CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 Tahun Kahwin Belum Ada Anak- Tak Kongsi Gambar Bersama, Rumah Tangga Adriana Adnan Didakwa Bermasalah

18-5-2022 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7396| Komen: 38

Description: Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, soalan mengenai cahaya mata antara yang sering diajukan kepada pelakon dan pengacara Adriana Adnan.
Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, soalan mengenai cahaya mata antara yang sering diajukan kepada pelakon dan pengacara Adriana Adnan.

Mengakui tidak tertekan diasak pertanyaan itu, Adriana, 27, berkata dia dan suami iaitu Harez Hazim Hazrin menyerahkan soal zuriat itu kepada Allah SWT.


Foto: IG

"Apabila tiba musim raya seperti sekarang ini, ramai yang akan bertanya soal zuriat. Saya akan jawab dengan jujur dan lantang. Tak pernah kisah pun orang bertanya.

"Sejak awal perkahwinan saya dan suami memang tidak buat perancangan. Jika dikurniakan rezeki kami terima. Mungkin belum ada ke arah itu (zuriat) tapi diberi peluang untuk kerjaya.


"Kami juga sibuk fokus untuk kerjaya. Kalau ada anak takut tidak dapat beri perhatian sepenuhnya. Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan cahaya mata pada waktu yang sesuai," katanya kepada mStar.



Adriana ditemui ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Seribu Nina yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Adriana mendirikan rumah tangga dengan Harez pada September 2019.

Gara-gara jarang berkongsi foto bersama di media sosial, ada netizen mendakwa hubungan pasangan ini sedang bermasalah.


Menjawab mengenai perkara itu, pelakon drama Suri Hari Mr Pilot ini berkata sosial media adalah medium untuk dia berkongsi kisah kerjaya dan bukan hal berkaitan rumah tangga.

"Suami saya pun bukanlah seorang yang suka bergambar atau mahukan perhatian. Di laman sosial dia pun jarang berkongsi tentang saya. Sosial media kami lebih kepada kisah kerjaya dan rakan-rakan.

"Orang hanya nampak apa yang kita kongsi di media sosial sedangkan mereka tidak tahu apa yang kami lalui. Lebih baik tidak berkongsi kisah peribadi supaya peminat lebih fokus kepada kerjaya saya," ujarnya.



Membawakan lapan watak berbeza dalam drama Seribu Nina arahan Umi Salwana Omar ini memberi satu kepuasan buat Adriana sekaligus membuktikan dirinya punya bakat sebagai pelakon selain menjadi pengacara.

"Selama ini orang mungkin hanya nampak saya sebagai pengacara sahaja. Menerusi drama ini ia bagaikan membalas dendam kerana melakonkan lapan watak berbeza. Harap peminat dan penerbit boleh melihat bakat saya.

"Memang penat berlakon drama ini, apalagi saya juga perlu membahagikan masa penggambaran dengan komitmen sebagai pengacara hLive tetapi apabila selesai penggambaran saya rasa puas," jelasnya.


Drama tersebut turut menampilkan pelakon Syafiq Kyle dan Marsha Milan bakal bersiaran di aplikasi Viu bermula 19 Mei. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 18-5-2022 11:02 AM
nice............
Quote bbalik 18-5-2022 11:05 AM
sapo......
Quote mamajawie 18-5-2022 11:16 AM
sapo pompuan ni?
Quote auntyonion 18-5-2022 11:21 AM
Sapo dio??sidekick jahbubis dlm cte shampah
Quote pembacagosip 18-5-2022 11:24 AM
siapakah? jenuh otak recall
Quote mariamaria 18-5-2022 11:29 AM
ni anak zamzarina bekas pengacara tv1 tu kan
Quote prince_marhaen 18-5-2022 11:52 AM
sweetheart Thinkers Studio sama dengan Yaya Zahir... meols suka dia ni sebab ala-ala bimbo tapi kadang cerdik jugak... anak Zamzarina RTM.
Quote Mary_jane 18-5-2022 12:02 PM
Muka dia iras Sherry Ibrahim sikit. Tak tepek gambar suami nya sekali?
Quote raihaneem 18-5-2022 12:03 PM
Suami adriana keja apa?.. ada sekali dia ckp mcm melawak..kata suami dia petani berjaya.
Kwn dia yaya zahir pun belum ada baby..
Ben pun belum ada ank kan...semua geng thinker studio



tkpa..semoga ada rezeki depa..ameen
Quote msdummy.2018 18-5-2022 12:06 PM
Dia ni kan dlm citer jula juli, berlakon sekali dgn mira filzah?
Quote auntyonion 18-5-2022 12:10 PM
msdummy.2018 replied at 18-5-2022 12:06 PM
Dia ni kan dlm citer jula juli, berlakon sekali dgn mira filzah?

Betul kaka..
Quote msdummy.2018 18-5-2022 12:23 PM
auntyonion replied at 18-5-2022 12:10 PM
Betul kaka..

Aku tgk citer tuh sb dia jer...kalo part mira filzah aku trun off
Quote taktauapesal 18-5-2022 12:27 PM
Jom baca berita Sukan percuma kat sini:

http://www.novasportsnews.com
Quote 4cupcakes 18-5-2022 12:28 PM
raihaneem replied at 18-5-2022 12:03 PM
Suami adriana keja apa?.. ada sekali dia ckp mcm melawak..kata suami dia petani berjaya.
Kwn dia yay ...

Ben pon belum ek.. igt kan dah ada..
Quote kembarsiti 18-5-2022 12:28 PM
raihaneem replied at 18-5-2022 12:03 PM
Suami adriana keja apa?.. ada sekali dia ckp mcm melawak..kata suami dia petani berjaya.
Kwn dia yay ...

Ben dah otw uol. Hajar tgh pregnant. Thinker Studio's fan
Quote puanbintang 18-5-2022 02:42 PM
insyaallah ada rezekinya nanti..semoga dipermudahkan
Quote BoongaKertas 18-5-2022 02:54 PM
prince_marhaen replied at 18-5-2022 03:52 AM
sweetheart Thinkers Studio sama dengan Yaya Zahir... meols suka dia ni sebab ala-ala bimbo tapi kada ...

hahaha! meols suka gak dia sbb rasa dia mcm bimbo sejenis yg x annoying. tp kdg2 ada jer benda bernas dia share. pastu iols suka tgk kulit dia.
Quote CandyK 18-5-2022 03:08 PM
Adriana ni dalam thinker dia mcm naif. Selalu tak faham jokes dewasa la gitu. Tak padan dgn style dia tapi cute la personality dia. Dia tak pernah ada boyfriend kan. Tak sangka tup tup kahwin.
Quote silampumeja 18-5-2022 03:16 PM
I ingat haritu dia jd extra dalam sepahtu bawa watak pregnant, pregnant betul... Rupanya belum... Serius ingatkan dia pregnant

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.096495 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top