"Selepas buat pembayaran, saya tanya bila dia boleh pos kepada saya. Lama juga dia senyap. Ketika itu saya sudah fikir kena game tapi saya sedapkan hati takkan dia tak tipu RM4,500, dia lagi banyak duit.
"Beberapa minit kemudian, dia mesej saya dan beritahu dia dah hantar runner. Pada jam 9, saya mesej lagi sekali untuk kepastian runner dah datang ke belum.
"Tiba-tiba dia cakap untuk hantar keesokannya sebab runner baru keluar hospital. Masa tu saya dah tahu saya kena tipu tapi saya sabar lagi. Saya tanya boleh tak kalau saya ambil di rumah runner dan dia cakap boleh," tulisnya.
Bagaimanapun, setibanya Syara di sana, Safiey meminta dia untuk menunggu runner. Namun, runner tersebut tak kunjung tiba sehinggalah pada jam 12 malam Syara yang mulai geram mengugut Safiey untuk membuat laporan polis.