:39 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3690| Komen: 26|Original author: Cinta Erina

Description: Siapa sangka bagi seorang bakal pengantin ini apabila dia mengetahui sebuah hakikat mengecewakan mengenai kisah ketelanjuran ibu bapanya
Sumber: Tiktok Tok Kadi Hispter


Kepada yang sudah berkahwin, kita sedia maklum bahawa persiapan sebelum nikah perlu dibuat dengan teliti supaya majlis pernikahan kita berjalan dengan lancar. 

Biasalah sekiranya ada apa-apa kekurangan, namun siapa sangka bagi seorang bakal pengantin ini apabila dia mengetahui sebuah hakikat mengecewakan mengenai kisah ketelanjuran ibu bapanya.



Kisah mengenai bakal pengantin itu dikongsikan seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Tok Kadi Hispter. Tujuan kisah ini diceritakan supaya menjadi pengajaran kepada orang di luar sana. 

Sumber: Google Image

Menurut ustaz ini, pihak ibu dan bapa kepada bakal pengantin berkenaan akhirnya mempunyai keberanian untuk mendedahkan kebenaran mengenai anak perempuan mereka yang berstatus anak luar nikah. 

Bapa kepada bakal pengantin itu menjadi runsing kerana dia terpaksa memberitahu anaknya bahawa dia tidak boleh menjadi wali di hari bahagia puterinya nanti.

Walaupun berat untuk menyatakan perkara yang sebenar, ustaz ini mengatakan lebih baik ibu dan ayah itu berterus-terang mengenai hal sebenar kepada anak mereka. Hal ini kerana, jika si ayah berdegil dengan menyorokkan hal sebenar dan tetap menjadi wali kepada anaknya, dikhuatiri perkahwinan anak mereka menjadi tidak sah di sisi agama. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersedih dengan kisah yang diceritakan itu. - CARI

Sumber: Tiktok Tok Kadi Hispter


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-5-2022 06:05 PM
Sebab tu kena diterangkan sedari awal bukan masa dah nak menikah pasti serabut jadinya
Quote zarulnazmi 18-5-2022 06:18 PM
Memang lebih elok beritahu anak tapi tak kan anak tu dah nak kahwin baru nak beritahu? Tak ke menyusahkan anak tu dan bakal keluarga besan yang dah buat persiapan? Macam mana kalau bakal keluarga mertua anak tu yang mula-mula terima tiba-tiba menghina?
Quote hareeeesah 18-5-2022 06:34 PM
Mmg kena ke dia mkn camtu?
Quote JunkMail 18-5-2022 07:04 PM
Apa kaitan dgn org yg makan tu? Hasanahhhhh
Quote Mary_jane 18-5-2022 09:24 PM
Dah takde video lain ke kekdahnya? Biasa doktor suka up video sendiri & buat arah tunjuk situ sini. Kelakar pun ada macam bendul.
Quote makita 18-5-2022 09:30 PM
Tu la bapak dia ni awal sgt bukak seluar wpon belum halal dengam mak nya. Kes ni...anak tu xde la malu apa. Yg malu tu mak pak la abes bakal menantu, biras semua tahu.
Quote Tinot7 18-5-2022 09:36 PM
makita replied at 18-5-2022 09:30 PM
Tu la bapak dia ni awal sgt bukak seluar wpon belum halal dengam mak nya. Kes ni...anak tu xde la ma ...

Walopon bkn salah si anak, pasti kena tempias.. harap2 adik ni hidup aman2 jahh lepaih kawen..
Quote Tinot7 18-5-2022 09:36 PM
Lapaq pulakk tgk dia mkn...
Quote bakingsoda 18-5-2022 10:32 PM
mcmn anak tak tahu eh bukan ke dlm ic pon dah tau tak binti ayah sendiri kalau tak check sijil lahir skalipun
Quote supernaturalee 19-5-2022 12:07 AM
What's with the video mkn2 dgn kisah tragik niiii
Quote ladybugz 19-5-2022 02:55 AM
ada beberapa perkra yg menarik perhatian. mcmana tarikh lahir semua dipalsukan? sbb jika semua dah dpt kebenaran dari pihak jabatan agama, jd tentunya tarikh lahir anak tu takde kemusykilan dah kan? mcmana parents ni boleh sorok perkara ni sbb sudah tentu anaknya takkan berbinkan si ayah. somethg is totally fishy somewhere. memalsukan dokumen is a very serious offence ye
Quote Radzor 19-5-2022 05:06 AM
Edited by Radzor at 19-5-2022 05:08 AM

Walau luar nikah, dia maseh bapak dia. Inilah kelebihan undang2 perlis vs undang2 emosi manusia.
Takkan la seorang hakim lebih berhak jadi wali  dari bapak nya sndiri walau apa pun status nya
Quote mamajawie 19-5-2022 09:38 AM
aku x paham apa kena mengena vid makan dengan content vid dia tu?makan cm pelahap
Quote prince_marhaen 19-5-2022 09:43 AM
kadang benda ni sekadar hasanah bagi menyedapkan content... hujung-hujung tetap nak tepek video muka sendiri acah-acah cool.. acah-acah menikmati permandangan, posing2.. yang tak berkaitan cerita..
Quote prettyuglybabe 19-5-2022 10:05 AM
zaman ni anak luar nikah dah jadi common..
macam takde apa nak dimalukan..
Quote Decaffeinated 19-5-2022 10:19 AM
Aku harap kesetiaan anak tu tak goyah dgn pendedahan itu. They are still your parents who love you. Nothing's changed.
Quote epullipan 19-5-2022 10:59 AM
kesian nya..tp anak nak kawin tak salah jadi leceh dan biasala org kita akan dok mengata itu ini bagai
Quote bottombikini 19-5-2022 12:18 PM
aku dah la lapar kari
sakit pulak ati kite tgk bedio tu
Quote Rockafella 19-5-2022 12:19 PM
Sampah. cerita bohong untuk tarik viewer di TikTok.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.054444 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top