CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eizlan Yusof Tak Sangka Dah Tua Masih Dapat Tawaran Lumayan, Bakal Jadi Duta Syarikat Gergasi?

18-5-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1665| Komen: 2

Description: Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, terkejut apabila ditawarkan projek lumayan sebagai duta produk sebuah syarikat gergasi baru-baru ini.
Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, terkejut apabila ditawarkan projek lumayan sebagai duta produk sebuah syarikat gergasi baru-baru ini. 

Eizlan berkata, buat masa ini dia enggan mengulas mengenai tawaran sebuah syarikat yang difahamkan bakal membuka 300 cawangan di seluruh negara tahun ini. 

Foto: IG

"Segala-galanya masih dalam perbincangan. Saya tak boleh mengulasnya dengan lebih lanjut. Jika ditakdirkan menjadi rezeki, saya pasti akan berkongsi. Jadi, kita tunggulah pengumumannya nanti," katanya.

Menurut Eizlan, apa rezeki yang diterima dia sentiasa bersyukur dan tidak menyangka pada usia sekarang dirinya masih menerima pelbagai tawaran.




"Saya sangat bersyukur. Siapa sangka dalam usia 50-an, sentiasa ada ruang dan rezeki diberikan.

"Saya percaya jika konsisten dan ikhlas bekerja sebagai anak seni, pasti pelbagai cabang rezeki diperoleh. Ini juga rezeki buat keluarga saya," katanya.




Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan Eizlan dilihat masih laku apabila ditawarkan kontrak lumayan.

Bagaimanapun, menerusi laporan itu tidak didedahkan nama syarikat gergasi yang didakwa sedang melamar Eizlan sebagai duta. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 18-5-2022 11:14 AM
dapat jadi duta seluar dalam cap buaya kah???
Quote electricopop 18-5-2022 01:04 PM
Heouls masih laku yaaaaa!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.124849 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top