CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Justin Bieber Ajak Penonton Konsert Jelajah Tafakur Untuk Mangsa

18-5-2022 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 898| Komen: 0

Description: Penyanyi terkenal Hollywood, Justin Bieber meluahkan rasa simpati kepada keluarga mangsa korban kejadian tembakan di salah sebuah pasar raya di Buffalo, New York, Amerika Syarikat.
Penyanyi terkenal Hollywood, Justin Bieber meluahkan rasa simpati kepada keluarga mangsa korban kejadian tembakan di salah sebuah pasar raya di Buffalo, New York, Amerika Syarikat.


Menurut laporan People, Justin memberikan penghormatan terakhir itu semasa menjayakan siri konsert jelajah di Keybank Centre, Buffalo


Kredit foto: IG Bieber

Penyanyi lagu Ghost ini turut meminta penonton yang hadir meluangkan sedikit masa berdoa dan bertafakur.

"Seperti mana yang kita semua sedia maklum, ada kejadian buruk yang berlaku di kota ini.


"Namun, apa yang kita lakukan pada malam ini adalah untuk memberi penghormatan buat mereka." katanya.

Pada Sabtu lalu, dunia dikejutkan dengan siri tembakan rambang yang mengorbankan sepuluh nyawa.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.035946 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top