CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Dua Tangan, Peti Suara Rosak, Usus Terburai, Luka Sampai Nampak Tengkorak Bahana Diserang Tiga Anjing

18-5-2022 07:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2290| Komen: 24

Description: Charleston: Ibu kepada tiga cahaya mata di Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) berdepan detik ngeri apabila hilang dua tangan dan cedera pada tengkorak selepas diserang dua anjing jenis pit bull d ...
Charleston: Ibu kepada tiga cahaya mata di Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) berdepan detik ngeri apabila hilang dua tangan dan cedera pada tengkorak selepas diserang dua anjing jenis pit bull dan seekor anjing baka German Shepherd.


Kyleen Waltman, 38, sedang berjalan pulang dari rumah teman lelakinya apabila tiga anjing itu menyerangnya di Abbeville County,

Waltman tidak sedarkan diri apabila anjing itu menggigitnya sehingga menampakkan tengkoraknya, kelopak mata dan bahagian kolon (usus besar).

Foto: Agensi

Nasibnya baik apabila kejadian disedari seorang petani tempatan, Avery Presly, yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.


Presly melepaskan tembakan ke udara menyebabkan tiga anjing yang menyerang Waltman itu lari.

Waltman yang mengalami kecederaan serius dalam kejadian 21 Mac lalu itu menghabiskan tujuh minggu untuk menerima rawatan di hospital.

Akibat kejadian itu, kedua-dua tangan wanita itu terpaksa dipotong dan dia mengalami kecederaan pada kolon.

Tulang bahu juga teralih menyebabkan dia tidak boleh menggunakan tangan tiruan.

Doktor tidak dapat membersihkan kulit kepala dan dahinya selama sebulan kerana terpaksa menunggu jangkitan akibat gigitan itu sembuh.

Mangsa menjalani puluhan pembedahan dan bercakap dengan bantuan alat khas kerana peti suaranya tidak dapat diselamatkan.

Waltman dibenarkan pulang ke rumah pada sambutan Hari Ibu, menurut kakaknya, Amy Wynne.

"Ia sesuatu yang sukar tetapi kami sudah cuba untuk membantu dia kembali mendapat kehidupan yang baharu," katanya.

Dia juga ada menulis di laman sosial menerusi halaman GoFundMe untuk perbelanjaan perubatan adiknya itu.

Susulan kejadian, pemilik anjing berkenaan, Justin Minor, 36, berdepan hukuman atas beberapa kesalahan jenayah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 18-5-2022 08:57 AM
Ya ampunnn kesiannya
Quote NazRysha 18-5-2022 09:07 AM
ya allah kesiannya
Quote Nnoor2 18-5-2022 09:08 AM
Anjing ni mmg bahaya utk dijadikan pet kut
Quote Hizert 18-5-2022 09:10 AM
Anjirr jenis bahaya 2 spesis tu, kekosen suka sangat membela. Banyak dah kes, yang makan tuan pon ade kot. Tah la deme... sian yang kena ni.
Quote ais_kosong 18-5-2022 09:16 AM
Ya Allah kesiannya.. Moga mangsa diberi kekuatan.
Quote Nnasda53 18-5-2022 09:32 AM
Kesian nya.
Quote ifanonline 18-5-2022 09:34 AM
di malaysia sekurang-kurangnya ada warga myanmar dan vietnam yg memakan anjing2 liar dan kucing2 jalanan...
Quote copy_paste 18-5-2022 09:40 AM
dah mcm kena serang harimau ngeri dia,
Quote rosedemon 18-5-2022 10:29 AM
nayaaa. sian ko kak, gws
Quote plasterhati 18-5-2022 10:35 AM
Ya Allah.. Kesiannya. Semoga dia cpt sembuh
Quote plasterhati 18-5-2022 10:40 AM
ifanonline replied at 18-5-2022 09:34 AM
di malaysia sekurang-kurangnya ada warga myanmar dan vietnam yg memakan anjing2 liar dan kucing2 jal ...

I pun sokmo duk pikir mcm ni. Tp kalau i cakap kt org, 95% akan marah i balik. Klu ikutkan, drp canta ad dogs terbiar ni jd pembawa penyakit, kotorkan bandar dgn feces and all their waste, baik laa set vietnam makan. Kurang laa sikit demand daging lain ie ayam, ikan, daging semua tu. Sbb dorang dah kenyang makan kucing anjing. Lagipun bukannya dorang makan pets org..

Tp tu lah.. Pendapat semua org tak sama
Quote plasterhati 18-5-2022 10:43 AM
Hizert replied at 18-5-2022 09:10 AM
Anjirr jenis bahaya 2 spesis tu, kekosen suka sangat membela. Banyak dah kes, yang makan tuan pon ad ...

Tu baru anjerr.. Yg bela ulau pn ramai makan tuan. Byk dah kes pet snake ngap anak2 owner. Tp x serik2 lg, makin ramai plk yg membela natang ni. Kt malaysia pn sama.. Even my friend pn ada yg membela python. Macam dah takde natang lain nk diberi. Baik laaa bela kura2 drp bela natang berlingkar tu.
Quote ifanonline 18-5-2022 10:43 AM
plasterhati replied at 18-5-2022 10:40 AM
I pun sokmo duk pikir mcm ni. Tp kalau i cakap kt org, 95% akan marah i balik. Klu ikutkan, drp ca ...

betul tu...kalau nak sembelih pun, sembelih la anjing dan kucing jalanan yg tiada tuan...kalau nak tambah menu lagi, boleh tangkap tikus dan burung gagak yg semakin bertambah di malaysia...
Quote musangbodoh 18-5-2022 10:45 AM
jgnlh hukum ke anjir tu...jgn lh salahkan anjir tu...mgkn ader sbb anjirr tu grg...jgn lh...no no pleaseeee.....kesian tauuuu....ohh anjirrrr.....
Quote pembacagosip 18-5-2022 10:47 AM
kesiannya dia. moga terus sihat dan kuat
Quote ifanonline 18-5-2022 10:47 AM
warga vietnam membuat penyediaan masakan kucing asam pedas

Quote kakakko 18-5-2022 10:47 AM
"Nasibnya baik apabila kejadian disedari seorang petani tempatan, Avery Presly, yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan."

.... nasib memang baik coz masih bernyawa tapi kesian sangat uii menderita dia lepas insiden tu..
Quote kakakko 18-5-2022 10:48 AM
-deleted double posting-
Quote kakakko 18-5-2022 10:51 AM
musangbodoh replied at 18-5-2022 02:45 AM
jgnlh hukum ke anjir tu...jgn lh salahkan anjir tu...mgkn ader sbb anjirr tu grg...jgn lh...no no pl ...

Memang sesetengah kes anjing garang sebab manusia jugak.. So tu yg jadi agresif.
Tapi kalau kes ni kena pulak baka pitbull & german sheperd tu memang jenis yang takleh nak chill2 dah..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.280624 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top