CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Serba Putih Berkacamata Hitam Ketuk Pintu Rumah Sampai Tengah Malam

18-5-2022 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2087| Komen: 10

Description: Misteri wanita berpakaian serba putih mengetuk pintu rumah penduduk dan meminta sumbangan sehingga tengah malam akhirnya terbongkar selepas suspek ditahan pihak polis.
Misteri wanita berpakaian serba putih mengetuk pintu rumah penduduk dan meminta sumbangan sehingga tengah malam akhirnya terbongkar selepas suspek ditahan pihak polis.  



Kredit foto: Kompas.com

Lapor Tribunnews, pelaku dikenali sebagai Nurhayati Sarni berasal dari Pringsewu, Lampung turut memakai purdah berwarna putih dan berkacamata hitam.

Gelagat wanita berusia 40 tahun yang mengetuk pintu setiap rumah penduduk menjadi kecoh dalam media sosial.  

Ketua Polis Pringsewu, Rio Cahyowidi berkata, suspek yang dipercayai mengalami masalah jiwa berjaya diberkas polis.


Kataya, wanita yang sudah bercerai itu ditahan ketika berada di wilayah Sukoharjo. 

“Kami sudah berkomunikasi dengan wanita itu dan meminta pihak keluarga juga dapat mengambil tindakan sepatutnya. 


Kredit foto: TribunNews

“Motifnya adalah meminta bantuan penduduk di Gading Rejo dan Sukoharjo kerana tekanan akibat berhutang sehingga puluhan juta rupiah menerusi beberapa aplikasi pinjaman dalam talian,” katanya. 

Menurut Rio, kegiatan meminta sumbangan itu bertujuan melangsaikan hutang daripada 11 aplikasi pinjaman yang mencecah 39 juta rupiah (RM11,700).  

Disebabkan tidak mempunyai pekerjaan, wanita itu sanggup mengunjungi rumah penduduk untuk meminta sumbangan.


Kredit foto: TribunNews

“Dia tidak melakukan jenayah, sebaliknya hanya menakutkan penduduk disebabkan berpakaian serba putih. 

“Wanita itu juga sudah memohon maaf dan kita sudah serahkan dia kepada ahli keluarganya,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaa 18-5-2022 08:15 AM
macam hantu kum kum circa 90's dulu
Quote n3ar 18-5-2022 08:33 AM
aneh2 jer indon ni
Quote Nnasda53 18-5-2022 09:26 AM
Cara dia pilih untuk dapatkan duit selesaikan hutang.
Quote musangbodoh 18-5-2022 10:28 AM
g umah bujang silap besarlah ini
Quote taktauapesal 18-5-2022 12:30 PM
Edited by Xim at 18-5-2022 01:46 PM

Jom baca berita Sukan percuma kat sini:


Quote Mary_jane 18-5-2022 12:51 PM
Kenapa nak minta derma tapi takutkan orang?
Quote bulalof 18-5-2022 12:54 PM
stupido........
Quote Artemesiaa 18-5-2022 01:46 PM
Kalau ya pun berpakaian ler dengan warna yang lebih normal dari macam tu mana tak mengundang
Quote sambaldurian 18-5-2022 06:46 PM
Erm touch n go pinjam tersenyum sinis. Musibat pinjam menerusi aplikasi pinjaman dlm talian, sampai sakit jiwa jd nye. Satu peringatan bg diri sendiri jgk.
Quote sukacactus 18-5-2022 09:54 PM
Dah sakit jiwa kan, ‘sakit2’ jg la kelakuannya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050336 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top